Welcome

Assalamualaikum & Bismillahirahmanirrahim

Friday, August 27, 2010

true story : fibroadenoma

apakah? macam bunyi pelik saja kan?

i think most of my closest friends now about this ; early this year i'd been diagnosed with fibroadenoma and i was admitted to the hospital to undergo biopsy for removing the tumor.

tumor huh? sounds like big deal.
no worries dear.

taken from here : CENTURA

fibroadenoma adalah salah satu 'benign tumor' yang bermaksud non-cancerous tumor yang berada di.. ehem.. di dada perempuan.. i mean breast. biasanya benda alah ni jadi kat young woman. biasanya benda ni akan muncul time menstruasi dan akan surut bila dah habis minggu menstruasi tu.
macam mana nak tahu benda yang berketul tu adalah fibroadenoma?


"Described as feeling like marbles, these firm, round, movable, and rubbery lumps range from 1 cm-5 cm in size and can be up until lemon sized lump"


kiranya bulat macam guli, bergerak2 macam tikus (kalau kita rasa dia gerak pegi kekiri, jap ke kanan) dan tak sakit.


Pengalaman aku :

masa tu dalam tahun 2008, ada terbaca pasal pamplet untuk breast self screening. so balik tu, aku dengan ngada-ngadanya test buat macam dalam pamplet tu, pastu rasa macam ada lump kat tepi left breast. tapi kena tekan dalam-dalam baru ada rasa tu. then i did some research about this kind of lump. pastu macam dikata, boleh hilang dan tak merbahaya, aku pun lupa terus pasal ni.

one year later, i realized that the lump became bigger. masa ni dah start cuak. i went to hopital azzahra dekat bangi and doktor cakap not to worries, it just a small cyst, will not getting bigger and painless. so dah kembali tak cuak. until akhir tahun 2009, i noticed a bump on my chest and i can feel the pain inside. besar macam syiling 20sen kalau tengok dari luar. tapi mengenangkan yang doktor cakap benda tu takpayah nk worries, so i let it duk diam-diam kat situ.

suatu hari, aku balik kampung and my aunt whom a sister (nurse) sembang2 dengan aku and mak aku. so i told them about this. my aunt suruh tunjuk, aku tunjuk la and to my shock, my aunt freaked out sebab dia cakap nape tunggu sampai besar macam ni. masa tu mak aku pun baru tahu pasal ni. dia cakap normal fibrodenoma should not bigger than that and it shouldn't hurt.

my aunt suruh cepat consult doktor dan bagi tahu yang this one is hurt. untuk menambah lagi kecuakkan aku, dia cakap risiko untuk dapat breast cancer sangat besar since family aku ada strong history about cancer sbb semua adik beradik arwah atuk, atuk aku sendiri and my mom's sister meninggal sebab cancer. masa tu aku rasa ngeri la pulak.

later, aku pun pergi hospital. doktor cakap, it is a tumor tapi dia tak boleh pastikan yang tumor tu kanser atau biasa je. she referred me to general hospital for biopsy on the next week. nanti baru dia dapat pastikan kanser ke tak. since aku ada final exam masa tu, aku mintak tangguh one month later.

during one month tu, tak tahu la apa perasaan yang aku ada. berkecamuk. yang paling aku risau kalau2 benda tu breast cancer. ye lah, most of my family member died because of cancer, who knows it might be my turn pulak. yes i know it sounds silly tapi masa tu depress, macam-macam aku fikir. i did a lot of research about breast cancer. tension sangat sampai aku fragile gila, kalu teringat je mesti nangis. masa tu tak ramai pun tahu. aku cuma tak nak bagi false alarm je. benda tak sure kan. pastu aku doa harap-harap bukan.. ada satu hari tu, aku ke rumah kazen aku, anak dia tersangat la hyperactive. tengah duk main-main tu, dia terlangar aku dah terhantuk kat dada aku. sakit yang amat sampai aku menangis pelan-pelan. kan nanti kazen aku tanya, aku xnak bagi tahu.

tapi aku syukur, people around me yang tahu pasal ni memang supportive gila sampai aku boleh bertahan dari jatuh tersungkur. and some of them did pray for me hingga hari aku operate.

