Welcome

Assalamualaikum & Bismillahirahmanirrahim

Saturday, December 17, 2011

Saturday, December 10, 2011

Wednesday, August 10, 2011

Wordless Wednesday : First day Sahur in Bangkok

not in picture : Egg, sausage and ham in the heated cabinet under the trolley.
Heaven. Alhamdulillah.

Sunday, July 10, 2011

Picnic! - An Evening with family

Semalam, kami sekeluarga pergi hantar adik bongsu aku ada kem UPSR kat Hotel Seri Malaysia, Marang. Kem ni untuk budak2 seluruh negeri Terengganu yang dapat 5A masa peperiksaan lepas. Amboih, zaman aku dulu ndak ada macam ini pun. kem pun kat hotel bagai. rugi tak sempat merasa.

jadi lepas hantar eby, kiteorang lepak dekat pantai marang. Umi dah masak nasi tomato n dan beli sata ikan siap2 untuk berkelah. Yey! Mula2 misi mencari pantai yang best. sampai masuk kampung ape tah. semangatnye abah.. huhu.

cari tempat sesuai.


akhirnya singgah kat tepi pantai marang. semua tak sabar nak makan sebab terliur bau nasi tomato semerbak je dalam kereta. tapi aku terkam sata dulu sebab lama dah tak makan. hmm.. kat pantai ni boleh nampak pulau kapas. tapi sbb mendung sikit jadi tak berapa clear sangat pulau kapas tu. ok, yang lain jom kita tengok gambar.

acik & abg excited macam tak pernah pegi pantai

kaklang, paling lambat habis makan. orang dah habis excited dah main air.


gaya favourite, letak tangan sebelah kat pinggang sebelah kat pinggul -.-!

ingat nak bina sand castle, tapi tak sempat siap sebab air naik.


umi dan abah. ehem2. =)


yeah, pulang kerumah


satu aku suka pantai2 kat Terengganu ni sebab pantainya bersih dan jernih. susah nk nampak sampah. jauh beza kat sebelah pantai barat. tapi masalahnya, pantai dia tak berapa landai. tak banyak tempat yang boleh mandi. Huu..



*umi cakap aku nampak lagi elok pakai skirt, dia suruh aku pakai skirt lain kali kalau nak keluar jalan2. umi nak sponsor kah? mesti mahu! haha.




Friday, July 8, 2011

Resepi : Creme Brulee versi sememeh

Cep Timah is here again.

kali ni nak bagi resepi creme brulee. resepi ni bukan resepi yang diiktiraf oleh chef.. tapi bolehla kalau kepingin makan creme brulee time2 poket kosong. rasa tu menjadi la jugak.

sebenarnya dah buat dua kali benda ni. cuma ada gambar yang first je. yg second tak sempat amik coz aku buat untuk berbuka puasa, jadi awal2 dah bantai. maafkan hamba atas gambar yang sememeh ini.

first creme brulee sy
hasil akibat terlupa. sampai air dalam dulang bakar kering baru keluarkan dari oven

meh teruskan dengan bahan bahan..

BAHAN-BAHAN
  • 300ml heavy cream (sy suka guna jenama 'Emborg')
  • 2 biji telur kuning
  • 2 sudu besar gula kastor. kalau terlebih manis atau kurang boleh adjust ikut kesesuaian.
  • 1sudu kecik esen vanilla
CARA-CARA

1. Kacau cream menggunakan kaedah 'double boiler' menggunakan api perlahan.
2. Agak2 cream tu dah panas sikit, masukkan esen vanilla. Kacau lagi cream
3. Putar telur kuning dan gula sampai sebati.
4. Masukkan campuran tu dalam cream n kacau sampai la pekat. *agak lama la kena kacau baru jadi pekat.
5. Tuang dalam 'remekin' atau bekas yang tahan panas.
6. Letak remekin dalam dulang bakar yang dah diisi dengan air setinggi 1inci.
7. Bakar dalam oven sampai keperangan.
8. Keluarkan. tabur sedikit gula kastor.
9. Kalau takde chef's torch, just masukkan balik dalam oven tu biar gula atas tu jd perang.
10. Masuk dalam peti beberapa jam dan sudah siap untuk dimakan. 


