Welcome

Assalamualaikum & Bismillahirahmanirrahim

Wednesday, September 30, 2009

dah macam 'oh dear daily life'

Sekarang tengah lapar lagi.

Sejak balik dari cuti raya, kerja tak stop-stop lagi. Balik balik je ada open house rumah Nabil kat PJ. Then malam tu sampai 6 pagi ke esokkan harinya buat projek Machine Design. Sambung hingga ke petang, malam pulak kena meeting untuk AJK BAKSIS. Semalam paling penat, kesian Enche H tunggu aku siapkan lab report dan log book kat library. So, aku bawak dia pegi kat Padi, Cyberjaya melantak Cheese Bake Spaghetti. Tapi rushing jugak sebab lepas tu aku ada meeting untuk projek Shell. Amik ko tak mandi seharian pergi meeting. Balik sambung lagi buat report. Sigh~ tu la akibat kalu terlupa nak ambil data masa wat experiment hari tu. Orang lain semua dah siap.

Ence H melantak. ermm.. lapar pulak dah.


Disebabkan tido lambat semalam, kelas pagi tadi aku pergi lewat hampir sejam. Tu pun sebab Eyo mesej cakap ada kuiz. Ingat dah malas dah nak pergi. Tengah mandi duk kira 'camci camge anak pakcik..bla..bla..bla' nak pergi ke tak. Lepas tu mesej dia balik, dia cakap kuiz sampai habis kelas. Gila ape kuiz 2 jam? Tapi memang mencabar woh. Disebabkan lewat, kuiz tak sempat siap. Orang lain dapat full mark, aku tak. Bagus la tu, kalau aku tak pergi kelas, memang komfirm 0 la markah tu. Kelas hari ni macam biasa; 8 pagi sampai 10.30 malam. Habis kelas malam ni ada pulak meeting untuk fasilitator untuk train peserta ToT hujung minggu ni. Boleh tak aku nak menangis sekejap??

* Hari ni makanan aku, 2 kotak Milo, satu bungkus Oreo, twiggies dan Jack n Jill Potato Chips. Semua nya licin sebelun pukul 4 petang tadi. Nak buat macam mana, nak pergi makan memang tak sempat. Tapi blogging sempat pulak kan?

Tuesday, September 29, 2009

Raya.

Semua nak cerita pasal raya. Tahun ni memang raya sakan, amik gambar pun sakan. Hinggakan tak sampai hati nak upload banyak-banyak dalam facebook. Tapi tahun ni duit raya tak berapa nak sakan. Nak cerita kat sini pun nanti semua nak muntah sebab banyak blog-blog yang seminggu tak update, tiba-tiba trus je update pasal raya (baca: aku ). . Jadi selamat sambung beraya rakan-rakan. Nah amik gambar raya satu dari kami sekeluarga.


SELAMAT HARI RAYA!

Saturday, September 19, 2009

paham-paham la ye.

Selepas 10 hours dalam bas + 3 hours dalam kereta bapak.. lama kemain, I'm home. =)

Balik-balik ada tugas kena selesaikan.
Susun and polish semua perabot, lap cermin dan semua-semua lah. Sakan noo!
Tu tak campur lagi untuk hari ni wat biskut raya and chocolate moist cake yang wajib ada tiap-tiap tahun. Balik dari kerja abah buat balik goodie bag hari raya. Setel-setel dah penat terus mampus ke alam mimpi.

Macam biasa. okeh here goes ayat skema:

Disini saya ingin mengucapkan


untuk korang semua.
Maaf tu tak sepatutnya datang setahun sekali, but raya is a great opportunity to say

"Segala terkasar bahasa, makan hati, makan jiwa, sakit hati, sakit jiwa dan segala perbuatan mazmumah lain yang dilakukan selama ini oleh aku, moga-moga di maafkan.."

=)

Tuesday, September 15, 2009

Mencari.

