Welcome

Assalamualaikum & Bismillahirahmanirrahim

Saturday, April 26, 2008

sebelum hari ini

first aku ingin mengucapkan tahniah kepada aku.
aku dah beli ini..


yeay untuk aku!


Lepas soljah tewas..

This whole week were

-Annexe
-KL Freeze
-Archery kat Sunway
-Wendy's
-The Limabelas
-Rende' Mid
-Kena eskot dengan 3 enche polisi
-Hot spring
-The Mali's
-Tidoooo
-Wonderful Life
-Pizza
-Daytona
-'Congkak'
-'Over Her Dead Body'
-McD
-Karok
-Cendol
-Mocha + Whipped Cream Starbucks
-Round MidValley
-Dunkin Donut
-Plant Tycoon
-Manufacturing Class
-Lepak dengan Teman Limabelas

-RESULT!!!


aku rasa ini cukup kot untuk melupakan aku kepada Kota Lintah Darat for another 2 months
bila dah balik ke Bandar Bawah Tasik.

Apa lagi ye yang aku belum buat before balik????



*sape nak tolung belikan aku 'simple . ology' pulak?

100 posts!

this is post number one hundred
saje nak bagitahu.

Friday, April 25, 2008

melankolik awak dan saya

awak
hari ni saya sedih
awak tahu tak?

awak
hari ni saya belajar sesuatu

apa yang awak cakap semua betul..
awak marah saya buat itu ini
awak tego saya itu ini
saya degil
awak tetap tego saya

awak
saya tahu apa yang saya buat tu salah
saya sedar
saya tahu apa yang awak tego tu semua betul
saya sedar

kemudian

saya pura-pura tak faham
saya pura-pura memberontak

sabenarnya

saya tak kuat
saya tak mampu
saya tak layak

awak
saya tak kuat nak lawan keadaan
saya tak mampu nak ubah diri saya
saya tak layak untuk awak

awak
sesungguhnya saya bukan seperti yang awak inginkan
sesungguhnya saya orang pilihan terakhir dalam hidup awak
kalau awak tahu ini diri saya yang sebenarnya sejak dulu lagi.

awak
hari ini saya belajar sesuatu
saya sebenarnya tak layak untuk awak.
tapi




saya sayang awak.



='(

Wednesday, April 23, 2008

aku kata angelic devil, saya kata devilish angel

lama dah aku nak menulis tentang ini. tentang jiwa dan diri aku yang aku sediri kurang mengerti. Aku sebagai saya. Dan aku sebagai SAYA ini, ketika ditimpa kesusahan, lekas bentangkan sejadah, berdoa sehingga aku sudah tak mampu nak mereka bait2 doa yang berbunga-bunga, cuba menegur diri aku, perbetulkan apa yang tak sepatunya aku lakukan dan kadang-kadang senyum sepanjang hari untuk meyakinkan diri bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya. Dan disebabkan jiwa aku selalunya berbeza dari minda aku, aku lebih seperti manusia kosong, tak tahu apa-apa, naive, dan memalukan diri sendiri. Hingga aku menjadi komplikated dan tidak tahu mana satu yang ingin aku jadi. Optimistik. Mungkin juga sebahagian dari hidup aku di besarkan dari keluarga yang setiap saat aku berada di sisi mereka, hati aku berbunga, jantung aku berdebar-debar dan aku sentiasa mahu tersenyum.