Simple je stepnye. tapi nak buat.. lama. nak kacau sampai pekat n nak tunggu masa bakar. dalam 40-45 minit gak la tunggu dalam oven tu.

tapi... hasilnya. Memuaskan. tapi jangan la expect macam creme brulee kat hotel tu. dah kata ni versi sememeh. huhuhu

Selamat mencuba resepi cep timah!


p/s : saya dah cuba coklat Dove yang cik haniszalikhainibelogsaya duk gebang2 tu... wahhhhh terus jatuh cinta! lepas ni selamat tinggal coklat2 lain. *oveerrrnnyyo.

Kthaxbai.










Thursday, June 30, 2011

#5 foods i miss the most

         


           it's more 5 fast foods i'm craving right now. Something that i always eat during my study time, but cannot be found in my home town, Terengganu.

#1 KFC EGG TART

this one was my all time favorite. never thought that this thing only available at certain KFC joints (currently only in Lembah Klang & Selangor) *cried. I always buy it at KFC Seri Kembangan drive-tru. Sometimes, i drove from my apartment in the middle of the night just to buy this little delicious tart. a five star dessert from KFC i must say.






#2 SUBWAY : HEARTY ITALIAN CHICKEN TERIYAKI with teriyaki sauce, extra mustard, vinegar, pepper, cheese powder and a little bit of lettuce.

subway moment 2007

 Writing this pun dah salivates. all time favorite for breakfast. the closest subway is in The Mines, and my Subway breakfast partners were Syed & Hafeez. hafeez will call me in the Monday morning as early as 8.30am just to have a breakfast at Subway. and syed, whenever we want to eat it as an evening snack. And most of the time i bought this particular subway menu and the drinks at the 7E store next to it. Must eat when i go to KL anytime soon.

#3 MACAROON
I prefer Molten Lava Macaroon at OU. Ah nevermind. Kat mana2 je as long as it is macaroon. Do want! Sigh. why u no have in Terengganu?? 


#4 TUTTI FRUTTI


A yogurt ice cream that i wanna eat it with my tutti frutti partner.. tya & api. eda no like this thing. sebab masam katanya. ah. rindu.Combine all flavor and extra red velvet, topped with oreo n strawberry. Done!


#5 IKEA MEATBALL



Ah.. yang ni. Everyone will agree with me that this is something that people will craving kalau lama dah tak makan. Huuuu... nak!


----

That's all. nanti tidur mahu mimpi makan ni boleh?


Saturday, June 18, 2011

Traffic Blog?

Sape blogger kat sini yang kisah pasal traffic blog? yang hari2 tengok sitemeter/analytics nak tengok berapa banyak visitor mai?

Err.. actually kalau aku, takdela kisah sangat. Sebab blog aku pun bukan nak suruh jadi femes ke ape. Blog merapu je nih. Tapi semalam masa tengah google tutorial photoshop, terjumpa tutorial blog skali kat random blog i visited. cari2 balik tak jumpa blog tu, terdelete history skali masa clean computer td... eh apasal panjang aku bercerita ni?

then ada satu tips nak naikkan traffic blog. Supaya boleh dapat unique visitor beribu2 lemon. so.. i just give it a try and tak tahu la camne kan. tapi rasaya boleh je nak kongsi kat sini.. lepas register dapat email. hari ni baru cek. nanti la kita tengok jadi ke tak so-called-traffic enhancer hi. huhu.

tapi sape2 rasa nak try.. ni stepnye, mudah saja. tak sampai seminit pun.

