Welcome

Assalamualaikum & Bismillahirahmanirrahim

Wednesday, October 29, 2008

BELANGSUKAWA : Nor Faezah bt Ismail

Jam 7.00 am
Aku terima panggilan dari abah, bertanyakan no kazen-kazen aku yang tinggal di Sri Kembangan & Putrajaya. Anak mak long aku. Abah tanya aku ada kelas tak hari ini, aku cakap aku ada exam. Dia senyap. Tak sempat aku kata apa-apa, abah cakap,

"Tak apa lah. Do ur best in your exam."

Jan 8.30 am
Rutin biasa aku sebelum exam, aku akan call bunda umi. Aku nak bagi tahu aku exam Islamic jam 9 nanti. Bunda Umi cakap;

"Kakak, Faezah dah tak da. Pukul lebih kurang pukul 5 pagi tadi die meninggal. Sakit jantung, meninggal serta merta"

Aku terdiam. dalam suara terketar-ketar tahan nangis, aku cakap.

"Innalillah. Tak apa lah. Umi doakan kejayaan kakak. Kakak exam Islamic pukul 9 nanti"

Lepas dengar bunda umi cakap, aku letak ganggang.

Aku ke dewan exam dalam kedaan menangis.


Faezah.
Dia memang sakit. Down Syndrome.
Tapi selain tu, dia sihat. Cergas. Nakal, kadang-kadang garang.
Tapi dia manja.
Walaupun umur dia patut digelar remaja,
fizikal dia kecil perangai macam kanak-kanak kecik.
Dia manja dengan aku.

Dia anak mak long aku.
Dia suka peluk aku erat-erat. Lama.
sambil panggil,
"Kakak mari ye".
Senyum dan pandang mata aku.
Aku peluk dia balik. Aku senyum.
"Ejah dah makan ke?"

Tahun lepas, kak long dia kahwin.
Dia nak amik gambar dengan aku.
Dengan duit 'raya' katanya.

Tahun ni aku ada pergi rumah dia,
Macam biasa die peluk aku kuat-kuat,
pastu duduk sebelah aku lama.

Hujung minggu lepas aku pergi open house rumah classmate.
Melihatkan adik dia, aku teringat Faezah. Tiba-tiba saja.
Kemudian aku senyum.

Rupanya, dia dah nak pergi.

Aku cuba tidak menangis.
Kata teman-teman,
"Jangan tangisi kanak-kanak yang pergi. Nanti sakiti rohnya."

Aku cuba tidak menangis.
Aku taknak dia sakit.
Aku senyum.
Dia pergi dalam keadaan tidak berdosa.


Dia.
Istimewa.


Aku tak tahan. Air mata aku tetap mengalir.
Aku taip ini dalam keadaan terketar-ketar.
Aku menangis lagi.
Tapi aku senyum.
Kerana aku tahu, dia akan bahagia di 'sana'.

MAAF..
tak mampu sambung lagi...
aku sebak.



Al Fatihah untuk Ejah.
Pelukan erat & kejap Ejah, kakak tak akan lupa.

Tuesday, October 28, 2008

jalan, harapan dan ubat bius?

Satu malam,

Enche H demam, tidak sihat.
Aku bawakan ubat dan bawanya untuk makan malam..
Sebelum pulang,
aku memandu sambil bersembang dengan dia..



macam-macam.
dari cerita kelakar,
tiba-tiba aku sentuh tentang perhubungan kami.
bilakah jalan hidup kami akan menjadi satu dan sama-sama bergerak.



dia senyap seketika.
kemudian dia kata,



"anon, doa 5 kali itu aku selitkan agar jodoh aku dengan mu."



ya, aku juga miliki doa yang sama dengan mu enche H.



"apa akhirnya hubungan kita yang kamu inginkan?"
Enche H tanya aku.


"Aku mahu pada ketika aku dipandangan engkau seperti memakai pakaian berkedut seribu (haha), kau genggam tangan aku dan tidak jemu-jemu bisikan aku 'aku masih cinta padamu'...
....Aku, tidak mahu cintai kamu hingga akhir hayat aku, tapi aku mahu cintai kamu juga di syurga nanti. Menjadi bidadari kamu. Menjadi cinta kamu selamanya. Bimbinglah aku kejalan itu, ke jalan-Nya."