Bila aku selami diri aku balik. Aku sebagai aku

Tuesday, April 22, 2008

duit is money

Hari tu pas fitness test, aku kuar la pegi Mid bersama rakan-rakan soljah. Since aku ada cek yang konon bernilai riban-riban, so aku agak excited utuk ke sana. Ye laa.. bole laa aku shopping sakan. Dalam mind aku dah macam macam dah plan nak shopping beli swimming suit/buy 'Kasut Biru Rubina and some other books at MPH/makan Kenny Rogers/and have Kenko treatment with Capoera Soljah. Aku dengan girang hati mintak kakak Tibet bawak aku pi CIMB nk cashkan cek tu. YAKNEE YAK! aku dapat tahu yang cek tu tak boleh di cashkan and I need to depositkan cek itu. And SheeiiT! It takes 4 days to get into my accout. Birokrasi bodoh! So aku dengan muka separa cicak berak kapur, pegi laa ke Mid dengan duit yang lepas untuk makan Chicken McD dan satu burger Mc Chicken free. Dan yang lain.. aku berputih mata dan kesat air liur je.. Nasib laa aku ada backup. Call Abah and he transfer money to me. But by the time aku dapat duit tu, aku dah balik dah. And now, pokai balik hoping that i'll get the money before tomorrow.

Aku rasa, Duit ni macam air mineral masa kite tengah dahaga gile. Cepat je habis.

Ini blog sampah tak?

"Pada masa sama, ada ramai blogger yang hanya memuatkan luahan hati kecewa, putus harapan dan meracau tidak tentu hala. Blog begini selayaknya dimasukkan ke dalam bakul sampah." - Berita Hairan.

Korang rasa patut ke di tulis macam ni?

Setahu aku, blog ni macam diari atau tempat meluah perasaan KOt. Bajet rr..

Ikut suka suki blogger ar nk letak ape pun kat dalam tu, nak cakap nak bunuh diri ke, meraban ke, nk mengutuk ke, nk wat lawak bongkak ke... itu ruang blogger-blogger kan.
Patut ke tulis macam ni kat dalam paper?

Writing is part of mind therapy.

Tak penah dengar ek?
Bodoh ke tak berapa ada akal?
Ape hak kau wahai penulis untuk menilai blog seseorang diletakkan di dalam bakul sampah ke atau nak diletakkan kat dalam paper?
Kalau kau tak suka, jangan baca la weii.. biar je si blogger dengan tulisan mereka.
It has its own value for da writer. Kamu ni Bingai ke bengap?

Aku sebagai salah sorang penulis blog yang 'meracau tak tentu hala' panas weh. Ini diari kami, tempat kami nak luah perasaan. so what? tak ganggu hidup sape2 pun. Lain kali tulis macam ni :

"Pada masa yang sama, ada ramai blogger yang menyebarkan sentimen-sentimen perkauman, anti-agama-itu-ini, menteri/konon/saya/pembela/bangsa /sebenarnya/tengah/bela/perut/buncit/saya dan juga yang menulis blog lucah tahap wak kadi-pon-bole-klimaks-masa tengah-baca. Blog ini selayaknya dimasukkan ke dalam tong sampah." - Beritan Hari Aku

Monday, April 21, 2008

"good news!" - joshi

pagi tadi, sampai saja aku ke kem latihan soljah-soljah bersekutu, kami di sambut dengan 2 perkataan tersebut dengan senyuman melebar dari soljah boys especially Minod n Joshi. Mereka kata ini good news dari Panglima Perang Perut Buncet. GOOOOOD NEWS!

oke. gud news.

the gud news is...

SEMUA soljah..
semua.

tak akan ke SABAHAN..

gud news bukan?





bodo.




*komplot-komplot untuk menjatuhkan semangat soljah-soljah di sini telah berjaya!! Syabas. Bodo lagi untuk kamu. Bodo bodo bodo. Kini soljah-soljah sudah mental congested.

"sape lu mao impres?"- Rubina

Suatu masa aku rasa hidup aku dah cukup. cukup untuk aku meneruskan kehidupan aku, untuk belajar, untuk menjadi manusia yang bahagia. bila tiba satu tahap di dalam persekitaran yang baru, yang mana kita sudah jauh meninggalkan istilah keperluan menjadi satu kehendak dan kemudiannya satu kehendak itu menjadi obsession, kita lupa yang segala apa yang kita perlukan itu sudah mencukupi, malah jauh berlebih-lebihan dan jadi lah kita orang yang sentiasa berlumba-lumba megejar sesuatu yang kita tidak perlukan. Tanpa kita sedari, kita dalam perlumbaan untuk menunjuk-nujuk kepada diri sendiri atau kepada teman/rakan/keluarga atau kepada sesiapa saja yang memandang kita. Kita berlumba-lumba meletakkan diri kita di tempat yang tetinggi supaya kita dipandang, dipuji, dijadikan buah mulut orang. Aku kata "Hidup ini karma." Satu ketika nanti, setelah tamat masa kita di atas, kita dibuang, dilupakan, dan di mana kah kita ketika itu? siapa yang akan selamatkan kita?
dan