Mula.. click kat laman web ni.. free web traffic



kalau malas baca boleh scroll trus sampai jumpa kotak yang ada list 6 link website.


pastu open 6 laman web tu pastu tunggu dalam 12 saat sampai ada kuar code macam gambar kat bawah ni kat EACH of the website yang dibukak tu..




copy code yang dalam bulatan tu for EACH page yang korang bukak, then copy masuk setiap code dalam setiap kotak kat bawah. senang kan? pastu isi la yang lain macam biasa.



tekan SUBMIT.

tunggu email untuk activate kan link anda.

easypeesy kan?

actually ni sama dengan sistem yang  kena replace2 link tu.. tapi yang ni lagi senang sebab kita just isi code n yang lain computer generated. so tak leceh pun. kalau nak try boleh la. tak rugi masa. kalau tak dapat visitor pun tak rugi jugak. benda free. but minimum boleh dapat 10 unique tau. nanti kalau jadi sy akan post kan len kali.

Btw, unique visitor membantu untuk advertisment anda. boleh la naik sikit sen dalam akaun. kalau nak try kat laman web lain macam tumblr ke pun boleh.

so first step.. bukak laman web ni..

selamat mencuba.
=)

Friday, June 10, 2011

Childhood Memories.

Hari tu teman umi pergi pasar, masa umi tengah beli bawang, nampak sesuatu yang mengundang memori zaman kanak2. Nampak ini...


Nyam Nyam - Nini Cokelat Celup -Tora datang lagi - Ding! Dang!

beli semua, balik terus tangkap gambar ini.

ah.. childhood.

tak sangka ada lagi.
=')




Wednesday, June 8, 2011

Life is Fragile - Donald Trup

I'd been reading the Trump and Bill Zanker book, Think Big and Kick Ass and Donald said he realize that life is fragile after he lost his top executives in a helicopter crash in October 1989. I even watched he spoke the same line in Oprah Winfrey show last few days. i think the show was a replay from the previous season of Oprah's.

----------------------



Kita tak tahu hari kematian kita. It just soo fragile. Kadang2 kita tengok orang tu sudah nazak teruk, semua dah start baca yassin, end up one of org yang baca yasin tu meninggal, n yang nazak, sihat walafiat. I'd been through this situation twice. One was a year ago and another was a week ago.

A few days ago, my mom lose her cousins, with unidentified illness. Her body was suffered with unknown disease which cause her upper body to be very skinny, her limbs and tummy looked like a 9-months-pregnant woman, and her lower body become swollen and big. Like a 200kg woman. But, she still can walk and talk like a normal person and she didn't feel any pain. She died few days ago. Al Fatihah. At the same day we visited her house, my parents were visiting my mom's another cousins, who was in coma. He had an accident, had a brain damage and undergo few major operations. And now he's gaining his conscious and transferred to normal ward.

And a year ago, atuk di serang sakit jantung, masuk ICU for few weeks and after that balik rumah. Terbaring je. Masa tu semua tengah sedih. Atuk aku tak pernah sakit yang teruk2 macam tu. N since dia dah tua risau jugak bila kena macam tu. Bila kat rumah, nenek aku la yang duk sibuk jaga dia, jaga rumah, layan tetamu yang datang menziarahi dan lepas atuk aku start sihat, nenek aku diserang strok ketika tengah berjemaah dengan atuk dan meninggal few days after that. See, not even one of us pun yang sangka that nenek yang akan pergi dulu. It was a shock moment to our family.

Life is soo fragile. Kita tak tahu bila kita akan bertemunya.

Sempatkah kita bertaubat?
Sempatkah kita bayar 'hutang'-Nya?
Sempatkah kita berubah?
Banyak ke yang kita bawak bekalan?

Aku? Sesungguhnya, aku sendiri malu menjadi aku. Malu kalau sekarang ni aku dibawa bertemunya, kalau bekal tu digambarkan sebagai bekas tupperware, isi aku dalam tu sebesar habuk pun tak sampai. Subhanallah.

