Jadinya semalam berempat dengan kereta Tuts pegi ke Rantai-Art.Niat utamanya mahu tengok/dengar Fynn Jamal dan Wani Ardy perform. Teringat lagi masa first dengar lagu Wani Ardy. Masa tu ada event, aku, tuts, fendi, eda & burn pergi. Tak silap almost 2 years ago. Ada banyak cd baru kat satu booth ni. So Tuts pick one CD and it was Wani ardy's. Balik tu terus dengar and ada banyak nice songs in that cd. Tapi we missed Fynn punya performance that day.
Frankly speaking, rantai-Art tahun ni tak semeriah dulu. But still ada art yang bagus-bagus. Sempat beli satu buku Fynn - Buku 3, and 2 zines, LELAKI - Ulii Azman and Pendek-pendek lah 'cool' from Petak.
Ruginya pada dua, tak bawak pen nak mintak Fynn signkan buku tu dan juga tak sempat ambil gambar sama kamu, Kak Fynn. Harap lain kali dapat ketemu.
Balik pun dah lambat dan since malam sebelum tu tidur lambat, jadinya malam semalam rasa penat sangat.
*Nota untuk Kak Fynn; lagu seratuslimapuluhjuta kali tu sangat bagus. Suka. =)
No comments:
Post a Comment