Welcome

Assalamualaikum & Bismillahirahmanirrahim

Thursday, June 30, 2011

#5 foods i miss the most

         


           it's more 5 fast foods i'm craving right now. Something that i always eat during my study time, but cannot be found in my home town, Terengganu.

#1 KFC EGG TART

this one was my all time favorite. never thought that this thing only available at certain KFC joints (currently only in Lembah Klang & Selangor) *cried. I always buy it at KFC Seri Kembangan drive-tru. Sometimes, i drove from my apartment in the middle of the night just to buy this little delicious tart. a five star dessert from KFC i must say.






#2 SUBWAY : HEARTY ITALIAN CHICKEN TERIYAKI with teriyaki sauce, extra mustard, vinegar, pepper, cheese powder and a little bit of lettuce.

subway moment 2007

 Writing this pun dah salivates. all time favorite for breakfast. the closest subway is in The Mines, and my Subway breakfast partners were Syed & Hafeez. hafeez will call me in the Monday morning as early as 8.30am just to have a breakfast at Subway. and syed, whenever we want to eat it as an evening snack. And most of the time i bought this particular subway menu and the drinks at the 7E store next to it. Must eat when i go to KL anytime soon.

#3 MACAROON
I prefer Molten Lava Macaroon at OU. Ah nevermind. Kat mana2 je as long as it is macaroon. Do want! Sigh. why u no have in Terengganu?? 


#4 TUTTI FRUTTI


A yogurt ice cream that i wanna eat it with my tutti frutti partner.. tya & api. eda no like this thing. sebab masam katanya. ah. rindu.Combine all flavor and extra red velvet, topped with oreo n strawberry. Done!


#5 IKEA MEATBALL



Ah.. yang ni. Everyone will agree with me that this is something that people will craving kalau lama dah tak makan. Huuuu... nak!


----

That's all. nanti tidur mahu mimpi makan ni boleh?


Thursday, June 23, 2011

Kita sentiasa boleh merancang, tapi ALLAH yang akan tentukan.

Dua hari lepas, agak devastated. As i said in the earlier post, Mr JJ will continue his study this July. Tapi malangnya, walaupun dengan kebenaran General Manager,  HQ tak benarkan dia ambil cuti. atas alasan dia tak cukup tempoh 3 tahun bekerja. So agak sedih la. Sbb kalau dia buat PJJ, will take more than 1 year. Kesian dia, dah reply surat terima tawaran, dah siap survey rumah sewa, beli baju baru, nasib baik la tak beli stationary lagi.

Lepas dua hari, campur dengan duk sembang2 dengan faiz semalam, (Mr JJ n i met faiz. he was in Kuala Terengganu yesterday), Mr JJ decided to apply for PJJ. tapi tunggu for other intake. so by the time he reached the 3 years duration, dia boleh apply cuti bergaji with scholarship untuk sambung ke higher level. Itulah plannya. Kalau Tuhan izinkan. So actually nothing much to lose here. His boss pun ada cakap, kalau dia amik cuti setahun sekarang, dia akan hilang his seniority.

Bila dengar advice dari his boss, cdgn dari faiz n a few discussions.. we decided that this in the best for now. Ada sebab kenapa macam ni. sekarang dah tak rasa ralat sangat dah. so will continue macam biasa.

Mesti ada sebab kan kenapa we take this issue as a serious thing kan? sampai rasa hampir lost hope, sedih and we actually cried  ='(

Sebabnya..

hmm.. nanti bila dah ready aku cerita balik. ada big issue yang related to this thing. A matter of me, him and our family.


Conclusionnya...

Allah sentiasa tahu apa yang sebenarnya paling terbaik untuk hambaNya. cuma kena sentiasa sabar n yakin. Kita takkan tahu dan takkan boleh agak. Tak apa untuk rasa kecewa seketika, cuma jangan terbawa2. lepastu bangun balik. *berdasarkan pengalaman aku.