Aku tak mampu menjadi manusia istiqamah, tapi kalau kita tak mampu beristiqamah, bila kita berubah sekali, terlupa (tak istiqamah), bila ingat balik, kita kembali la balik. tapi ber azam. kalau mula2 tahan sejam je, next time try 2 jam, kalau tahan sehari je, next time cuba tahan dua hari. istiqamah ni berat, tapi kalau belajar berdikit2. InsyaAllah, lekat.

Aku? Sesungguhnya kalau di ikut mulut orang, di ikut cerita silam, tak layak berkata2 seperti ini. Tapi bukankah manusia berpesan sesama sendiri? Bila berpesan macam ni, kita pun sedang mengingatkan diri sendiri. Bukankah lebik baik?


dan ingat


Life is Fragile. Handle with Prayer.

Saturday, June 4, 2011

Unplanned Holiday.

Rindu. satu kat encik kesanyangan yang dah dua minggu outstation, satu lagi rindu kat blog ni. sebenarnya ada saja benda yang nak tulis, tapi merapu sangat2. lalu tak jadi nak update. Tambah pulak, minggu ni sibuk, kejap ulang alik Kelantan-Terengganu. Ada construction (ehem) yang abah n umi nak kena monitor. so kadang2 kalau rajin aku ikut.

Sekarang pun baru sahaja balik dari holiday. tapi dua hari je.. semata2 nak pergi Lost World of Tambun. Boleh tak? Serius ad hoc. Sepatutnya nak balik kampung hari tu, kemas2 la barang untuk balik kampung, then tiba2 umi cakap, jom kita pergi Tambun, Abah angguk, terus packing baju mandi sekali. Pukul 10 malam baru gerak pergi Perak. Serius memang tak plan langsung. Sampai kat Perak pun dalam pukul 6 pagi. Aku gilir dengan abah bawak naza. Pergh seram gila masa aku drive kat bukit dekat dengan simpang Pulai. Kereta ni kami sebijik je yang kat atas jalan masa tu. gelap je.. orang lain semua tgh tido. huhu.

Lepas rehat, mandi dan tidur, gerak ke Tambun, sempat lunch kat Giant dulu. Tapi sampai Tambun pun dah tengahari, rugi sikit la sbb masing2 dah terlajak tido. huhu.


abah parking kereta atas divider.teduh skit. semua kereta pun camtu jugak. kat sini banyak parking sampai tamak tatau nk pilih parking mana satu. Parking murah saja. RM 1 per entry.

Harga masuk kat Tambun untuk seorang dewasa adalah RM38 dan kanak2 RM32. Kalau nk main gelongsor tak boleh pakai seluar trek. yang kesiannya kat kamil sebab dia bawak dua seluar, tight satu, trek satu, tapi terpaksa bagi tight dekat eby n makanya, kamil xdapat main gelongsor.

yang ni best. ada 4 jenis slide, 
Open, Half-closed, closed, Dark Tunnel. Sempat main dua sahaja.

yang dark tunnel tu serius gelap, pastu ada cahaya bentuk arrow, dah la laju gila, pastu pening ingat nk belok sebelah kanan tapi rupanya belok sebelah kiri. last2 aku pejam mata je.

Umi dah adik2 yang lain dalam apatah nama river ni.

oh pelampung boleh disewa dengan harga RM22. tapi bila dah pulangkan, dapat balik RM10. Kira 12 hengget la sekali sewa.

Abah dan umi kat Petting Zoo

Mahu balik. Kami sekeluarga minus kamil the photog.

harus ada gambar yours truly juga.

Abah tak mandi sebab dia jadi photographer. Overall, aku lagi suka Bukit Merah. Lagi murah n banyak permainan. Tambun dia mahal sikit sebab dalam tu ada hot spring, mini zoo dan Petting Zoo. Kalau nak main air, tak banyak sangat. Dalam banyak2 waterpark, aku paling suka AFamosa Water World. Abah pun setuju. Bila tah nak pergi lagi. next plan.. Gambang Waterpark!