Dulu. Masa tengah zaman comot & selekeh dan kini masih, selalu suka tengok orang cantik. Kemas pakai mekap dan baju cantik-cantik, feminin la konon. . ye lah, comot selekeh, takdak orang nak. Masa grad night form five, orang paka cantik-cantik, bling-bling, kebaya, mekap siap ade shawl lagi kat atas kepala, aku? baju kurung plain, kain corak, tudung pulak sikit pun tak kena ngan tone baju. Orang lain sibuk bergambar cantik. Budak lelaki semua nak amik gambar dengan mereka, aku pulak awal-awal dah masuk bilik. Comot dan selekeh, sape nak amik gambar? Rosakkan kodak ade lah (zaman tu digital camera tak ramai orang pakai..).

Kemudian aku beli alat mekap sikit-sikit, cari baju blouse, konon nak pakai kasi nampak feminin. Konon nak cantik. Tapi tak berani pakai pastu tinggal je kat rumah, baju pun semua bagi kat orang tak pun adik yang tolong warisi. Kadang-kadang ada yang tak pernah pakai. Masa comot selekeh ni jugak, enche H jumpa aku *senyum. Pastu aku dah malas dah nak berblouse-blouse ni. Last-last t-shirt ngan jeans jugak yang aku sarung pegi kelas, bedak johnson jugak yang aku tepek kat muka. Cuma eye liner tak pernah lekang. Blouse tak kena. Mekap tak jadi ngan aku. Kadang-kadang pakai bila ada majlis penting je. Comot ngan selekeh tu ada lagi sampai sekarang

Aku, jujurnya dengki dengan orang cantik, nak nak yang pakai apa pun semua jadi, yang jalan pergi mana ada mata mengekori. Definisi cantik aku tipikal macam kamu-kamu juga. Aku cari jugak macam mana nak jadi cantik, tak pernah jumpa. Enche H cakap, tak payah la sibuk nak cari cantik, nanti nampak fake, baik kau cari cara nak cantikkan hati, cantikkan perangai. Seri tu datang dengan sendiri. Tak perlu ada mata bundar, pipi pauh dilayang, bibir merah bak delima dan ape tah lagi tu.

Benda ni banyak kali jadi modal ketika bersembang dengan Enche H. Dan lepas tu aku akui.. kalau cantik tu buat kau takbur, ujud, riak dan bangga diri, buat dunia ni macam berpaksi hanya pada diri kau saja, jadi jahil.. indah kau tu macam kain pengesat kaki depan tandas, kau beli yang paling cantik, tapi last-last buruk jugak dikesat kaki. Tuhan pun murka.

Cantik luar takkan pernah cukup, kemudian kau tua, hilang macam tu je. Cantik hati buat kau sempurna, kekal sampai ke mati.

memo #6

How much you are pissed off with somebody who brag and show off are equal to how much you want to have what they have and tried to be like them. This is what we called; ENVY.


Heh, don't be too denial please.




*Fynn cakap :

"yang terbaik,
kalau pun hendak meluah,
cakap bahasa puisi.

pendek2.
tergantung.
terbiar untuk diteka2."

...orang pun tak terasa
hati pun lega..

Friday, September 11, 2009

memo #4.5

sudah ku katakan

"sabar itu ada manis dipenghujungnya"


it's a matter of time.
kepuasan itu berkali ganda kesabaran yang kau tahan.




=)

*can't stop smiling.

Thursday, September 10, 2009

rasa.

aku
tempang mencari langkah
buta mengagau kisah
mencari
rasa yang hilang di udara

aku
cuba bangkit dari ceritera yang lalu
menadah tangan menuggu
titis-titis
rasa yang hilang di udara.

rasa,
bawa aku pergi
bawa aku lari
jauh dari pekikan memori
kosmos yang kian ngeri.

ku hembus
rasa.
perlahan-lahan hilang di udara.

Wednesday, September 9, 2009

memo #5

You write best when you are depressed.

Tuesday, September 8, 2009

inspirasi : si ladi

'moga hari2 mendung ini dicerahi dengan buku ini.'


Seorang ladi berjalan tanpa arah. Terhuyung hayang. Dadanya lompong.

"Dahulu, seorang pemuda mencuri hatiku, ku pinta nya balik. Dipulangkan semangkuk daging yang lumat dikisar. Katanya itu hati aku. Terduduk, perlahan-lahan aku ambil dan tanamnya di tepi jalan."