aku kata lagi "Sape lu mao impres ketika itu?"

Friday, April 18, 2008

"sport is better than sleep" - the other side of soljah

today, this unlucky-soljah had a fitness test.

2.4 kilometres running on da trek (6 rounds) luckly i finished it.

7 levels sit up test

and
lastly

Bridging. (this was the most tired thing)

am I fit or not?

I think.. "Naaaaahhhh.."

Wednesday, April 16, 2008

husnul khatimah

ada sesuatu melintas. maksud aku terlintas di kotak kosong dalam kepala ni. aku perlukan satu saja highway dalam hidup ni. hidup aku ini terlalu banyak cabang-cabang denai yang sebenarnya tidak penting pun. Kalau tak wujud tak mengapa.. tapi bila wujud, mulanya kiri kanan itu indah, bila aku dah jauh masuk menyusur di denai-menyibuk ini, ia menjadi semakin rumit. bila aku mahu keluar, makin aku tesasar ke dalam. bila aku cuba melangkah mencari highway aku, ada saja benda yang menghalang aku. kadang-kadang ianya hanyalah sebutir batu atau lopak air.. tapi yang paling menyusahkan bila ia adalah sebuah gunung yang maha besar walhalnya ketika aku mula melangkah masuk ke denai-denai-menyibuk ini, semua tu tiada atau mungkin aku yang tidak menoleh dahulu ke kiri atau ke kanan dan jauh ke dalam. bila sampai suatu ketika aku rasa aku mahu saja terus-terusan melalui denai-denai-menyibuk ini sambil dalam hati berdoa agar ia sebenarnya short cut untuk aku. tapi aku perasan sebenarnya lebih banyak denai yang menyesarkan aku dari pada denai yang menjadi short cut. lama-lama aku pasrah.. biar saja denai ini bawa aku ke mana penghujungnya.
tapi aku takut jika aku tidak sampai ke destinasi 'Husnul Khatimah' itu. moga aku tidak tersilap lagi.

*metaphor.

nak tulis

rasa macam nak menulis secara serius..

mula...

'SECARA SERIUS'


oke dah siap tulis.

hehehe.. tadak idea.

Saturday, April 12, 2008

prodigy or parody; now black magic

sedikit rasa nak gelak.
Sufiah Yusof under black magic?


HAHAHAHAHAHAHAHAHA

Kalau tanya aku.
aku akan kata
her father is black magic.
and she was under black magic since 13.



But I wonder who put her under black magic?

*Manusia-manusia di BolehLand memang boleh!
Boleh mengeluarkan hipotesis-hipotesis bodoh lagi berfikiran singkat bila berdepan dengan isu-isu yang menarik perhatian rakyat.

Wednesday, April 9, 2008

badut dan rakyat

Aku suda berjanji dengan NeEm.. kredit untuknya.
Kenapa aku menyusahkan diri mengambil gambar ni?
Sebab bagi aku sangat significant. Cliche..
Aku kata :
Pemimpin badut yang sedang menyampaikan manifestonya kepada rakyat.
Sama seperti beberapa pemimpin di negara ini.
Apa kamu kata?