Terima Kasih Umi sebab idea ni, n Abah sebab sangat sporting. We love u. =) 





p/s: Saudara umi yang kat melaka meninggal pagi tadi akibat sesak nafas. Allahyarhamah pun memang ada unidentified illness. Sedekahkan Al-Fatihah untuknya moga dia dan arwah suaminya ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Amin.

Saturday, May 21, 2011

Resepi : Luxurious Home Made Hot Chocolate

Good evening!

ha ni chep timah nak share satu lagi resepi bagi2 awok2 yang duk kat rumah. kali ni untuk minum petang. bukan kuih jemput2 or goreng pisang, tapi minuman. Dah baca tajuk? haaa... HOT CHOCOLATE!

hot chocolate topped with whipped cream


nampak sedap tak? 

yes indeed.
albeit the garnishing part.huhu. sebenarnya hari tu teringin nak minum hot chocolate. tapi yang cadbury sachet tu dah habis pulak kat rumah, so godek2 barang dalam peti dan kabinet, jumpa few bahan yang boleh buat hot chocolate. yey. so main campak2 apa yang ada dan sedikit bantuan google, maka jadilah ini. rasanya, pergh. sedaaaaaap. amik kau masuk bakul again... abaikan.

BAHAN BAHAN


1 1/2 teaspoon Cocoa Powder (aku guna VanHouten punya)
1 teaspoon of brown sugar
Small piece of  unsweetened cooking chocolate.
1 cup of unsweetened milk. 

Campur milk n gula perang atas dapur, kacau but jangan sampai mengelegak, panas yang cukup2 untuk buat gula tu larut dalam susu.

At the same time, cairkan coklat masakan guna teknik double boiling.

Masukkan susu dalam cawan, masukkan coklat powder n coklat yang dah cair tadi and kacau. haa dah siap bukan?

*kalau guna coklat masakan yang manis, or cocoa powder or susu yang manis, tak yah letak gula perang tu, nanti jadi manis sangat. just panaskan susu sampai just nice untuk minum.

kalau nak buat topping whipped cream,

40ml heavy cream/ whipping cream
1 teaspoon of icing sugar
1/2 teaspoon of vanilla essence

masukkan dalam satu bekas, and beat guna hand mixer until fluffy. Put into the glass n use cocoa powder as garnish.



nak buat memang leceh sikit, but it has opulent taste of chocolate.  

 worth to try =)



*abaikan gaya gedik chep timah. Kthnxbye.

Sunday, May 15, 2011

Pomplamoose - I don't wanna miss a thing (Cover)

video of the day



one word. OHSEM!

don't compare it with the original version. the awesomeness they had is for re arranging the music, the hbeautiful voice of Nataly Dawn and great combination with Jack Conte. Lagu2 lain pun boleh tahan best.

do visit their music channel in you tube > PomplamooseMusic

*Nataly is cute and her voice macam Zee Avi skit, macam yuna skit.

Saturday, May 14, 2011

Murni

Setelah seharian tak leh bukak blog, akhirnya....

jadi aku nk merapu sempena blogger dah ok balik ni. boleh? =P

Cerita bilik ku sem lepas. wtf.