masa hari aku operate, aku tengah intern. lepas operate tu doktor bagi aku tengok tumor tu, besar gak, dan tumor tu sebenarnya dalam, dekat dengan rib aku, so banyangkan macam mana besarnye benda tu sampai boleh nampak dari luar. lepas operate tu aku boleh balik terus. memang teruk gak la lepas tu. tiga hari bleeding teruk. masa tu aku memang dah tak malu dah menangis. sebab sakit yang amat. yang paling sedih, it left me a mark on my chest. lebih kurang 1 inch. berat badan pun susut dari 48kg to 44kg in less than 3 weeks.

alhamdulillah, lepas beberapa kali pergi follow up session, doktor cakap sample yang dia amik tu positif fibrodenoma, bukan kanser. aku memang lega sangat. terima kasih untuk doa. juga untuk umi & abah yang selalu teman aku ke hospital dari first day dan tolong lap badan aku everytime aku bleeding teruk. cuma terkilan yang doktor cakap, memang parut tu takkan hilang. =(


sekarang nasihat aku, kalau ada benda unsual yang anda sedar, tolong check awal2. jangan sampai kena operate. sbb sebenarnya ada rawatan lain selain dari tu. and if anda rasa down gile-gile, please jangan simpan sorang-sorang, share with somebody. jangan amik serius sangat but jangan amik sambil lewa..

and for all woman, kalau rajin, cubalah jenguk laman web http://www.breastcancer.org/. it is good to know, good for us as a woman.

rejoice. =)


*tapi, after 4 months, parut operate tu still sakit. anyone can answer me?

Thursday, August 26, 2010

rasa 2 : usah

usah
ditanya apa yang aku rasa
usah
ditanya apa yang aku fikirkan

kerna aku
tiada apa yang kau mahukan

pengkhianat jiwa itu
bawa hati aku pergi jauh

sampai aku kini,
aku tiada tahu segala apa
nikmat rasa yang kau katakan indah

tiada ingat.

yang di tinggal hanya rasa sayang

aku
tak terdaya mencarinya lagi
hanya itu yang dapat aku berikan pada kau

aku
tak mampu untuk meminta lagi
supaya dia berikan apa yang dia bawa pergi bersamanya

kata Peri,

"hati.
tak boleh dipaksa, hadap sajalah."

Tuesday, August 24, 2010

aku rasa tag ni dilayan jika otak kau blank untuk update blog. tapi nak jugak ada post baru dalam blog kau.

tengok, tajuk pun dah boleh buat intro post. tapi aku setuju la. at least untuk diri aku.

Yourself.
bak cakap eda... aku ni keling yang bermuka cina. apa yang keling pun aku tatau, apa yang cina pun aku tatau. yang pasti aku melayu. eh.. tapi nampak macam aku ni 1Malaysia. terima ja lah.

Speak of -
annoyance

Interest -
internet

Orientation -
Straight.

Type of life partner -
tinggi
tinggi agama
tinggi ilmu
tinggi pengetahuan
sedap mata memandang. (at least kat mata aku. yang nak tatap hari-harinya aku. bukan korang.)



Please state your current brand of the following:

1. Hair Shampoo :
L'Oreal Elseve Smooth-Intense

2. Hair Conditioner :
L'Oreal Elseve Smooth-Intese

3. Facial Foam :
OXY

4. Scrubs :
Olay Body

5. Facial cream :
Tia Amelia
*aku sebenarnya baru cuba berjinak dengan facial cream ni. ramai orang suggest tia amelia. setakat ni aku puas hati la since dia tak berat and tak rasa melekit. ok la for beginner macam aku yang baru nk belajar bermake-up ni.

6. Body lotion :
Nivea Cream (yang ni aku rasa agak femes la. yang dalam bekas biru bulat leper tu)
Body Shop Satsuma Puree Body Lotion






















7. Shower soap :
Body Shop Passion Fruit Shower Gel
Body Shop Satsuma Shower Gel

*aku pakai dua. gilir gilir kalau agak dah boring dengan bau sama.