Tuesday, June 21, 2011

Semangat yang hilang.

hilang.
hampir hilang,
setahun depan.. cerita yang bakal di ceritakan.
lebur. hancur. berdebu.

tiada apa yang boleh dibicarakan lagi.
menanti jalan yang lain.
harapnya.

Ah.. Allah lagi bisa mengetahui.

ini yang paling mampu.. menangis.

untuk awak,

Bertabah. saya tahu awak lagi luluh.
saya sentiasa sama awak. sayang.

='(

*kalau ada yang bertanya pun. satu kata pun tak mampu ditutur. kerena mereka tidak akan faham.

Saturday, June 18, 2011

Traffic Blog?

Sape blogger kat sini yang kisah pasal traffic blog? yang hari2 tengok sitemeter/analytics nak tengok berapa banyak visitor mai?

Err.. actually kalau aku, takdela kisah sangat. Sebab blog aku pun bukan nak suruh jadi femes ke ape. Blog merapu je nih. Tapi semalam masa tengah google tutorial photoshop, terjumpa tutorial blog skali kat random blog i visited. cari2 balik tak jumpa blog tu, terdelete history skali masa clean computer td... eh apasal panjang aku bercerita ni?

then ada satu tips nak naikkan traffic blog. Supaya boleh dapat unique visitor beribu2 lemon. so.. i just give it a try and tak tahu la camne kan. tapi rasaya boleh je nak kongsi kat sini.. lepas register dapat email. hari ni baru cek. nanti la kita tengok jadi ke tak so-called-traffic enhancer hi. huhu.

tapi sape2 rasa nak try.. ni stepnye, mudah saja. tak sampai seminit pun.

Mula.. click kat laman web ni.. free web traffic



kalau malas baca boleh scroll trus sampai jumpa kotak yang ada list 6 link website.


pastu open 6 laman web tu pastu tunggu dalam 12 saat sampai ada kuar code macam gambar kat bawah ni kat EACH of the website yang dibukak tu..




copy code yang dalam bulatan tu for EACH page yang korang bukak, then copy masuk setiap code dalam setiap kotak kat bawah. senang kan? pastu isi la yang lain macam biasa.



tekan SUBMIT.

tunggu email untuk activate kan link anda.

easypeesy kan?

actually ni sama dengan sistem yang  kena replace2 link tu.. tapi yang ni lagi senang sebab kita just isi code n yang lain computer generated. so tak leceh pun. kalau nak try boleh la. tak rugi masa. kalau tak dapat visitor pun tak rugi jugak. benda free. but minimum boleh dapat 10 unique tau. nanti kalau jadi sy akan post kan len kali.

Btw, unique visitor membantu untuk advertisment anda. boleh la naik sikit sen dalam akaun. kalau nak try kat laman web lain macam tumblr ke pun boleh.

so first step.. bukak laman web ni..

selamat mencuba.
=)

Friday, June 10, 2011

Childhood Memories.

Hari tu teman umi pergi pasar, masa umi tengah beli bawang, nampak sesuatu yang mengundang memori zaman kanak2. Nampak ini...


Nyam Nyam - Nini Cokelat Celup -Tora datang lagi - Ding! Dang!

beli semua, balik terus tangkap gambar ini.

ah.. childhood.

tak sangka ada lagi.
=')




Wednesday, June 8, 2011

Life is Fragile - Donald Trup

I'd been reading the Trump and Bill Zanker book, Think Big and Kick Ass and Donald said he realize that life is fragile after he lost his top executives in a helicopter crash in October 1989. I even watched he spoke the same line in Oprah Winfrey show last few days. i think the show was a replay from the previous season of Oprah's.

----------------------



Kita tak tahu hari kematian kita. It just soo fragile. Kadang2 kita tengok orang tu sudah nazak teruk, semua dah start baca yassin, end up one of org yang baca yasin tu meninggal, n yang nazak, sihat walafiat. I'd been through this situation twice. One was a year ago and another was a week ago.