Before this aku duk kat Ilmu. ok apetu ilmu or murni ni? nama apartment kat kolej aku. dulu aku selalu dengar senior cakap, kalau duk kat murni memang tamau balik ilmu wa cakap lu. kalau ilmu ada dua jenis, satu: apartment ada 2 bilik for 4 orang kira satu bilik kena share dua orang, satu lagi, ada 4 bilik, boleh duk sebilik sorang, but murni, only rumah yang sebilik sorang je. aku lebih suka ilmu sebab environmentnya, dan parking space yang banyak, so takyah berebut nk apply sticker kereta. huhu. tapi last sem, kena duk kat murni.

first experience, Parking Penuh! haih. kadang2 kena parking luar makgad. nasib baik sempat apply sticker kereta. untuk parking dalam kawasan apartment sangat limited edition and based on first come first serve basis. tapi final year final sem student di berikan pengecualian.


rumah aku tingkat 9, apartment ni sebelah je dengan highway ke putrajaya, actually, dari bilik aku boleh nampak JW marriot dan hospital serdang. dan disebabkan rumah ini tinggi, maka, bila malam je sejuk. siang pun tak panas sangat. cuma taleh tahan bila ribut la, sebab bunyi guruh macam sebelah telinga je. tsk.

tapi overall. SANGAT SUKA! tak menyesal langsung duk murni. bilik besar compare to ilmu. ruang tamu n dapur pun besar. dan pemandangan pun cantik.


hospital serdang. kadang2 pagi2 buta boleh dengar siren ambulan.

so meh kita tengok bilik saya ini...

katil n lampu tidur. act aku tidur tak tutup lampu. aku just malapkan je table lamp tu. 

tempat favourite, online dan segala di sini. tapi study kat ruang tamu sebab ada meja study kat hall
sebelah cermin tu pulak ada wardrobe besar.

koleksi handbag, board n weight scale. 


ha.. begitulah bilik aku sahaja. gambar hall, tempat study n dapur terlupa nak amik. ada balkoni untuk jemur kain and 2 bilik air. furniture? semua provided, dari katil, almari baju, meja study, meja tepi katil meja makan kerusi ruang tamu almari kasut etc. just bawak brg2 personal je.
tapiiiii.... harganya, per person. RM280 sebulan, so darab 4 orang.. u do the calculation. tu harga excluding electric bill. electric bayar asing pulak sbb guna prepaid meter. nasib baik internet n air free. tapi abah bayar semua. terima kasih abah. hmm...dengar kata, this semester dah jadi RM380. betul atau tak, wallahuallam. walaupun aku dah habis belajar, kesian pulak kat junior.

Sebenarnya.... rindu kat bilik ni. gegeh aku decorate sampai mia cakap bilik aku macam taman.. nicky pun cakap aku semangat. haha. tapi bilik ni sangat selesa. just nice untuk aku duk sorang2. suka. 

Murni 1 09 05 - 2


Bye bye Murni. huuuu

*aku tak cabut sticker2 bunga2 tu, sape2 yang dapat bilik tu lepas ni, untung la. (kot) 

Wednesday, May 11, 2011

Cinta Melody



satu-satunya sinetron yang aku layan sementara menunggu tawaran kerja. boleh tahan cerita ni. terfollow secara tak sengaja masa episod pertama. tak terlalu typical macam sinetron lain sebab watak melody ni watak perempuan yang bijak dan setahu aku ada sampai 36 episod je. tapi biasa la, cerita pasal ada orang dengki. gaduh2 ala cerita full house dengan Elang. Meh baca sinopsis yang aku cilok direct dari wikipedia