Air mata aku mengalir. Memang itu doa aku. dan setiap kali aku memikirkannya aku tidak mampu menahan sebak.

Enche H pandang aku, dan kesat air mata aku.
"Jangan risau sayang, kita akan tuju pada haluan itu. Sama-sama kita bantu satu sama lain. Aku tahu, aku & kau tak sempurna. Tapi jadikan aku dan kau sebagai pelengkap satu sama lain"


Sebelum keluar dari kereta,
dia katakan,
"Terima kasih kerana menjadi ubat aku malam ini. Aku dibius cinta kamu(?)... hahahaha"


Enche H,
jawapan kamu semakin meyakinkan aku bahawa,
kamu tidak perlu menjadi romatik di hadapan orang ramai,
kerana kamu sentiasa romantik ketika bersama aku.
Aku tetap sayang kamu.

Sunday, October 26, 2008

aku minta sedikit saja

lama dah rasanya tak apdet blog.
sebab
aku rasa macam xda selera ngan internet kat kota lintah darah ni.
hari-hari aku buka email ngan aibob je. yang lain bila ada keperluan.

aku sekarang mengalami masalah depresi.
aku lagi depress bila aku tak dapat nak keluarkan perasaan aku.
dalam kepala aku penuh dengan pekara-perkara yang menyerabutkan,
dan aku terpaksa act selamba n gelak sedangkan aku rasa nak menangis
pada masa tu jugak

for sure, memang laa aku depress pasal nk final exam.

tapi yang satu ni,
aku rasa makin menjadi-jadi kebelakangan ni.
aku cuba nk penuhi semua permintaan orang pada masa yang sama,
but at the end, aku dah screwed it up.
aku sangat sedih bila aku tak dapat nk buat keputusan dengan betul
aku cuba nak jaga hati mereka-mereka.
kerana mereka2 orang yang aku sayang.
tapi at the end. aku yang kena marah, aku yang kena kutuk dan aku yang disalahkan.
aku sedih.
aku nk jaga hati mereka tapi hati aku, xsiapa yang jaga.
aku tak kisah,
tapi tolong la beri sedikit consideration pada aku.
aku dah tak larat. aku tak larat.

="(

Monday, October 13, 2008

Yuna ep. Launch

Yesterday i was at Yuna Ep Launch with Tuts and Fendi at KLPax.

The ticket


Sementara tunggu Yuna punya performance, ada beberapa persembahan lain. But Yuna was very amazing. Ada satu lagu tu memang meremang ah. Dan lagu Deeper Conversation was the best sebab ada mini orchestra yang iringi lagu Yuna. I did record some of the performance. Tp tak ambil gambar masa part orchestra tu.


Yuna's performing

Ada free goodies at the enterance. Cupcake and the Ep CD.
Then i bought another one for enche H.

Goodies; Cupcake & CD's

vain =.=!

tak dapat bercamwhore masa Yuna tengah perform sebab gelap.

Sunday, October 12, 2008

monolog mengarut jam 6 pagi

malam tadi aku call enche H.

bergayut sejam lebih hinggalah terputus sbb phone dia habis bateri.

FREE. takpa nk on phone lama-lama pon. ehsan celcom.



bicara sejam setengah bawa kami ke dari cerita-cerita biasa dan remeh hingga ke bicara serius.

yang paling akhir tentang perubahan.



aku dan dia banyak berubah. dr segi physically and attitude. ye la. we've been togather for 2 and a half years - till now.. yang berubah tu xperlu cerita laa. memang banyak. attitude, the way of thinking, philosophy of life and our social life. aku akui sebenarnya cara aku bawa diri aku dan cara aku berfikir sangat-sangat berbeza dengan dia.



aku selalu fikir, betapa uniknya aku dan dia. berbeza pandangan tentang hidup, minat yang berbeza namun kami masih balace togather. Alhamdullilah sebab jodoh aku masih lagi dengan die. dan aku sayang sangat dia. jiwang & lari topik.



ketika sedang mempersoalkan sejauh mana kami berubah, aku tiba-tiba faham kenapa dia bersungguh membicarakan tentang perubahan.. dia mahu aku faham bahawa, perubahan itu perlu, tapi tak semua harus ada perubahan. biar sekuat mana tekanan dari masyarakat dan sekeliling, meski kita harus berperang hebat dengan perasaan dan dilema.
kerana originaliti tu masih perlu.

dia gembira aku berubah. setidak-tidaknya aku berubah sedikit dari segi luaran. walau sedikit dan masih selekeh. haha. dan dia tentu gembira jika tahu perasaan sayang aku terhadapnya berubah, bukan kepada lelaki lain, tetapi kepada perasaan sayang yang lagi mendalam. jwang lagi.



aku faham itu.
dan perkara paling akhir aku faham,
dia merindui aku yang dahulu.
aku yang dahulu.

