exam?
Alhamdulillah. takde kecacatan otak akibat overdose study last minute.. tapi paper, Ya Rabbi, memang susah. nak nak FEM. exam ape yang tak susah kan? rasa sem ni punya preparation paling worst. tengah minggu exam pun ada assignment dan projek yang nak kena siapkan. kalau kerja berguni, nak siapkan semua sebelum exam memang tak lah kan. masa study ECONS malam tu dah rasa loya tekak dan nak pitam. mata rasa macam nak terjojol keluar. Literally yes! Alhamdulillah bila jawab test ok. Ok tu bukan maksudnya betul ke hape, cuma ok la tak blank part yang study. yang tak study tapi keluar soalan juga blakang kira. tu masalah sendiri sbb tak study semua.
Exam weeks ni aku agak strict dengan certain benda (minus the last minute study).
- Makan kismis dan air mineral banyak-banyak. and yes, kismis do the wonder
- This semester, aku makan meggi sekali sahaja dan fyi, aku memang tak makan asam masin. (tak elok untuk otak)
- Jangan miss breakfast. INI SERIUS!
- Bangun awal pagi. (boleh kalau nak solat hajat, mengaji & doa) pastu revise yang dah study. masa ni otak macam machine, boleh hafal dan ingat dengan senangnya.
- Malam sebelum exam, jangan tak tidur. Masa tidur adalah masa otak proses maklumat yg kita study. Lagi lekat and tak mudah blank. Boleh tak tidur tapi risiko blank masa exam adalah tinggi. Kalau tak habis cover, sambung pagi. (refer point 4)
- Malam sebelum exam jugak, telefon/sms parent, bagitahu subjek apa yang kita nak exam esok. walaupun mungkin dieorang tak tahu subjek ape tu (or just explain sedikit subjek pasal apa) dan mintak parent doakan kita.
- Sentiasa doa. Ini kita tak nampak sbb bila kita doa, kita tak nampak significant nya doa. every sem doa tapi xdapat lulus/A jugak. Salah. Doa, tu adalah cara kita tawakal. doa saja tak cukup, doa dan tawakal, tawakal tu kita dah serahkan segala usaha terbaik kita, terpulang kepada Allah S.W.T lepas tu. Insyaallah, rasa tak dapat buat pun Allah akan bantu kita dengan cara yang kita takkan pernah terfikir atau tahu. Tapi usaha la jugak, kalau doa hari2 24 jam tapi buku tak bukak, sia sia la. *teet
- Sebelum masuk exam telefon parent. Macam aku sebenarnya mudah cuak/gelabah which akan buat aku jadi blank, so sebelum exam dapat dengar suara umi atau abah dah boleh redakan rasa tu.
Konklusinya?
Usaha (study) + berkat (mak/ayah/lecturer) + doa + tawakal
Oh aku tak sentuh bab study camne sebab aku pun study last minute. sila jangan ikut yang ini.
Kenapa dah habis exam baru nak post pasal ni?
Sebab aku nk cuba dulu. cakap saja tak guna tapi tak buat. so kita tunggu keputusannya nanti. Tapi kalaula tak de rezeki, still boleh guna jugak skit2. benda elok kan. Sape2 nak exam lepas ni boleh la amalkan tambah dengan tips2 lain sebelum exam.
selamat berjaya rakan rakan. =)





