Melody adalah gadis yang cantik dan cerdas. Dia bekerja sebagai supervisor di sebuah perusahaan mie instant/makanan ringan. Melody tinggal bersama nenek (Fatima), ibu (Nissa), tante (Hanny), dan dua sepupu (Agung dan Jelita). Hanny dan Nissa adalah dua menantu Fatima yang tinggal bersama, setelah anak-anak Fatima (Fajri dan Fajar) meninggal secara bersamaan karena kecelakaan. Saat kecelakaan itu, hanya mayat Fajri yang ditemukan sementara mayat Fajar tidak. Hal ini menyebabkan Nissa berkeras kalau suaminya masih hidup. Nissa selalu marah kalau Fatima ingin membuatkan makam untuk Fajar. Nissa marah dengan dalih bahwa tidak masuk akal membuat makam tanpa ada jasad. Sementara itu Hanny sangat membenci Nissa karena ia merasa bahwa suaminya meninggal karena kelalaian Fajar membawa mobil. Hanny menganggap Nissa adalah janda pembunuh.
Suatu hari, Melody bertemu dengan Elang dan tidak sengaja menabraknya. Terjadilah pertengkaran di antara mereka. Elang sebenarnya anak pemilik perusahaan tempat Melody bekerja. Elang dididik orang tuanya (Anggika dan Bharata) untuk bisa mengatur perusahaan mereka, tetapi harus dari level bawah dulu. Dan Bharata menempatkan Elang sebagai asisten Melody. Betapa terkejutnya mereka berdua ketika menyadari mereka harus bekerja bersama. Pertengkaran dan perdebatan pun akhirnya selalu mewarnai pekerjaan mereka.
Saat tak sengaja bertemu dengan Bharata, Melody terpana karena wajah Bharata mirip sekali dengan Fajar, ayahnya, tapi Melody berusaha menepis semua itu. Padahal Bharata sebenarnya adalah Fajar, yang mengalami amnesia setelah ditolong Anggika dari kecelakaan bertahun-tahun yang lalu. Rahasia yang disimpan ini terusik saat tiba-tiba Bharata mempersoalkan tentang masa lalunya. Anggika cemas, apalagi saat dia selidiki, semua ucapan Bharata keluar setelah dia kenal dengan Melody. Anggika mencari tahu tentang Melody dan keluarganya. Anggika syok karena Melody adalah anak suaminya. Ia berusaha keras menjauhkan Bharata dari Melody. Bahkan saat Elang makin dekat dengan Melody, Anggika makin keras dan menjodohkan Elang dengan Ajeng. Ajeng yang memang mencintai Elang dan membenci Melody senang atas keputusan Anggika, tapi tidak dengan Elang.
Ancaman demi ancaman keluar dari Anggika agar Elang menjauhi Melody karena kalau tidak, Melody akan sengsara. Elang khawatir sehingga dia pun perlahan menjauhi Melody tapi tidak juga mendekati Ajeng. Elang malah tidak sengaja bertemu dengan Jelita, sepupu Melody. Jelita sendiri jadi menyukai Elang dan ia sering mencari kesempatan untuk jalan berdua.
Bagaimana kisah selanjutnya? Akankah cinta Melody pada Elang akan berakhir bahagia? Akankah Melody tahu kalau Bharata adalah ayah kandungnya? Saksikan semuanya dalam Cinta Melody di Indosiar!

menarik jugak tu. aku sebenarnya baru je habis tengok episod hari ni, pastu terus google. duk rumah ni, layan cerita macam2. tapi melody tu boleh tahan comel juga, umur baru 19. tapi muka matang and part dia gaduh2 dengan elang tu pun agak sweet. keh keh keh.

so kalau sapa yang ada astro tu boleh la tengok cerita ni di Astro Ria (104) jam 6.30pm.

Saturday, May 7, 2011

Lunch with mechie buddies.

An update on my last lunch with Mechanical friends at Chili's. Actually, we were planning on having our lunch at Cyberview Lounge but last minute we cancelled it and change to Chili's instead.

waiting for me after zuhur prayer.

Anyway, we met each other at Midvalley, hafeez, syed and me did a short window shopping at the gardens. Hafeez was planning on buying a few working attire before leaving to Abu Dhabi. So we went to few boutique at the gardens, met faiz at Midvalley then another course mates in front of Chili's.


We ordered our lunch and had chit chat with each other. mostly about future planning, job seeking and our memories in college. The appetizer of the day was Tostada Chips and it was bottomless.

And one by one our foods and drinks were served.

