Welcome

Assalamualaikum & Bismillahirahmanirrahim

Thursday, April 28, 2011

This time untuk Azi pulak.. Oreo Ice Cream Cheese Cake

Oreo Ice Cream Cheese Cake


home made jugak.

Rasanya lebih kurang Secret Recipe Oreo Cheese cake. Thanks to the recipe from her : http://sherahxoxo.blogspot.com
boleh la jenguk ke blog beliau untuk tengok resipe cheese cake ni.
Rasanya macam ice blended oreo pun ada, macam ice cream oreo pun ye.

Kek ni tak payan bakar sebab dah masukkan gelatin. so tunggu keras dalam peti jela.



sebelum proses pembekuan.


ini resepinya.

BAHAN BAHAN UNTUK CRUST

  • 2 Paket oreo(besar) yang dah asing isi putih tu (tinggalkan 7-8 keping untuk kek nanti)
  • 50 gram butter (lembutkan pada suhu bilik)
  • sesudu gula perang/merah
Cara-cara

hancurkan biskut oreo tadi yang diasingkan intinya sampai hancur. Bila dah hancur, letak gula perang sesudu dan gaul. Kemudian, campurkan pula butter. Gaul sampai oreo sebati dengan butter. Bila dah sebati, masukkan bahan2 ni dan padatkan kat dalam bekas kek untuk dijadikan tapak kek. Masukkan dalam peti lebih kurang sejam.

BAHAN BAHAN UNTUK KEK

  • Isi oreo yang dah diasingkan tadi.
  • 3 keping biskut oreo yang di hancur halus dan yang selebihnya just pecah kasar2.
  • 250 g cream cheese
  • 80 ml susu segar
  • 100 ml whipped cream
  • sesudu gelatin halal yang dah di campur dengan 40ml air panas
  • 1/2 cawan gula

Cara-cara

Masukkan cream cheese, biskut oreo yang dah di hancur halus, isi oreo, susu segar, whipped cream dan gula  ke dalam bekas adunan ah semualah kiranya. Kacau-kacau lepastu masukkan gelatin yang dah dicairkan tadi. Kacau2 lagi sampai semua nya sebati. Agak2 kalau susah sangat nak kacau sampai sebati, bolehlah guna blender (ni cara orang kurang penyabar macam aku, xelok dipraktikkan). Bila dah semua sebati, masukkan oreo yang pecah kasar dan kacau sekali dua. Pastu tuang atas crust yang dah di sejuk bekukan tadi. masukkan dalam peti. Tunggu 4-5 jam.


Haaaa... senangkan? Kalau tak paham jugak, boleh la tengok blog cik sherah ni ye klik SINI

Total semua bahan ni.. ok aku bagi bajet kasar la dalam RM40. yang mahalnya cream cheese dengan whipped cream. Tapi still berbaloi dari secret recipe. Btol. Rasa lebih kurang sama.

kalau sape2 yang dah cuba resepi ni boleh la komen ye.

Jadi selamat mencubaaaa... jumpa lagi. Byeeeeeeeeeeeee!


Yours Truly,
Chep Timah.



Wednesday, April 27, 2011

Kartun zaman cinonet

          Zaman kecik aku dulu masih lagi tak berapa advance sangat teknologi komputer n internet ni. yang paling happy adalah bila time maghrib tengok cerita kartun. Cerita kartun bila time maghrib ni selalu best2. Masa tu kena bersiap2 pergi kelas malam. Pastu kena marah kat abah sebab semayang tepi tv supaya boleh dengar ape kartun tu cakap. Antara yang sangat popular masa tu mestila Doremon besar sikit ada Sin Chan. Tapi kartun Malaysia apa kurangnya, antara kartun-kartun malaysia yang gua layan zaman belum ahem ahem adalah

#Keluarga Yokies!

