Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2012

Rezeki

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.. Sebenarnya dah lama draf untuk entri kali ini berada di dalam kepala. Setiap kali nak menyentuh jejari ini pada keyboard mesti ada yang menghalang. Kumpul sedikit demi sedikit isi yang ingin disampaikan dan kali ini, Alhamdulillah, dapat juga nak luahkan pandangan dalam blog kali ini. Topik kali ini agak berat. Ye la, rezeki tu kan dah ditentukan di Luh Mahfuz. Dah di coretkan terlebih dahulu sebelum kita mula kenal dunia. Namun, kenapa masih ada yang mempertikaikan tentang rezeki masing-masing. First, mahu bertanya, apakah yang dimaksudkan oleh rezeki? Ramai yang berpendapat rezeki tu adalah wang, makanan, perkerjaan, dan macam-macam lagi. Betul dan tidak salah sama sekali. Bagi aku, rezeki pertama adalah keluarga. Rezeki kedua adalah peluang hidup dan rezeki ketiga adalah peluang untuk beramal. Rezeki keluarga adalah kebahagiaan keluarga, ibu bapa, suami dan anak-anak. Peluang untuk hidup tu la yang di kategorikan seb

Langkah pertama

Alhamdulillah. 28 October 2012 yang lepas, telah sah menjadi tunangan kepada seseorang hamba Allah. Doakan yang baik kepada kami dan dipermudahkan urusan dan dipanjangkan jodoh.  Kalau diikutkan mahu juga bercerita tentang kami. Tapi rasanya, disepakati bersama, elok juga dirahsiakan dahulu siapa pemberi cincin di jari manis ini. Cewah. Sebenarnya ramai rakan2 yang dah tahu siapa, and ramai dah jumpa siapa encik tunang ni. Cuba untuk tidak menghebahkan seperti saranan Rasulullah, tapi zaman sekarang, susah nak sorok. Tambah pulak aku ni jenis excited tak reti nak tutup mulut. Jadi.. sehingga entah bila, biarlah dia menjadi seseorang yang misteri buat yang belum mengenali. Yang penting, Allah SWT telah hadirkan seseorang yang pada aku, tak aku terimpikan sebelum ini. Kadang2 terfikir, apa yang aku lakukan hingga dia hadiahkan seseorang seperti dia. Mungkin dugaan yang lepas, inilah hikmahnya. InsyaAllah. sesungguhnya aku bersyukur. Alhamdulillah. :) Bila walimah? Tunggu j