8. Facial Powder :
Maybelline
Silky White

9. Lipstick :
ada Vaseline je taknak bagi bibir kering

*Vaseline ni aku puas hati gak la. bibir aku cepat kering, bila pakai ni, bibir aku dah xkering dah. dan boleh pakai kat other part of the body macam kat siku ka.

10. Perfume :
Flora by Gucci
Body Shop Neroli Jasmine






















11. Deodeorant :
Nivea White


PART B (cloth)

Just state the favourite brand that you have only:

1. Outfit :
Esprit
Dorothy Perkins
MNG
Padini/PDI/ SEED
Nicole
Nicchi
Diesel

yang selesa dan sedap dipakai. tak kisah cap xianjixianwuaini ka apa ka.
*tapi bundle is a NO-NO. mebe sbb aku selalu pikir yang bukan-bukan terhadap owner yang pakai sebelum ni.haha

2. Jeans :
Levi's
Guess
Louis
Padini
Rags

3. Baju kurung/melayu :
jahit sendiri

4. Shoes :
Nose
Vincci

5. Slippers :
Rubi
Tropicana Life

6. Spectacles/sunglasses :
none. tak pakai spek dah sekarang.

7. Hijjab :
ada brand ka?

8. Belt :
xda brand

9. Sport Shoe :
Nike for Women

10. Socks :
Nike
Giant (99sen sepasang, jimat. boleh beli banyak2. haha)

11. Watch :
Polo. hadiah dari mak.


PART C (technology)

1. Mobile handphone : Sony Ericsson & Motorola

2. Laptop/notebook : Dell

3. Printer/scanner : Canon

4. Camera : Lumix

5. Hardisk : Seagate

6. mp3/mp4 : Sony Walkman MP3



habis. pulunnya aku ni. haha.
jadi kalau sapa-sapa tatau nak post apa atau boring sangat dah, boleh la buat tag ni. silakan.


Sunday, August 22, 2010

kaya dan miskin

suggested story of the day.


http://theotherkhairul.blogspot.com/2010/08/kisahnya-si-penjual-burger-dapat-awek.html

entri serius : ilmu itu luas

"... ilmu itu luas dan sesiapa sahaja boleh menjadi guru kita...."


biasalah. hari ahad. kalau tak merewang keluar, merewang dalam internet (read : blogwalking).tak pun merewang dalam mimpi. sebenarnya agak lama dah tak merewang jauh-jauh ni. hari ni banyak pulak blog-blog baru yang best tapi baru terjumpa. betapa lama nya aku tak merewang, blog zackzukhairi yang femes tu pun aku baru jumpa last week. apa-apalah. yang penting, i have something to read during my past time. eceh.

kat mana kita tadi?

ok pasal blogwalking..
eh bukan.
pasal quote kat atas tu..

dalam banyak-bayak blog yang aku duk baca tadi, ayat ni yang paling aku tertarik nak quote balik. ilmu secara normanya diajar oleh yang tua kepada yang muda. aku tahu, bila sebut pasal perbezaan umur, semua akan fikir, yang muda ilmunya cetek, yang tua.. bak kata orang, lagi tua lagi makan garam, ilmu mereka dalam. bukan saja perbezaan umur, malah taraf pendidikan, taraf sosial. tak masuk lagi cerita orang tu miskin atau kaya. macam macam perbezaan lagi la yang kita bina untuk menghalang dari menerima ilmu


sejauh mana kita boleh menerima idea-idea dari orang yang kita rasa tidak layak untuk memberi ilmu?

'ilmu itu luas.."

kenapa wujudnya perkataan 'tidak layak' untuk memberi ilmu? ilmu itu sendiri luas, tiada sempadan, kenapa kita wujudkan 'imaginary boundary' kepada diri kita untuk menerima ilmu?

yang muda dikatakan tidak layak untuk memberi ilmu kepada yang tua.
aku tak mau elaborate panjang.. cuba baca entri yang aku linkkan tadi. korang akan faham.

sebenarnya dalam ni aku nak emphasize-kan pasal perbezaan kedudukan.
yang berpangkat besar, tidak boleh menerima pendapat orang yang dikira lebih rendah pangkatnya atau dengan bahasa kasarnya, yang di anggap kuli.