Friday, October 10, 2008

7 things i know about me n the rest still undiscovered

TAGGED BY EDA!!

sori yep lambat. susah nk cari fact pasal diri sendiri.

1. Aku seorang yang degil. cuma bukan tahap rebel lagi laa. Aku rasa, manusia-manusia yang paling rapat ngan aku (family, enche H, bestfren & ex boifren, ) tahu sejauh mana kedegilan aku. Kalau aku nak atau nak buat sesuatu perkara sangat-sangat, aku akan buat walau dah berkali-kali orang larang. Usually aku xakan buat depan orang yang larang aku tu or bagi tahu yang aku dah wat (sbb tu aku x masuk tahap rebel lagi). kalau aku bagi tahu pun, aku angguk-angguk je laa. and last skali dieorg akan cakap, "Dah tahu dah. Kamu kan degil". Aiono.

2. Aku sangat suka membaca. Tapi bukan semua benda aku baca. Masa kecik-kecik dulu, meja makan umah nenek aku selalu alas ngan surat khabar. aku akan baca sambil makan nasi dan sanggup alih pinggan orang lain kalau menghalang pembacaan aku. Kalau aku kena kemas ruang bacaan kat rumah aku pula, aku boleh berjam-jam duk kat timbunan buku yang nk dikemas untuk baca buku teks adik-adik aku, majalah-majalah lama yang aku kumpul or even esei-esei latihan yang aku compile masa skolah dulu. malangnya, aku tak suka membaca buku teks thermo or manufac or islamic. kalao tak, ada kemungkinan tak aku dean's list?? hahaha

3. Penyesalan terbesar aku adalah result chemistry SPM aku. kerana chemistry, aku stuck kat tempat aku blaja sekarang. walau aku dapat scholarship dan dah hampir tiga tahun kat sini, aku masih terkilan sbb aku tak dapat fly. Kalau tak kerana chemistry result aku, mungkin aku berada di German or Russia sebagai aeronautic engineering student. haha.. angan-angan je tu.. kadang-kadang, aku terfikir, apa guna subjek lain aku perform, tapi kerana spoil satu subjek, segala subjek lain nampak seperti takda makna. aku tahu aku narrow minded dalam hal ni.. tapi aku tetap xleh terima kerana impian aku macam dan hancur.it involves my dream n future. dan aku tak pernah maafkan diri aku sbb terlalu cuai. kelakar kan?

4. Aku sangat geli kepada bulu kucing. Aku tak akan sentuh any soft toy yang aku nampak macam bulu kucing. Kalau tersentuh, jadi macam renjatan. kadang-kadang aku adore juga kucing, yang comel je laa.xda gut nk sentuh. So tak hairanlah kalau aku pernah berkejaran dengan enche H dalam satu kedai sbb die nak suruh aku sentuh satu selipar yang aku nampak macam bulu kucing..

5. Masa aku kecik-kecik dulu, aku sangat hyperactive dan aku tak banyak cakap. hingga lah suatu hari aku panjat moto besar ayah aku dan moto tu jatuh atas aku. kemudian, sekali lagi aku panjat dapur memasak besar yang ada oven n tempat letak tong gas tu, dapur tu tiba-tiba unstable dan hempap badan aku. seminggu aku terlantar tak makan, minum, dan xbercakap.lepas tu aku dah tak jadi hyperaktif tapi banyak cakap. salah satu cara nak kuarkan energy aku kot dan biasa laa aku cakap dulu baru pikir. so sori bila aku tercelupar.opps!