Seorang ladi berjalan tanpa arah. Terhuyung hayang. Dadanya lompong.

Kelibatnya di jalari mata sang jejaka. Memerhatikan ladi itu. Di berikan sekuntum bunga. Perlahan-lahan si ladi menciumnya. (ah! bukan semua bunga mestinya rose. Dan bukan semua rose baunya wangi)
"Bunga melur, wangi." Tanpa sebarang ucapan terima kasih, si ladi berlalu pergi.

Berjalan tanpa arah. Terhuyung hayang. Dadanya lompong.

Di ciumnya bunga itu berkali-kali. Hingga tertidur.

Esoknya
Si ladi, rasa dadanya tidak lompong. Penuh dengan rasa. Kadang-kadang kencang, kadang-kadang tenang. Ya! dadanya tiada lompong. Terus dia ke kelinik, minta dokter x-ray dadanya.
"Kamu. Kamu, berhatikan bunga. Bunga melur."

Si ladi berlari mencari sang jejaka. Ketemu di bangku di hadapan kedai runcit. Cuba menjahit tali leher.

"Terima kasih untuk bunga melur itu. Lompong itu sudah tiada. Mari sini ku jahitkan tali lehermu"

"Aku sudah lama mencari mu. Aku temui kamu. Berjalan tanpa arah. Terhuyung hayang. Dadamu lompong. Aku mahu berikan hati ku pada kamu, tapi aku takut, kalau-kalau hati ini tidak serasi di dalam dada lompongmu, lalu ku berikan melur itu"

"Dari mana kamu dapat bunga itu?"

"Di tempat kau tanami hati kamu, ku baja dengan kasih aku dan ku siram dengan air mata setia. Hingga mekar, ku petik satu, ku berikan kepadamu"


---------------------------------------------------------------------------------

Ini cerita seorang ladi yang berhatikan bunga. Bunga melur.







Monday, September 7, 2009

memo #4

kau tahu sabar tu seperti apa?
seperti jantung dan peparu kau ditiup angin, penuh.
disekat tulang rusuk,
ditahan celah kerongkong.
sebal tapi di penghujngnya manis.

Sunday, September 6, 2009

bukan senang nak jadi susah

balik rumah. berbuka bersama keluarga. Umi tak sihat. Tengah berbuka sama-sama, alang bising pasal hampir setiap hari terpaksa berbuka improper dan pernah juga berbuka dengan air kotak dan sekeping roti. Sibuk menyiapkan kerja studio. kadang-kadang aku menyampuk, sebab aku pulak pernah berbuka dengan twiggies dan air kotak. Abah senyap dari tadi. Selesai dia habiskan biji kurma;

'Bukan senang nak jadi susah. Setahun sekali je tu. Bersyukur dapat rasa nikmat susah.' dengan muka selamber menyuapkan biji kurma yang lain.

Semua terdiam.

Bila dapat basikal, susah benar nak jalan kaki, sudah dapat motor, basikal letak ketepi. Bila dihadiahkan kereta, motor dilupakan bila dapat kereta mahu new city.


tahu erti syukur?

Wednesday, September 2, 2009

sunshine

sejuk. mengiggil macam robot short circuit. retard.

-----

kawan-kawan and readers yang lain..
nk mintak tolong tinggalkan url blog anda
(jika ada) kat ruangan komen boleh?

dah lama nak mintak tapi asyik terlupa.

thank you.

-----

banyak assignment tapi still rasa nak senyum sampai kat telinga. mentari.

----

Berbuka dengan enche H and Fareez at Flaming, Sunway. Terbaik. Makan macam tak makan sebulan.




----
bila boleh bukak puasa bersama-sama dengan the ghay and the-so-called-DG ?

(sepatutnya 'DB' stands for Dragon Ball, tapi besela typo jadi singkatan 'Dragon Gall' wtf..wtf..wtf.. dan kenapa nama dragon ball hah?? haha rasa cam taman asuhan kanak-kanak.)


macam mana rasa bengang, teruk dan sakit hati, a good memories remain.

=)

bosan

buta tak mahu dipimpin

bodoh tak mahu di ajar


konon paling celik, konon paling pandai.
pok kang!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...