Welcome

Assalamualaikum & Bismillahirahmanirrahim

Monday, March 17, 2008

antara dua jalur hidup

aku memilih jalan itu.
hidup aku jalan itu

dan engkau
jalan lain.
jalan yang ku kira yang lebih baik dariku

kau katakan..
jalur jalan ini tak bisa berpilin atas nama chenta

namun kita masih berjaya..
kerana hipokritasi itu masih kuat
terima kasih

lalu
satu masa itu
di mana aku sedang gembira bersama jaluran jalanan hidup aku
kau datang, membawa gerombolan pemusnah jiwa
sakit, pedih antara dua.

kau katakan lagi

jalur jalan ini tak bisa berpilin atas nama chenta

dalam dua.
aku dipaksa melangkah dan memilih
mana satu jalan yang baik
untuk kita berdua tempuh

syaratnya
kau tak akan keluar dari jalan kau

oh,sungguh tidak adil!

kini aku dalam dilema
mahukah aku lepas kan cara aku?
hidup aku sekian lama..

berubah tanda berhijrah
tapi aku tak rasa aku mahu berkorban dan berubah

berubah itu senang, tapi untuk mengekalkannya itu..perit.

sekarang..

jalur jalan ini tak bisa berpilin atas nama chenta.

haruskah aku?

..











aku masih bengang dan sedih..lalu aku bawa hati aku ke limabelas. kerana dia, aku tiada apa rasa.kosong. dah perkiraan aku tepat. teman 15 berikan aku senyuman itu kembali. yeay!! terima kasih teman 15..

*sekarang aku betul-betul terkilan. kali kedua aku tak dapat enjoy Bittersweet performance. Benda yang aku tunggu almost 3 weeks.Cetttt!!!





Sunday, March 9, 2008

monolog incik tebuan

aku.
juga ingin menjadi lebah.
seronok mereka membuat madu hitam
beramai-ramai menyembah ratu gelap
seronok. mereka gembira.
semua memandang mereka.

lain.

tidak seperti aku
tebuan.
kerjanya di tanah
berseorangan.
sedih.sadis.

Thursday, March 6, 2008

nonalis liberal

nonalis
duduk dibangku
sepiring kuih,
secangkir kopi

termenung jauh
kata si kuning,
menunggu pacar?
nafi.

nonalis mengadun jiwa gundah,
barangkali?
tidak,nafi.

si nonalis tersenyum.
kajang biru, pena hitam
nonalis menoleh
"dunia ini terlalu indah untuk ditatap sahaja"

Tuesday, March 4, 2008

i admire him

aku kagum pada dia.

dia.

bisa buat hatiku cair,

bila melihat wajahnya,

jantung aku berdegup kencang

buat hatiku berbunga sentiasa.


dia
tanpanya kosong

buatku menitiskan air mata

kala aku tidak kalis rindu padanya


dia.
walau menggunung amarahku padanya

dia bisa telannya dengan sabar.

hingga aku tersungkur jatuh

mengagumi kesabarannya.


dia
sayangku padanya tidak berbelah bagi

cuba ku palingkan diriku darinya seketika

aku tidak mampu

mulutku nafikan

hati ku menjerit

aku perlukan dia


kerana,

aku bukan saja mengaguminya.

tapi aku mencintainya.

kapada dia

aku katakan,
"aku cinta kamu, Enche H".

kisah paddle boat, kayak, hujan dan kami.





tenkiu Enche H.
tempat itu sungguh indah,dear. =)


Monday, March 3, 2008

nonalis

chantek.

manis bertudung.
berbaju kurung.

beradat Melayu.
lembut wajahmu.

tutur kata tersusun rapi
berkasar bahasa jauh sekali

mengata orang bukan caramu
sopan santun itu diri mu.

oh nonalis.
aku terpegun
sedikit cemburu.
cantik mu asli.

aku?
tidak mungkin seperti itu.

Saturday, March 1, 2008

muka aku pon tumpang hipokrit.

aku.
tak paham dengan aku

asal la dengan aku
tak reti ekspresikan wajah

bila keadaan tengah happy
aku ketawa
tapi bunyi macam sial

bila ramai-ramai tengah borak-borak
aku dengar.
menarik.
tumpang sekaki.
tapi muke macam ayam berak kapur.

bile orang cite serius.
aku faham.
tapi muka berkerut lain macam.
macam tengah tahan kentut.

bila orang marah.
muka bengang
tapi macam charlie chaplin

bila orang bersedih.
aku sedih.
tapi muka cam aram.




tolong ajar aku macam mana nk ekspresikan wajah aku dengan betul? plissss...


satu je
yang aku boleh ekspresikan wajah aku dengan betul.
kalo orang tengah bercerita tentang CHENTA
aku tumpang bahagia.
muka aku??
senyum je manjang.
automatik.

oh aku rasa bahagia jugak.
itu.. no doubt oke. =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...