Kartun ni berbentuk telur. Pastu cerita pasal kehidupan keluarga telur2 ni. Ada papa yokies, mama yokies dan anak2 yokies. Masa tu kalau tak silap aku darjah 4. Cerita Yokies ni juga pernah di alih bahasa dan ditayangkan di US juga. Boleh tahan jugak kan? Yang penting cerita ni banyak bawak pengajaran.






#Usop Sontorian

Antara yang aku suka tengok. Masa tu aku darjah 4-5. antara yang best cerita meriam buluh. Dan aku jumpa videonya dalam youtube. haha. yey!



Cerita usop santorian ni cerita pasal Usop bersama keluarga dan rakan2 kat kampung Parit Sonto. Yang paling aku ingat Usop ni ada sekor ayam bernama Selebet. Usop ni selalu gaduh manja dengan abangnya Budin. Agak mantap jugak ingatan aku ye. cerita ni masa zaman tu boleh melambangkan 1malaysia la jugak sebab kawan2 si Usop ni ada 3 kaum utama. Ada Usop, Abu, Ah Kim, Vellu, Dol dan Singh.





#KeluangMan

Cerita KeluangMan ni ramai kot yang ingat. Pasal sorang lelaki kononya gila kat Tampoi dan bila malam2 akan keluar menyelamatkan orang yang dalam kesusahan. Surprisingly lagu tema dia pun aku ingat.

"Dia bagai seorang pahlawan, 
Menjadi pembela pada yang tiada upaya.
Dengan ketangkasan langkah pergerakkannya
Menewaskan musuh yang membuat angkara.
Dialah Satria
Biarpun di mana jua dia datang dikala malam tiba
melakukan tugas mulia
Di desa juga di kota 
Dia akan memberikan bantunya
demi hidup aman sejahtra
Keluangman 2x"

pulun nyanyi sambil tulis lirik lagu diatas. haha. KeluangMan ni ada partner nama TiongMan kalau tak silap dan Ispektor Shahab yang selalu ada bila kes dah di setelkan oleh KeluangMan ni. Ala2 Batman dengan Robin la.



dan yang last skali....

#Anak-Anak Sidek

Cerita AAS ni cerita pasal adik beradik jaguh badminton negara anak-anak Haji Sidek dan Rukinah. Tak silap ada enam orang semuanya. AAS ni ada komik. Aku lagi suka baca komik AAS ni dari tengok kartun. Tapi layan la jugak. Anak2 Sidek ni ada Bun (Dato' Misbun), Ajis (Razif), Jailani, Aman (Rahman), Rashid dan kakak mereka, Rusitah. Enam beradik enam laa ragam mereka ni.




Cerita ni sampai aku dah besar pun masih ada. Yang aku respeknya macam mana Haji Sidek ni mendisplinkan anak2 hingga berjaya jadi lagenda badminton negara. Kalau korang pergi Banting, Selangor, boleh nampak rumah Dato Haji Sidek ni di tepi jalan.



cerita2 ni semua adalah ikon masa zaman tu. macam upin & ipin skarang la. Walaupun grafik dia takdela hebat macam kartun luar negara, tapi pengajaran2 yang ada dalam cerita2 ni la yang di terapkan dalam minda kanak2 masa zaman tu. sapa ingat semua ni sila angkat tangan depan komputer.


*terkenang memori zaman kanak-kanak main getah zero-point dan tali skipping.

Tuesday, April 26, 2011

KRK VII (cont..)

KRK VII yang sebelum ni bolek klik SINI
ok jom sambung pasal KRK lagi... tapi kali ini meng-reduce-kan gambar sebab kalau dah namanya ahli wawasan, gila gambar adalah simptom2 yang paling ketara. jadi letak sikit je la.


after canopy walk tu amik group photos. macam biasa.


lepas tu pergi jungle trekking di bukit terisik. Yang ni memang menguji stamina btol. Aku dah la hampir setahun stengah meninggalkan dunia sukan. lemak membuak2 dalam badan ni. stamina tahap bateri flat dah. budak 2 ni cakap tinggi macam Broga Hills tapi yang ni lagi curam. Apa yang memotivate kan aku untuk sampai ke puncak adalah membayangkan ada meggi di atas sana. idea eymo ini berjaya untuk aku, mia dan eka. akhirnya menjadi antara orang terawal sampai. tu pu dah almost merangkak. huhu. gambar? tak banyak sebab tak larat nak berdiri tambah panas pulak tu.

