Azam. Macam tahun-tahun hijrah sebelum ni; Tiada
Aktiviti:
Bagun awal lah jugak. Bersihkan rumah, kemaskan apa yang patut and everything. New year la katakan.Hmm. Sepatutnya ada usrah tapi tak pergi sebab kena buat survey untuk Mechanical Design Project.
Pukul 10 am bertolak ke Sunway Piramid. First time buat survey luar kawasan. Macam-macam orang jumpa. Terima kasih kat semua yang sudi jawab survey form. Sekurang-kurangya berbaloi jugak pergi sana. Lunch at Pizza Hut, selain aku, semua group mate aku Chinese. Apa lagi, amik peluang ah belajar bahasa Mandarin. Sembang masa lunch break and shopping lagi lama dari masa untuk buat survey.
Balik buzz Yana. Ingat nak ajak cari n main rollerblade sebab lama dah rindu dengan rollerblade.
Yana ON. Excited.
Yana ON. Excited.
*Dulu masa kecik ada sejarah ngan rollerblade, siap ponteng sekolah lagi taksub main ngan clan rollerbladers & skateboarders. Tapi sebab taksub sangat la abah buang rollerblade aku dan sampai aku habis sekolah, aku tak berani tanya pasal rollerblade depan abah.


No comments:
Post a Comment