'Please stop writing and put your pen on the table' - 12.15pm tadi
Paper last, Internal Combustion Engine.
Balik, makan nasi ayam murah kat On The Run Esso, pastu terus tidoq. Bangun bila encik kesayangan dah call banyak kali suruh bangun semayang Asar. Lepak McD bersama rakan GPM petangnya. Lepas dieorang tengok cerita 'Chinta', barula balik. haha. apa yang best pun aku belum discover lagi.
So today's paper was my last paper for Semester 1 as final year student. Wah, dah final student dah. Dah 4 tahun stengah kat universiti ni. Dari foundation, naik degree, now Insyaallah, kalau takde aral melintang (read:repeat/fail) maka akan habis bulan 4 tahun depan.
Malam hari tu tengah study dengan rakan-rakan, terbincang pasal nak kerja apa bila dah grad nanti dengan Faiz. Eza (buah hati faiz), bakal bekerja tak lama lagi. Tahniah! =) best, best. Tengah duk bincang tu terbukak pasal kisah sekolah. Terbukak pasal result Spm bagai. Dan faiz agak terkejut dengan result aku masa sekolah dulu. First thing yang keluar dari mulut dia,
"What had happened to you now?"
dan aku cakap
"I don't know, maybe i'm unconciously sabotage myself from study hard or smart or what ever".
Yes, aku sabotaj diri aku in a way..
Why..
to tell you the story
I was quite a good student back then. Ok claim diri sendiri TAK BAGUS. Abaikan. I got 10A's in my SPM and now i'm ashamed of it. some sort la. Tak layak pun nak brag pasal result spm kalau tengok dengan keadaan aku sekarang. Benda pertama yang aku fikir masa hari keluar result was, next year aku dah tak da kat Malaysia. I'll study overseas. Over-confident ok. Masa tu aku fikir macam tak logik la yang result macam ni tak dapat fly? Such a narrow minded person. I was wrong. TOTALLY WRONG.
Why?
Aku salah isi borang scholar JPA for overseas study. And i missed the YTN scholarship, Mara, Sime Darby and Khazanah. Sebab apa? Sebab aku NOOOOOBBB. aku ingat JPA je yang paling senang nak fly. Harap dapat 10As, common sense tak reti guna. Ok aku still marah kat diri aku pasal benda ni. So last choice, aku call YTN tanya ada tak scholar untuk dalam negeri, and Alhamdulillah, lepas temuduga, aku dapat scholar YTN.
Tapi................
Tu lah, aku dah set, 'alah study hard pun aku tak fly jugak'. Aku down, stress, inferior and aku banyak mengelamun. To tell you the truth, everytime i heard my friend yang nak fly, i cried. Bukan setahun, tapi sampai aku dah nak masuk second year degree. Aku tak boleh move on. Make it worst, scholar YTN aku kena tarik on my first year sebab aku tak perform masa foundation. Then, aku apply Mara using my spm result.
Masa tu abah dah marah-marah. Dia cakap
'are you sure you want to continue your engineering degree?'
or else aku kena pindah.
Start second year, result aku getting better. As a reward, abah hadiahkan kereta yang aku pakai sekarang. Tapi aku lost momentum. Aku tak tahu macam mana nak study dengan baik, banyak main dan tak fokus dalam kelas. Aku rugi.
Menyesal?
YES!!
I was lost in my own world. I was too deep thinking about 'the road not taken'. And i was too obses with the word 'Kalaulah..' where actually it should not be a big issue.
*pause*
Allah dah susun elok dah untuk hambaNya.
Jalan cerita hidup aku, di negara aku sendiri. I'm now in Putrajaya.Will be graduating in 6 months time as a Mechanical Engineer. Insyaallah. Enjoying my time here with my family, my lover, my closest & precious friends. Mereka yang bangunkan aku, walaupun aku dah hilang apa yang aku pernah banggakan suatu masa dulu. Tak lupa pada dia yang 4 tahun bersama aku. Aku tak deny, he filled up most of my time here. Thank you.
Sekali lagi, Allah dan susun elok untuk hambanya.
senyum.