#6 Mandi di Lubuk Simpon


Lubuk simpon ni best. sungai sejuuuukkk tapi bau.. pergh bau petrol sebab ada bot kecik lalu lalang macam kat belakang dalam gambar tu.  Aktiviti santai. siap main polar bear dan biawak buaya versi ciptaan abang zaki dan lain2. siapa yang pernah jadi fasilitator or aktif dengan kelab wawasan memang tahu la game ni. seronok sebab sape kalah kena duk tengah bulatan pastu ramai2 simbah air. yang taleh belah, kesian azi, dia keluar dulu jadi dia orang paling lama duk dalam bulatan tu. pas tu setiap kali orang lain kena masuk bulatan tu, berkali2 la air tu disimbah. 10 orang keluar, 10 kali la azi terkena skali. *macam ayat berbelit. ah sudah. tapi fahamkan sendiri la ye.

lepas tu kami kena masuk kumpulan kami dan bincang persembahan untuk malam kebudayaan. bertemakan kehidupan orang asli kaum bateq. 

#7 Malam Persembahan Barbeque & Karaoke.

Malam yang sangat best. walaupun aku masuk bilik awal akibat keletihan. Biasalah, kalau nama je persembahan, memang gelak hampir pecah perut tu wajib ada. nak cerita pun tak dapat. tapi yang paling di ingati adalah lawak Amar mengandung pastu berebut laki dengan syu. tegah gaduh boleh lak Am cakap
 'AKU NAK BERANAK SEKARANG' terus buat aksi beranak. masa tu semua dah putus urat gelak. hahaha. BBQ best. lepas tu layan Monopoly Card. Enjoy!




group yang menang dapat.................. turn yang pertama untuk karaoke. haha. tapi yang bantai karaoke awal2 nya group lain. 

#8 Donut Game

Haaaa.. teka apakah donut game ni? game ni adalah gabungan game frisbee dan bola jaring. dimana 'donut' dibaling hingga sampai ke gol sendiri untu dijaringkan. jom tengok macam mana gaya gol game donut ni...

nampak yang berdiri atas kerusi tu? tula golnya. jadi kami perlu memasukkan donut tersebut ke botol yang dipegang. Oh ini juga satu2 nya golie yang memasukkan gol untuk team nya sendiri dengan gaya yang tak terjangkau di akal fikiran. haha.

lepas dah habis sesi bermain ni, maka perlu berangkat pulang, apa guna baju KRK kalau tak di ambil gambar beramai2. apa guna kamera gedabak abang zaki kalau tak di penuhi dengan gambar kitaorang..


bukti gila gambar

roommate. tengah tunggu bas untuk berangkat pulang.

eh jap... tambahan. antara gambar belakang tabir favourite aku

setiap kali ulang alik dari penginapan ke kawasan taman negara, kami diangku oleh jip ini!

bersama photographer KRK 7 dan otai kelab wawasan, abang zaki.

group choco dihadapan 'toilet' tree

muka happy selepas kelaparan akibat aktiviti water shooting, beli burger tepi sungai melantak terus dalam jip.

dan 

SELAMAT TINGGAL TAMAN NEGARA

it was super duper fun fun fun





Thursday, April 21, 2011

This is for tya.. Rainbow Cake

...sebab tya suruh ambil gambar nak tengok kek pelangi yang saya buat. =P



my hand made...

RAINBOW CAKE. it looks a bit sloppy eh memang sloppy pon. tapi jangan disangka sloppy tak sedap. haha. bukan masuk bakul, tapi yes, approved by my family member. Ok perasan nak mampus. Cukuplah. 