Mine were
Chicken Breast Mushroom and Pina Chilada; a vanila ice cream blended with coconut and banana cream and pineapple juice.

mine mine. 

the food was great but the drink, might be too exotic to my taste bud. so next time is NO for pina chilada.

their foods

To our surprise, there was a 1 inch little rod in Joshua's burger and we told the manager about this. He already bite it but then opened back his mouth and realized this thing...


thanks to Chilis manager, she cancelled the bill for Joshua's and as complimentary and apology, they served us this for free......


brownies and molten choc cake

Picture time....Aaron went back early as he had something to do, but i managed to snap a few picture of him and others. Nabil, Madhav and Ronald came a bit late but managed to catch up with us.


Ivor, Joshua, Aaron and Hafeez

the buddies, Faiz, me, Syed, Ronald, Madhav, Ivor, Joshua, Hafeez, Sup and Nabil


taken from Instax picture. 

we sat and chit chat for hours and planning to go for movie after that, unfortunately, I need to check out my apartment by 6 pm so we cancelled the movie session. Bummer! sorry u guys.




Thursday, April 28, 2011

This time untuk Azi pulak.. Oreo Ice Cream Cheese Cake

Oreo Ice Cream Cheese Cake


home made jugak.

Rasanya lebih kurang Secret Recipe Oreo Cheese cake. Thanks to the recipe from her : http://sherahxoxo.blogspot.com
boleh la jenguk ke blog beliau untuk tengok resipe cheese cake ni.
Rasanya macam ice blended oreo pun ada, macam ice cream oreo pun ye.

Kek ni tak payan bakar sebab dah masukkan gelatin. so tunggu keras dalam peti jela.



sebelum proses pembekuan.


ini resepinya.

BAHAN BAHAN UNTUK CRUST

  • 2 Paket oreo(besar) yang dah asing isi putih tu (tinggalkan 7-8 keping untuk kek nanti)
  • 50 gram butter (lembutkan pada suhu bilik)
  • sesudu gula perang/merah
Cara-cara

hancurkan biskut oreo tadi yang diasingkan intinya sampai hancur. Bila dah hancur, letak gula perang sesudu dan gaul. Kemudian, campurkan pula butter. Gaul sampai oreo sebati dengan butter. Bila dah sebati, masukkan bahan2 ni dan padatkan kat dalam bekas kek untuk dijadikan tapak kek. Masukkan dalam peti lebih kurang sejam.

BAHAN BAHAN UNTUK KEK

  • Isi oreo yang dah diasingkan tadi.
  • 3 keping biskut oreo yang di hancur halus dan yang selebihnya just pecah kasar2.
  • 250 g cream cheese
  • 80 ml susu segar
  • 100 ml whipped cream
  • sesudu gelatin halal yang dah di campur dengan 40ml air panas
  • 1/2 cawan gula

Cara-cara

Masukkan cream cheese, biskut oreo yang dah di hancur halus, isi oreo, susu segar, whipped cream dan gula  ke dalam bekas adunan ah semualah kiranya. Kacau-kacau lepastu masukkan gelatin yang dah dicairkan tadi. Kacau2 lagi sampai semua nya sebati. Agak2 kalau susah sangat nak kacau sampai sebati, bolehlah guna blender (ni cara orang kurang penyabar macam aku, xelok dipraktikkan). Bila dah semua sebati, masukkan oreo yang pecah kasar dan kacau sekali dua. Pastu tuang atas crust yang dah di sejuk bekukan tadi. masukkan dalam peti. Tunggu 4-5 jam.


Haaaa... senangkan? Kalau tak paham jugak, boleh la tengok blog cik sherah ni ye klik SINI

Total semua bahan ni.. ok aku bagi bajet kasar la dalam RM40. yang mahalnya cream cheese dengan whipped cream. Tapi still berbaloi dari secret recipe. Btol. Rasa lebih kurang sama.

kalau sape2 yang dah cuba resepi ni boleh la komen ye.

Jadi selamat mencubaaaa... jumpa lagi. Byeeeeeeeeeeeee!


Yours Truly,
Chep Timah.