bai... silap tu bai. ni masalah yang aku rasa sangat common dalam organisasi. kau bos besar, kau rasa kau tahu teori segala, kau fasih atas kertas, kau hebat dalam managemet, tapi cuba suruh kau tukar tiub basikal anak sendiri, boleh? kau engineer, kau lawyer, kau doktor, tapi last-last, kau hantar kedai basikal suruh tukar tayar terus. ya, ini kisah benar. sekarang, siapa yang akan ajar kau untuk tukar tayar basikal tu? kalau kau nak belajar la kan. aku tau aku punya contoh tak significant sangat. tapi cuba faham baik-baik ayat dari lecturer aku masa aku internship hari tu

'a good engineer must be a good technician'

kau faham segalanya dalam buku.. mechanics, vibration, finite analysis, machinery, dynamics and bla bla bla. tapi bila kerja, ko terkial-kial. blur.. last-last kau sub-con kan kerja kau kat pomen, pomen suruh technician. pastu suruh pomen buat report untuk kau. kau restrict input ilmu just because u are an engineer. tak salah kalau kau turun, tengok, belajar sama dengan mereka. memang dieorang theoretically tak tahu apa yang mereka buat, but they practically do it everyday. kalau nak cerita pasal theory, world could be the best place to live..

so jangan berlagak sangat just because u know all the theories. if u know both, then it's ok. tapi bila kau dah tahu dua-dua, aku rasa, automatik ko akan sedar betapa banyak ilmu yang ko kena cari.

dan ilmu...

"ilmu itu luas."


jadi, kalau kita betul-betul nak mencari, jangan restrict our mind just because they are not at the same par with us. ilmu itu tersorok di merata-rata, even in a smallest creature on earth. don't be too skeptical, too judgmental when it comes to find knowledge.

BELAJARLAH MERENDAH DIRI

--------------------------------------------------------------


*kata pepatah: jangan lihat siapa yang berkata, tapi dengar apa yang dikata






Saturday, August 21, 2010

dedicated post





















yesterday was the best.
terima kasih sebab datang susah payah.

akhirnya dapat berbuka sama-sama.
walaupun aku segan kena jumpa mak kau
pastu sesat masa kat bandar Klang
kemudian hajatnya nak berbuka kat Pavilion
tapi terlepas jalan sampai ke KLCC....

maka berbuka lah kami di Nando's KLCC. *asal muka tak sabar nak makan mesti jadi macam ni??


lastly...
terima kasih for this chocolate. kan dah cakap jangan beli apa-apa dah. degil.
*tengok, sambung membebel dari semalam.. sigh!



selamat pulang and selamat berpuasa.



*next week, kalau nak beli apa-apa lagi,aku tak nak amik. aku hanya terima ferrari sahaja.sekian terima kasih. hahahaha

perkara yang boleh mendatangkan...

petang-petang di bulan puasa, kalau boleh tido memang syookk habis. tambah pulak malam before tu tido lambat duk siapkan final year project report. habis kelas dalam pukul 3. tapi mengenangkan gap 2 jam je before kelas last pukul 5 nanti, kang tak bangun memang menyesal pulak. so gagahkan diri jugak bersengkang mata walaupun mengantuk yang amat..

kacau eda study statik. agak2 mengantuk lagi, bukak facebook, baca blog... arghh.. kacau eda lagi. buat eda rasa annoying. kacau eda lagi. ok konklusinya aku memang kacau eda kaw2 punya petang tu walaupun tahu dia test statik pukul 6.

dah 4.45pm.
hmm.. basuh muka sket. tukar baju lain nak g kelas. tak pernah2 tukar baju lain kalau hanya ada 3 kelas je , tapi semangat pulak saya hari ni untuk ke kelas turbomachinery. dah start enjin, cuaca pun agak2 berangin tapi tak ujan. saya pun pusing cari tempat parking paling canteek punya. eh apasal dah tertukar jadi saya pulak . ok. kita teruskan lagi..parking dekat dengan main enterance bangunan kolej kejuruteraan.. pastu aku pun reverse parking, masih ada masa lagi. nanti nak kuar parking nanti mesti senang kan?

dah agak-agak puas hati, dengan langkah seperti orang sedang menerima ijazah di atas pentas, aku pun sampai la ke depan lecture hall. lalu ku bukakkan pintu...

eh,
kenapakah?
gurauan apakah ini?
mana semua orang. lecture hall kosong??
ke awal sangat aku datang hari ni?
tapi tak logik,
before nih, kalau aku datang awal pun mesti ada orang dalam tu..

