Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2008

betulkah masa itu juga ubat?

dua tiga hari. aku dalam dunia aku sendiri kadang-kadang ketakutan keseorangan. aku lebih banyak mendiamkan diri. berat dan senak kepala otak mungkin effect 24/7 mem-bizi-kan diri minggu lepas dan sedikit tekanan perasaan yang tiba-tiba datang pada penghujung minggu itu. dari mana tekanan itu menjenguk.. aku kurang pasti. aku seperti mahu hidup hanya bersama Enche H dan famili ku melupakan seketika teman-teman ku tapi, aku tidak boleh seperti ini kerana teman-teman juga sinar hidupku melupakan mereka seperti memaksa aku ke dunia gelap aku cuba tarik diri aku keluar tapi tidak berjaya. aku rasa aku perlukan masa untuk keluar dari atmosfera bingai ini.

aku mahu privasi

maaf url ke blog ini sudah di ubah. aku rasa aku belum bersedia untuk munculkan diri aku ke dunia gila ini dan membiarkan ceritaku ditatap secara umum. aku tersilap kerana membawa monolog hatiku menjenguk dunia luar sebentar.seperti memakan diri rasanya. katalah aku pengecut. aku cuma tidak mahu di sakiti. aku lebih selesa begini. menjadi rakyat halimunan dalam negara blogosfera ini. biarkan aku keseorangan. *aku cuma tidak mahu di ketahui secara langsung. kalau kamu-kamu terjumpa blog ini, aku masih mengalu-alukan kedatangan kamu..

lemah

aku rasa sangat lemah. sangat sesak. me, at zero point of my life. trying to get out from sarcastic situation. haunt me since ages. now i'm in it. boo! *hari ini,monolog aku semakin membingitkan kepala aku..aku perlu keluarkan. supaya aku tenang.

sedikit melankolik

kata orang.. bila bahagia itu datang berterusan kecewa itu kemudian akan tetap datang sekali tapi sangat pedih pedih. bila pedih kicau burung seperti ribut wangi bunga seperti bangkai kacau. kusut. bukankan aku tak ada perasaan? aku baru saja minta perasaan aku kembali semula tapi datangnya perasaan aku kembali sangat menyiksa jiwa aku aku tak tahu kenapa kenapa? adakah aku terlalu beremosi atau memang takdir sedang mendera aku. aku tak tahu apa perlu aku lakukan sama ada aku terus pasrah ikut kehendak takdir dan jadi pengecut atau aku lawan ia bagai aku gadis gagah tapi tanpa pasti aku mungkin jatuh tanpa pasti aku mungkin berdiri gah lagi. sungguh. kali ini sungguh lain. aku kusut. ya, ALLAH.

keparat

a soft reminder Kamu beruntung di bumi Malaysia. kerana Semua. i mean SEMUA rakyat malaysia adalah warga Korporat dengan wanita-wanita cantik bermekap tebal . tak percaya??? lihat TV3 dan yang sewaktu dengannya pptttuuiiihhh!!! korupsi.

sadis

perempuan pongget 18PL kata : "I do like to read. I like to gain knowledge as much as i can. I read many english books. Except Malay books 'coz they sucks and outdated" tiba-tiba darah aku menyirap. woi perempuan! muka kamu sawo matang.anak mata mu hitam. kamu berbintikan melayu. rambutmu blonde dan aku tahu asalnya hitam legam. tapi kamu.. shame on you! sabarlah Za'aba. sabarlah.. Buku Melayu tetap knowledge . Cebisan daun bertulisan sanskrit tetap knowledge . Aku berani kata knowledge kau masih cetek. Berani kamu kata bahasa ibunda mu sucks. Siapa kamu? anak kambing?? shame on you! *stupid blonde. pernah dengar?

cerita Incik Tebuan (1)

"hye incik. mahu kemana?" "hai budak. siapa kamu?" "kita sama serangga. aku lebah dan kamu?" "aku Incik Tebuan dan aku tidak tahu kemana aku ingin terbang." "Mahukan kamu bersama kami? Sang koloni lebah? Membuat madu hitam, menyembah ratu gelap.." "Kenapa aku?" "Kerana kita ada persamaan ."

otak tiga suku

aku sedang melihat manusia otaknya sebesar lubang telinga suku sudah dimakan berengga tinggal lagi sisa dan aku lihat manusia itu lagi sedang mentertawakan manusia-manusia lain dan penuh sindiran berkata "hey dunia, aku lah pengkritik hidupmu" poodah!! otakmu memang hanya layak di makan berengga. fikiranmu sesempit lubang jarum mulut mu pedas. hati mu keras. akal mu?? .tiada.

aku ingin peluk abah dan katakan "aku sayang abah"

puisi buat ayahanda - Miss Fynn kembali ke sebulan lepas ketika aku di Indie Day Out, MCPA. (sempat tengok Hujan dan KL's Blues punya peformance je) terasa. emosi ku terjejas. mendengar kembali puisi itu sentiasa membuatku teringatkan ayahanda. abah aku ingin pulang & aku mahu pulang. anakmu ini milik kamu, abah aku ingin pulang... abah, aku sayang abah abah, abah lah yang sentiasa menghulurkan tangan ketika aku hampir mencecah bumi dan bawa semangatku kembali mengapai awan tanpamu, sudah tentu impianku telah lama reput. Terima kasih masih tak mampu meyelesaikan hutang kasih sayang mu kepada ku apa yang aku dapat katakan.. aku sayang abah, selamanya. Terima kasih abah. *setiap kali ku ulang puisi ini, air mata ku akan mengalir. oh aku memang emosi. tak salah kan??