Tuesday, April 8, 2008

prodigy or parody?

a gift or a curse?

aku tak mahu cakap apa-apa tentang kisah terbaru Sufiah Yusof also newly known as Shelpa Lee.
Kalau nak tahu jugak, pergi ke sini.
I like her point of view. (Syabbas Eda Lee.. heheh)

Aku cuma kesiankan dia, Mohd. Shukri Hadafi dan siapa tahu, suatu hari nanti Adi Putra.
Mereka bertuah kerana mendapat hadiah Tuhan tapi paling malang kerana meraka lahir dalam kosmos yang tidak adil.

Salah siapa?


*Kata si Perempuan Jomblo (yang sekarang dah tak jomblo),
Kalau macam ini, tak bijak pun tak apa kan?

Kata aku,
Kalau macam ini, aku nak jugak boleh?
.
.
Err..maksud aku, 'eset' die.

Kelahiran

HAPPY BIRTHDAY TO YOU
MY DEAR TEMAN 15 - housemate.
20 tahun.
Kamu suda tua.

Monday, April 7, 2008

boredom

Satu..Dua..Tiga......

kira lagi..

Empat..Lima.. Baru lima hari??!! Dem!

bila nak cukup 3 bulan ni?


Selain bule jumpa katil aku, my dear Bunda Umi, Abah dan adik-adik belum baligh aku,
cuti ini..

Empty

DUSH!!

Aku da ta bule gado ngan adik Sepuluh-Nama.
Sebab dia sedang sibuk terkinja-kinja di Port Dickson selama 3 bulan.

Aku juga da taleh bermanja dengan Enche H,
Sebab dia sedang sibuk memancing di sungai, tasik, laut.. atau kat mana-mana yang ada lopak air.

Aku juga da taleh makan roti canai dan teh tarik Limabelas
Sebab aku sedang sibuk bina bontot dan tahi mata di Bandar Bawah Tasik.

Yang paling penting,

Aku juga da taleh tengok muvee.
Sebab tak ada kontraktor yang mahu menyibukkan diri membina cinema di sini.
Kerana mereka lagi sibuk membina puluhan masjid di pulau-pulau tak berpenghuni.

Hari-hari bukak web ntah ape-ape.
Hari-hari curi line internet..
Sape suro pasang wireless tanpa password??
[Trimas pakcik Iz]
Hehehe

Ada sapa-sapa nak ajak aku shopping?

Text aku sebelum pukul 2 pm oke..

Wednesday, April 2, 2008

paranoia?

sekarang cuti dah bermula.

since aku dah tak da apa-apa kerja utuk dilakukan
aku cuba pandang balik apa yang berlaku sepanjang empat bulan setengah aku di kolej.

First month. Tragedi dan kesedihan.
Bermula dengan perpisahan aku dengan enche H
hingga kepada kehilangan seorang teman ketika bersama-sama sedang bergembira. (Al-Fatihah)
Dan bulan itu terlalu lama dirasakan.


Selepas tu terlalu bayak perkara yang berlaku.
Dan semester ini berlalu dengan begitu pantas.

Akhir-akhir ini kemudiannya,
Paranoid.
Betul atau tidak, aku kurang pasti.
Tapi yang penting ada sesuatu memori luka
bertubi-tubi datang di kepalaku.

Kemudian, aku seperti orang yang kehilangan dan pengecut.
Tiba-tiba takut menghadapi dunia.
Takut berdepan dengan manusia dan kata-kata.
Lalu aku duduk diam membatu.
Seperti lupa pada set sosial di sekelilingku.

Aku cepat melatah atas perkara kecil.
Cuma latahku di dalam hati.
Dan kemudian membengkak memakan segala rasional diri ku.
Hingga aku lupa, siapa aku sebenarnya di situ.

Hari ini,
aku kembali rasa bebas.
Dan aku jenguk kembali hari semalam.
Aku katakan,

'Syukur.'

Aku tidak mampu lagi menahan diri aku di dalam ruang gelap itu. Aku perlu cahaya.



*Hanya memetik sedikit kata-kata seorang ahli falsafah:
"Put your hand on a hot stove for a second and you will find it is like a month,
and, spend a month with a girl you love and you will find it like a second."

Jumpa lagi.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...