-monolog panjang lebar dalam hati.


tak boleh jadi ni. lalu aku pun telefon faiz,

aku : bai, ko kat mana? aku dah sampai kelas ni

faiz : hurmm.. hari ni mana ada kelas. ko tak baca email ke?
*dengan suara orang TENGAH TIDO yang sangat menyakitkan hati.

aku : hah?!!!!! ye ke? nape aku ada kat kelas sekarang ni??

faiz : ha'ah. ye la. jangan lupa jawab kuiz skali dalam email tu.

pok! *facepalm

kenapakah aku je yang tatau ni?
kenapakah aku tak baca email?

kalau tak,
mesti aku tak perlu kacau eda
tak perlu tukar baju baru
tak perlu susah-susah cari parking

yang penting..

mesti aku dah boleh tido dari pukul 3 tadi. -.-!

sebagai balasannya, aku balik, salin baju...
TIDO.

Wednesday, August 18, 2010

quote of the day #2

"don't work for money
make money works for you.
..........
and if you want to make money,
don't work for others,
work for your self."

-Internal Combustion Engine Lecturer.

SEMPOI!

*Jeles kat eda. shah alam dengan putrajaya dekat ja... aku? (ykwim)
** seronok dapat lepak dengan eda, syed, api dan rangga kat paparich tadi. bring back the lost moment. =)

Monday, August 16, 2010

pfft

Everything that will happen tomorrow is the results of what you did today
and what happen today is the result of what u did yesterday.

everyone had their own past

*********
How I wish today is still another day in April. The day before the doom.
How I wish, I am still in my dream. I dream of you and I are still together.
That all this are just another nightmare.
And people I know today are just people whom I wake up someday,
will stare at me or just see me as another stranger passing by.
How I wish I could understand you even better. So that this will never happen.

*********

HOW I WISH I COULD DELETE YOU IN MY MEMORY AS SIMPLE AS PRESSING THE DELETE BUTTON..

*********

pfftt. damn you monday blues.


Saturday, August 14, 2010

tudung?

ni bukan entry kontroversi sama ada perlu bertudung ke tak. tapi pasal konflik diri.. tak tahu nak pakai tudung macam mana. selama ni memang biasa bertudung bawal sahaja. memang sangat sangat jarang la bertudung lilit, tudung ekin.. tudung syiria apatah lagi. tak pernah ada pun. sebenarnya yang jadi masalah bila kita nk matching kan dengan baju. baju dah elok-elok tapi bila check koleksi tudung.... alahai tak matchingnya. kena la salin balik. betapa tak konfidenya saya, last2 pakai tshirt, jeans and tudung bawal sahaja. konon matching la tu kan.

orang cakap kalau nk tau jenis tudung tu sesuai ke tak dengan kita, makanya kena tengok betuk muka kita. muka aku jenis panjang, check! tapi tudung ape pulak yang sesuai dengan aku?

jom kita tengok tudung mana yang pernah aku try....

ini tudung lilit first aku beli. tak silap rm1.50 kat desa murni. masa tu sale. tak berani beli yang pelik2 sebab kang beli pastu tak sesuai.. rugi beb. *dasar kedekut



yang ni pulok selendang lilit yang ke berapa tah aku beli. tapi yang ni beli semata-mata nak g grad night dinner yang lepas. disebabkan aku dah kurang konfiden dengan tudung lilit, tapi takkan nak pakai selendang pastu selempang atas bahu ye dok? makanya aku gagahkan hati dengan ehsan ibu tya, berjaya memakai tudung lilit ini bersama anak tudung ariani (rasanya lah)

ini lah hasilnya. tadaaaaa. gaun di beli di sungai wang plaza *promote2


oh ini percubaan memakai selendang pashmina gaya arab bersama dengan tudung ekin. aku namakan arakin.