A few days ago, my mom lose her cousins, with unidentified illness. Her body was suffered with unknown disease which cause her upper body to be very skinny, her limbs and tummy looked like a 9-months-pregnant woman, and her lower body become swollen and big. Like a 200kg woman. But, she still can walk and talk like a normal person and she didn't feel any pain. She died few days ago. Al Fatihah. At the same day we visited her house, my parents were visiting my mom's another cousins, who was in coma. He had an accident, had a brain damage and undergo few major operations. And now he's gaining his conscious and transferred to normal ward.

And a year ago, atuk di serang sakit jantung, masuk ICU for few weeks and after that balik rumah. Terbaring je. Masa tu semua tengah sedih. Atuk aku tak pernah sakit yang teruk2 macam tu. N since dia dah tua risau jugak bila kena macam tu. Bila kat rumah, nenek aku la yang duk sibuk jaga dia, jaga rumah, layan tetamu yang datang menziarahi dan lepas atuk aku start sihat, nenek aku diserang strok ketika tengah berjemaah dengan atuk dan meninggal few days after that. See, not even one of us pun yang sangka that nenek yang akan pergi dulu. It was a shock moment to our family.

Life is soo fragile. Kita tak tahu bila kita akan bertemunya.

Sempatkah kita bertaubat?
Sempatkah kita bayar 'hutang'-Nya?
Sempatkah kita berubah?
Banyak ke yang kita bawak bekalan?

Aku? Sesungguhnya, aku sendiri malu menjadi aku. Malu kalau sekarang ni aku dibawa bertemunya, kalau bekal tu digambarkan sebagai bekas tupperware, isi aku dalam tu sebesar habuk pun tak sampai. Subhanallah.

Aku tak mampu menjadi manusia istiqamah, tapi kalau kita tak mampu beristiqamah, bila kita berubah sekali, terlupa (tak istiqamah), bila ingat balik, kita kembali la balik. tapi ber azam. kalau mula2 tahan sejam je, next time try 2 jam, kalau tahan sehari je, next time cuba tahan dua hari. istiqamah ni berat, tapi kalau belajar berdikit2. InsyaAllah, lekat.

Aku? Sesungguhnya kalau di ikut mulut orang, di ikut cerita silam, tak layak berkata2 seperti ini. Tapi bukankah manusia berpesan sesama sendiri? Bila berpesan macam ni, kita pun sedang mengingatkan diri sendiri. Bukankah lebik baik?


dan ingat


Life is Fragile. Handle with Prayer.

Sunday, June 5, 2011

ada benarnya

semalam berborak2 dengan encik kesayangan. aku keluarkan satu topik. saja pancing untuk berdebat sama. perdebatan sihat. Ceritanya tentang perempuan cantik lagi seksi di kaca tivi di muka majalah.

Aku cakap.

mereka saja memperagakan apa yang dia ada sebagai taktik mempromosikan diri. Macam iklan. Kalau tak buat iklan macam mana mahu ditunjuk produk yang hebat kita ada? kalau tidak beriklan, macam mana mahu dapat kotraktor hebat membeli tender kita? Ada kuasa memilih yang mana mahu dijadikan laki. ada kuasa memilih laki yang terbaik. yang bergaji puluhribuan, berkereta mahal, berbaju cap butik2 mewah, makan di tempat tipsnya lebih dari harga makan malam kita di kedai mamak. agar nanti di hari pernikahan, boleh di beri cek puluh ribu, berangka sama sebagai wang hantara. ayat pancingan aku.

dia bilang

ah.. kalau itu ciri-ciri yang mereka mahu. rugi untuknya dan rugi untuk lelaki itu. Perempuan yang pilih lelaki kerana duitnya semata, rugilah akhiratnya. Lelaki yang memilih perempuan yang seksi dedah situ dedah sini, berkemban situ berkemban sini juga rugi. Apa guna bayar wang hantaran berpuluh ribu ringgit untuk menikmati apa yang ada pada isterinya, sedangkan seluruh Malaysia, hanya perlu membayar lapan ringgit di hari rabu untuk melihat susuk tubuh si isteri di panggung wayang. lagi kalau di television. Free. Hak tubuh badan isteri adalah untuk di pamer pada suami. Sahaja! bukan pada ribuan orang dengan harga rm8.