-.-"

Sebelum ni asyik2 buat kek chocolate n cheese cake je, hari ni try buat kek baru. To tell u the truth, this cake took me almost 5 hours to be done. Yes, sebab aku hanya ada dua pan and oven yang boleh muat satu pan je each time. and the worst is ada 6 layers semuanya. memang lama sebab menunggu je la. each layer aku letak cream cheese. and every layer aku letak perasa tersendiri, contonhya warna oren letak perasa oren. ye lah kan? duh!

Untuk pewarna, yang merah tu masa bancuh jadi pink. dah give up sbb letak banyak pun jadi pink. tapi bila dan bakar, nice pulak warna merah ni. Ungu pulak, aku tak jumpa kat kedai, so just campur warna biru dan merah. jadilah ungu. tapi silap sikit susunan. patut lepas merah, oren, tapi letak lepas merah kuning. sebabnya aku start dari warna ungu. kira senang bakar yang paling bawah dulu. senang nk susun. alih2 boleh pulak tertukar.

resepi xboleh letak lagi. kena improvise sikit sebab tak tahu kenapa kek tu jadi lembut n mudah pecah. maybe terlebih susu kot. jadi kalau aku buat next time and jadi cantik, boleh la nk share resepi kat sini. 

sehingga berjumpa lagi bersama Chep Timah. Byeeeee! *gaya chef wan.

*sekarang saya sudah tukar profession. kthanxbye.




Monday, April 18, 2011

KRK VII

Kursus Rekreasi Kenegaraan 7 by Wawasan & UNESCO
Date : 8 - 10 April 2011
Venue : Taman Negara Pahang

Before this dah pernah cerita pasal KRK VI oh tak pernah cerita rupanya. meh nak letak sket sebanyak gambar KRK VI 2009 kat Ulu tiram johor dulu sponsored by Biro Tatanegara


masih ber braces masa ni. dengan nenek advance.

our team

lepas dua tahun.... KRK VII come back. this time it was sponsored by UNESCO. Kalau nak cerita satu2 ikut kronologi memang berjela la entri ni. so aku highlight the activities je la.

#1 Rapid Water Shooting.

The best! sebab boleh main simbah2 air dengan bdak2 bot lain. Sebab terlalu seronok, dengan bot2 geng2 (?) guru besar dari Kedah pun kiterorang simbah. Tehehe! Bot paling 'jahat' mesti la bot kiteorang. Eymo paling bersemangat. Konon pilih bot last sebab nk naik dengan abang zaki, last2 abang zaki kena naik bot lain.

happy2. yes i was wearing the KRK VI tshirt

cari saya. *not knowing what gonna happen next

WHICH WAS THIS


lebih kurang macam ni la rapid shooting.. ni gambar dari bot abang zaki punya. ooo shooting air kat bot orang lain rupanya. ingat basan cam terpercik2 je. sekali kena attack, macam air terjun je. lencun. skali dalam bot pun bergenangan air.

team bot 'jahat'. sorang2 lencun.

dalam masa yang sama, kami juga melakukan aktiviti ke dua dan ke tiga which were

#2 Melawat perkampungan orang asli

Yang ni kami melawat perkampungan orang asli Bateq.. ke batek tah. tapi cam tu la. bukan batak tapinya. kaum ni kalau ikut ranking orang asli adalah kaum yang paling mudur, i mean dieorang punya cara hidup tak berubah sangat dari asal. Masih menggunakan cara tradisional untuk menyalakan api dan juga menyumpit untuk mencari makanan. Kaum bateq ni jugak amat pemalu dan socially closed. Mereka berasal dari Afrika yes, afrika dan juga kaum yang pertama menjumpai Taman Negara. Eceh, macam dokumentari la pulak.kui kui.

Jom tengok kaum bateq ini

semua kejakunan melihat mereka menyalakan api dengan hanya menggunakan kayu

dan juga ketika mereka menyumpit doremon dengan tepat


kami juga diberi peluang menyumpit. tapinya aku tak sanggup. Eymo dan azie antara peserta yang cuba menyumpit.

azi menyumpit. tengok apa aku, mia n eka buat? aku terkejut sebab ada kucing, eka n mia pun berjangkit terkejut jugak.tsk

rumah mereka dan juga tok batin
cari mana satu tok batin. eh.. tak tak. bukan yang sebelah tepi kanan baju kuning tu. tu kevin.

gambar peserta!!


