Welcome

Assalamualaikum & Bismillahirahmanirrahim

Thursday, January 17, 2013

Takdir kami. Cerita kami.

Lebih kurang 6 bulan lepas. Kami pertama kali bertemu.

Satu ketika dicerita. Sudah bertahun dia menunggu. Katanya dia bukan lelaki yg akan aku pilih. Malu untuk menegurku. Katanya aku sombong.

Sungguh, melihatnya aku tak pernah. Mengenalinya jauh sekali. Hanya nama pernah di tutur oleh umi.

Ke kiri, ke depan, aku mencari. Tulang rusuknya,aku. Rupanya ada saja di depan. Sejak dari kecil.

Ya. Dia warisku. Anak lelaki bongsu kepada datuk saudara tiriku. Sekali lagi. Aku tidak pernah tahu wujudnya dia.

Pertama kali bertemu. Hanya atas dasar waris. Tiada siapa yg aturkan pertemuan kami. Memang takdir yg membuka hati untuk aku bertemu. Lelaki bakal suamiku.

Kemudiannya, satu petang yang lain. Di kedai kopi. Di uturkan ayat yang ku kira agak gila.

"Sudikah awak menjadi isteri saya"

Aku menangis. Sumpah. Allah.. telah kabulkan doa ku. Setiap satu yg ku mohon ada padanya. Apa lagi yang aku cari. Aku berdoa..

"Ya Allah, jika dia jodohku, dekatkanlah hati kami, permudahkan urusan kami, agar kami tidak melanggar hukumMu. Ya Allah, jika dia bukan jodohku, pisahkan kami. Jgn dibiar wujud sebarang rasa"

Sebulan berkenal, aku di risik petang syawal ke-2.

Mengikat pertunangan aidiladha yg lepas.

Kini, menghitung hari untuk menjadi kekasihnya. Kekasihnya hingga ke syurga.

Alhamdulillah. Kau telah permudahkan urusan kami.

Subhanallah. Indah sungguh aturanMu.

:)