Hak mutlak.


Aku terdiam. ada betulnya.


di satu sudut pandangan yang ini.

Saturday, June 4, 2011

Unplanned Holiday.

Rindu. satu kat encik kesanyangan yang dah dua minggu outstation, satu lagi rindu kat blog ni. sebenarnya ada saja benda yang nak tulis, tapi merapu sangat2. lalu tak jadi nak update. Tambah pulak, minggu ni sibuk, kejap ulang alik Kelantan-Terengganu. Ada construction (ehem) yang abah n umi nak kena monitor. so kadang2 kalau rajin aku ikut.

Sekarang pun baru sahaja balik dari holiday. tapi dua hari je.. semata2 nak pergi Lost World of Tambun. Boleh tak? Serius ad hoc. Sepatutnya nak balik kampung hari tu, kemas2 la barang untuk balik kampung, then tiba2 umi cakap, jom kita pergi Tambun, Abah angguk, terus packing baju mandi sekali. Pukul 10 malam baru gerak pergi Perak. Serius memang tak plan langsung. Sampai kat Perak pun dalam pukul 6 pagi. Aku gilir dengan abah bawak naza. Pergh seram gila masa aku drive kat bukit dekat dengan simpang Pulai. Kereta ni kami sebijik je yang kat atas jalan masa tu. gelap je.. orang lain semua tgh tido. huhu.

Lepas rehat, mandi dan tidur, gerak ke Tambun, sempat lunch kat Giant dulu. Tapi sampai Tambun pun dah tengahari, rugi sikit la sbb masing2 dah terlajak tido. huhu.


abah parking kereta atas divider.teduh skit. semua kereta pun camtu jugak. kat sini banyak parking sampai tamak tatau nk pilih parking mana satu. Parking murah saja. RM 1 per entry.

Harga masuk kat Tambun untuk seorang dewasa adalah RM38 dan kanak2 RM32. Kalau nk main gelongsor tak boleh pakai seluar trek. yang kesiannya kat kamil sebab dia bawak dua seluar, tight satu, trek satu, tapi terpaksa bagi tight dekat eby n makanya, kamil xdapat main gelongsor.

yang ni best. ada 4 jenis slide, 
Open, Half-closed, closed, Dark Tunnel. Sempat main dua sahaja.

yang dark tunnel tu serius gelap, pastu ada cahaya bentuk arrow, dah la laju gila, pastu pening ingat nk belok sebelah kanan tapi rupanya belok sebelah kiri. last2 aku pejam mata je.

Umi dah adik2 yang lain dalam apatah nama river ni.

oh pelampung boleh disewa dengan harga RM22. tapi bila dah pulangkan, dapat balik RM10. Kira 12 hengget la sekali sewa.

Abah dan umi kat Petting Zoo

Mahu balik. Kami sekeluarga minus kamil the photog.

harus ada gambar yours truly juga.

Abah tak mandi sebab dia jadi photographer. Overall, aku lagi suka Bukit Merah. Lagi murah n banyak permainan. Tambun dia mahal sikit sebab dalam tu ada hot spring, mini zoo dan Petting Zoo. Kalau nak main air, tak banyak sangat. Dalam banyak2 waterpark, aku paling suka AFamosa Water World. Abah pun setuju. Bila tah nak pergi lagi. next plan.. Gambang Waterpark!

Terima Kasih Umi sebab idea ni, n Abah sebab sangat sporting. We love u. =) 





p/s: Saudara umi yang kat melaka meninggal pagi tadi akibat sesak nafas. Allahyarhamah pun memang ada unidentified illness. Sedekahkan Al-Fatihah untuknya moga dia dan arwah suaminya ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Amin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...