Welcome

Assalamualaikum & Bismillahirahmanirrahim

Monday, July 18, 2011

Alhamdullilah

In a week siapa sangka an unexpected news. A really good offer with a hint of luck and a help from tuty. Will update as soon as i settle down everything. Thank you Allah and to umi&abah, this is for you.

Sunday, July 10, 2011

Picnic! - An Evening with family

Semalam, kami sekeluarga pergi hantar adik bongsu aku ada kem UPSR kat Hotel Seri Malaysia, Marang. Kem ni untuk budak2 seluruh negeri Terengganu yang dapat 5A masa peperiksaan lepas. Amboih, zaman aku dulu ndak ada macam ini pun. kem pun kat hotel bagai. rugi tak sempat merasa.

jadi lepas hantar eby, kiteorang lepak dekat pantai marang. Umi dah masak nasi tomato n dan beli sata ikan siap2 untuk berkelah. Yey! Mula2 misi mencari pantai yang best. sampai masuk kampung ape tah. semangatnye abah.. huhu.

cari tempat sesuai.


akhirnya singgah kat tepi pantai marang. semua tak sabar nak makan sebab terliur bau nasi tomato semerbak je dalam kereta. tapi aku terkam sata dulu sebab lama dah tak makan. hmm.. kat pantai ni boleh nampak pulau kapas. tapi sbb mendung sikit jadi tak berapa clear sangat pulau kapas tu. ok, yang lain jom kita tengok gambar.

acik & abg excited macam tak pernah pegi pantai

kaklang, paling lambat habis makan. orang dah habis excited dah main air.


gaya favourite, letak tangan sebelah kat pinggang sebelah kat pinggul -.-!

ingat nak bina sand castle, tapi tak sempat siap sebab air naik.


umi dan abah. ehem2. =)


yeah, pulang kerumah


satu aku suka pantai2 kat Terengganu ni sebab pantainya bersih dan jernih. susah nk nampak sampah. jauh beza kat sebelah pantai barat. tapi masalahnya, pantai dia tak berapa landai. tak banyak tempat yang boleh mandi. Huu..



*umi cakap aku nampak lagi elok pakai skirt, dia suruh aku pakai skirt lain kali kalau nak keluar jalan2. umi nak sponsor kah? mesti mahu! haha.




Friday, July 8, 2011

Resepi : Creme Brulee versi sememeh

Cep Timah is here again.

kali ni nak bagi resepi creme brulee. resepi ni bukan resepi yang diiktiraf oleh chef.. tapi bolehla kalau kepingin makan creme brulee time2 poket kosong. rasa tu menjadi la jugak.

sebenarnya dah buat dua kali benda ni. cuma ada gambar yang first je. yg second tak sempat amik coz aku buat untuk berbuka puasa, jadi awal2 dah bantai. maafkan hamba atas gambar yang sememeh ini.

first creme brulee sy
hasil akibat terlupa. sampai air dalam dulang bakar kering baru keluarkan dari oven

meh teruskan dengan bahan bahan..

BAHAN-BAHAN
  • 300ml heavy cream (sy suka guna jenama 'Emborg')
  • 2 biji telur kuning
  • 2 sudu besar gula kastor. kalau terlebih manis atau kurang boleh adjust ikut kesesuaian.
  • 1sudu kecik esen vanilla
CARA-CARA

1. Kacau cream menggunakan kaedah 'double boiler' menggunakan api perlahan.
2. Agak2 cream tu dah panas sikit, masukkan esen vanilla. Kacau lagi cream
3. Putar telur kuning dan gula sampai sebati.
4. Masukkan campuran tu dalam cream n kacau sampai la pekat. *agak lama la kena kacau baru jadi pekat.
5. Tuang dalam 'remekin' atau bekas yang tahan panas.
6. Letak remekin dalam dulang bakar yang dah diisi dengan air setinggi 1inci.
7. Bakar dalam oven sampai keperangan.
8. Keluarkan. tabur sedikit gula kastor.
9. Kalau takde chef's torch, just masukkan balik dalam oven tu biar gula atas tu jd perang.
10. Masuk dalam peti beberapa jam dan sudah siap untuk dimakan. 


Simple je stepnye. tapi nak buat.. lama. nak kacau sampai pekat n nak tunggu masa bakar. dalam 40-45 minit gak la tunggu dalam oven tu.

tapi... hasilnya. Memuaskan. tapi jangan la expect macam creme brulee kat hotel tu. dah kata ni versi sememeh. huhuhu

Selamat mencuba resepi cep timah!


p/s : saya dah cuba coklat Dove yang cik haniszalikhainibelogsaya duk gebang2 tu... wahhhhh terus jatuh cinta! lepas ni selamat tinggal coklat2 lain. *oveerrrnnyyo.

Kthaxbai.










Tuesday, July 5, 2011

Macaron at Wanita Hari Ini (WHI)

Salam..

Baru beberapa jam lepas tengok Wanita Hari Ini, aku check blog. Surprisingly, hits terbanyak yang mai masuk blog ni daripada keyword 'Macaron / macaroon Wanita Hari Ini + blogspot/ website' n directed to this entry  http://akumahuprivasi.blogspot.com/2011/03/red-velvet-cake-and-macaroon-at-whisk.html

which is... unrelated at all.

tak tahu la sama ada memang mereka2 ni search for website akak tadi or nak cari benda lain menggunakan antara keyword2 kat atas.

tapi takpe. meh nak share link sebenar akak yang featured on WHI just now. Namanya Pn Nomie Aziz

http://www.keklapis.com
http://www.jomkitabuatsendiri.blogspot.com

kak nomie ni buat kek lapis serawak dengan corak2 tersendiri n JUGA buat macarons. boleh la tengok2 apa yang ada dalam tu.

hehe.. selamat menjelajah blog2 Kak Nomie. =)

Wasalam.

Saturday, July 2, 2011

Sejenak


Pernahkan anda-anda semua duduk berteleku sebentar selepas solat.
Tak kira selepas solat taubat,
atau
solat wajib yang anda buat kadang2 sekali je setahun.

Kemudian dalam berteleku itu anda berdoa,
hingga menitis air mata
mengenangkan dosa-dosa lampau.
dan mengadu tentang rasa hati yang orang sekeliling tidak faham,
tentang masalah,
tentang kisah sedih
tentang penganiayaan yang anda rasakan.

dan kemudian
di hujung bait-bait kata,
di hujung titis-titis air mata,
anda rasa semuanya hampir hilang.
ringan segala rasa hati.
sedangkan,
tiada jasad didepanmu, tiada suara memujukmu, tiada sesiapa.

Itulah buktinya,
Allah mendengar apa yang kita rintihkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...