6. Aku susah nk crush kat lelaki, kalau aku crush pun tak lama, biasanya dalam 2-3 hari aku dah boring walau sehensem mana pun lelaki tu. paling max aku crush ngan lelaki, sebulan. kalau dengan enche H pulak, hari-hari aku melting dari dulu sampai la sekarang..wiu wiu.. =P

7. Aku pernah jadi pelakon wanita terbaik kat skolah. aku pegang watak amoi yang suaminya mati depan mata akibat dipancung oleh askar Jepun untuk pementasan "Tragedi Bukit Kepong". Lepas tu budak-budak skolah aku pangil aku Amoi. "Wa.. punya laki..wa punya laki". Ironi, aku xberminat bidang lakonan sebenarnya.

7. Aku sangat boros. Tersangat boros sampai aku boleh habiskan hingga ke sen terakhir duit aku. by the end of the day, aku tgk aku buy nothing. Aku cuba control, tapi kurang menjadi. even duit aku tinggal rm50 untuk blanja makan stengah bulan, aku boleh lagi beli benda yang tak penting. bila sangap nk makan, mula laa call parent, bank in duit. anyone can help me?


Aku tag.. no one.

Thursday, October 9, 2008

detik 0000 Oktober 9, 2008

Time : 12.00 am
Lokasi : Depan sebuah restoran.
Atmosphere : Love song dari dalam kereta sejak setengah jam perjalanan.

Tiba-tiba

"HAPPY BIRTHDAY, sayang" - Enche H

*click*

bonet kereta dibuka.
Bungkusan besar hadiah keluar.

"Ini hadiah hari lahir sayang"
(love song di kuatkan)

Di atas kad tertulis,

"Dearest Anon,
SELAMAT HARI LAHIR sayang" (dalam satu bentuk hati yang besar)

Aku tengah tergamam.
Kaku. Tak bergerak. Air mata kuar xhenti-henti. Terharu.

"Buka lah"

tangan aku keras.Aku bukak sambil menangis.

aku kuarkan TEDDY BEAR yang sannnngggggggggggaaaaaaaaaattttttt comel.

Atas kepala teddy bear tu basah kena air mata aku.

"Thanks sayang" - beribu-ribu kali aku sebut..

Enche H ajak aku masuk dalam restoran tu. Aku masih duduk dan menangis.

Terlalu sebak.
Terlalu indah suasana tu.
Terlalu gembira.

Walau mungkin bagi orang lain hadiah tu tak seberapa, tapi itu hadiah birthday paling istimewa dalam hidup aku.

First time aku rasakan wishing yang sangat dalam maknanya.

Aku harap aku masih mempunyai umur yang panjang untuk aku miliki detik macam ni sekali lagi.


*Kalau lah kamu tahu betapa dalam sebenarnya aku mencintai kamu enche H............~

Tuesday, October 7, 2008

"Hidup ini memang palat, tapi esok masih ada" - KAMI


Aku bagi *****

Memang superb..
sape yang cakap crita ni xbest, aku rasa sama ada xpenah tengok series KAMI atau memang jenis xda feeling.
Xpayah CGI ape kejadah mengarut-ngarut, or dramatik yang melampau.
jalan cerita saja dah bagi effect besar. just nice. simple and berkesan.
sampai mamat kat belakang pon boleh menangis tersedu2.

rasanya kalau eda tengok, nangis wa cakap. hehe

Aku xnak cakap panjang-panjang. Nanti spoil..


Nak tahu?
Sila sila kan menonton.

Aku puji lakonan berkesan Nas-T (Abu), Liyana Jasmay(Lynn) & Syahrul Ezani (Ali)
Soundtrack pon macho bai. 100% from our local indie band.


jangan tanya kenapa ngan font post kali ni macam celaka. blog aku tengah bengong sekarang





Friday, October 3, 2008

buku baru : antologi kacak jelita


ini buku terbaru aku baca
ANTOLOGI KACAK JELITA
baru saja usai membacanya.thumbs up!
mereka memang penulis profesional.
terima kasih kepada : Encik Saharil Hasrin kerana sudi mengeposkan buku ini untuk saya. kalau ada buku baru inform lagi ye... =)


Raya lagi

Bersama si adik selepas penat melayan boifren-boifren tetamu yang bertandang ke rumah.
Tema : Hijau.
Raya ke : satu

p/s: oh ye.. azam aku nk naikkan berat badan... TIDAK BERJAYA


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...