okeh.. i admit.. arakin is lame. -.-!

latest.. tudung natasya rasanya.. tatau la haih nama-nama tudung ni. tudung ni berjaya membuat penyamaran hokage ke-4 bentuk muka aku yang panjang terus jadi bOlat.

sekarang boleh hire aku sebagai bibik dalam drama mutiara hati 2. bye.

eh.. jangan bye lagi. kesimpulannya?

aku pun tak tahula. sebab tu dalam dilema sekarang.. haish!

Thursday, August 12, 2010

budak gumuk #1

tadi bukak laci nampak milo chocolate bar. almost opened it and then

'Alamak.. puasa laa..'

betul la. B cakap saye budak gumuk makan tak berhenti. dalam laci pun simpan makanan. Haish..

*Betul saye tak sabar nak jumpa awak. Bialah awak cakap saya gumuk pun. =)



Wednesday, August 11, 2010

memories

After 4 years celebrating Ramadhan, sahur and buka puasa together, since the foundation year, this year would be different without you.

No more me and you at Hassan Cafe, 5 am in the morning.


Tuesday, August 10, 2010

bulan puasa


few things need to be settled down before going back home for 3 days of holiday. Berpuasa bersama keluarga. How i miss them...

Final Year Project progress report

Heat Transfer lab report, log book
and project draft report

Circuit Measurement Lab test

Computational Aided Design lab Report


and
.
.
.
.

wishing all my family, best buddies, friends and readers


me and my sista at Kelantan

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan. Semoga Ramadhan kali ini boleh menjadi satu turning point untuk diri kita dan rakan-rakan ke arah yang lebih baik. Amin.

=)




Monday, August 9, 2010

atmosfera sedang mencemburui aku.demit! (vol.2)


selepas Dennis Oh. makanya saya hari ini telah menemui kekaseh saya yang ke-tiga iaitu..

Introducing.....

(OMG! xboleh bernafas.... *breath in..breath out. fuh fuh!)


JON FOO!


kacaknya la ciptaan Tuhan neh. drooling!

Walaupun sempat dating dalam wayang sejam stengah ja.. tapi berjaya membuat saya jatuh hati tergolek golek sampai dah takleh fokus sangat dengan jalan cerita Tekken. Kalau suruh rate cerita tuh, saya tambah satu point untuk ke-hensem-an Jin Kazama.


Sunday, August 8, 2010

my lover special day

My super duper diva queen girl
ATIYAH BT ROSLI
Convocation Ceremony
Bachelor in Information System


We love u

Next time, nak fresh flowers banyak-banyak jugak.


Congratulation dear

*pics cilok from Sarel Nang

Friday, August 6, 2010

self


saya rasa saya patut start bersenam dan kurangkan makan. dan saya rasa saya juga patut start bersyukur.

dinner pun terpaksa pakai gaun to cover up my tembamness

dulu kalau kamu semua perasan, selalu je bising bising pasal badan kuruih sangat laa, losing my precious weight la, nak gain weight la. amik ko, akhirnya impian nak cecah berat 50 tercapai. tapi secara drastik. from 45 to 50 in 2 months. lepas surgery hari tu turun berat badan dengan banyaknya so i consumed larger portion for my meal, tapi sekarang naik dengan mendadak pulak. memang la dah tak nampak cicak kubing dah, but then it's not nicely proportionate, the lower part is bigger (very obvious) than the upper part.. perlukan exercise sekarang. tapi kasut basketball dah ke tong sampah, taekwondo pulak dan tak dapat join cause i'm too busy this semester. but i really need to exercise

selain tu...
i'm scavenging for junkies in between my meal time. a friend of mine told me that i have to control my recently developed eating habit. cause i eat a lot... like a lotttt. so thats why i told ya that i need to kurangkan makan. tapi macam susah je sekarang ni. -.-!

any suggestion on how to tone up lower part and stop eating habit ni?

Tuesday, August 3, 2010

kecewa

i thought u are different.

='(
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...