#3 Mandi di Nusa Camp

Yang mandi kat nusa camp ni tak banyak gambar sangat. masa ni adalah masa pembahagian kumpulan and sesi suai kenal. Aku group cokelat dan diberikan secebis kain untuk di ikat di mana2 bahagian yang kita suka.


tak ramai yang posing masa ni. semua sibuk bersuai kenal.

#4 Night Walk.

Night walk pun takde gambar sebab kumpulan kami takde kamera.. Tapi night walk best. Mula2 tengok tayangan dulu. masa tanyangan tu aku duk depan sekali dan tertido. haha. Kumpulan kami gerak dulu. then ada dua orang foreigner bisik kat abang guide. Then abang guide tu cakap mat salleh tu cakap ada tapir 2 ekor kat depan. Yey! maknanya kita boleh tengok tapir secara face to face. boleh pegang lagi sebab memang dekat gila n takde pagar pape. Abang guide grup kami memang terbaik. Team lain lepas je lookup point terus balik, tapi kami di bawa ke tempat untuk melihat cendawan glow in the dark. masa tu dia suruh padam lampu suluh for 3 minute. Gelapnya ya Rabbi, macam tengah pejam mata. Lepastu nampak ada benda glowing. bila buka lampu, tengok cendawan tu, alahai keciknya. macam tahi mata je. tapi dia punya glowing macam besar ibu jari. Masa jalan malam ni jugak abang guide tu tunjuk pelesit. eeeeeeeee.... tamau cerita.

Esokkannya...

#5 Canopy Walk and Jungle Trekking
Kanopy walk ni best. sebab sambil jungle trekking. lama gak jungle trekking ni. Masa jungle trekking, abang guide tu bagai tahu jenis2 pokok dan kegunaanya. dia ada gak wat demonstrasi macam mana nak guna 'septic leaf' untuk merawat luka kecil. 

ok gemuk. -.-!

sindrom semua ahli kelab wawasan. nampak camera, laju je pose.

gambar team cokelat dalam hutan

mendaki ke canopy walk station macam mendaki ke puncak menara gading je gaya.


canopy walk memang nice. Tapi gayat gak la. Pemandangan superb. sumpah cantik. tapi akibat gayat. tak mampu nak tengok kiri kanan lama2. tengok stret je kat depan.


muka konon nak kontrol gayat. 

.
.
.
alamak. panjang la pulak entri ni. dah sejam setengah dah. setelah dipertimbangkan, entri ini akan di bahagi kepada beberapa part. so.....

TO BE CONTINUED



















Sunday, April 17, 2011

wishlist : Dream car

VW Scirocco

especially white one like this


omg! it looks sooooo NICE


a 2-door car with a very hot yet aggressive look. a female with this car would make me jealous to death. i definitely want this car!

Suphasan's Pre Birthday Celebration

Venue : Villa Wangsamas (Sup's house)
Date : 7 April 2011

Actually sup's birthday is on 15 April, but Eka had decided to make a surprise birthday celebration for him. A BBQ party! Sup should have no clue whats going on, unfortunately he smelled something fishy as soon as he saw his friend's car at the carpark. so not that surprise anymore. That night, Syed, Faiz, Bali and me arrived little bit late.

Let pictures speak the event.
The cake; Secret Recipe Tiramisu cake
The food


The surprise. sadly we missed it.

Barbeque Time

Bob bersungguh2 kipas

the guests (some of them)

gayat sedikit

Dina Kay Tuty n me
Kelantanese?? Me, eka n Tuty. 
the birthday boy and the planner


Happy 23rd Birthday
Suphasan Boonratana

from all of us


p/s: soalan cepumas

nampak sesuatu tak dalam gambar ni?