Welcome

Assalamualaikum & Bismillahirahmanirrahim

Thursday, December 23, 2010

eda, postoposto!

note for eda,

edacang, remember last semester when i found a blog and i showed it to u and you said, this girl is really funny and u will read her blog after this. And we discussing about her natural beauty yet gila2?

 Yes,you are right a bout that girl. that girl is now so famous right now and now she's collaborating with sue anna joe doing a video. Guess which one dear..

Miss you ;)

*this might be the only way i can communicate with u. huhu.

Saturday, October 23, 2010

"Keyword dia "Turbo", Helmi"

sape penah tengok video "cirit or die". Aku rasa ramai yang dah tengok. Even dah bertahun2 pun bila tengok, still gelak camaram. haha



"Bang Yem, Tien san make apam kacang"
"Tongkang, mana moto mak nimang"


bwahahaha. this was our 'KKKK' joke back in 2008. lol
------------------------------------------------------------------------------
rasa macam nak update. tapi mengantuk yang amat. exam?
the good..
i did all the questions.
The bad...
i think i did some of them wrongly.  big sigh! jadi... tido la camni.

oh.. kepada edacayang,

TMILWJJ

tya.. gud luck for OBM. Nak baju I OBM!


*yes ghays, i know i'm annoying. jom jamuan air teh  (inside joke)

Monday, October 4, 2010

GPM

kali kedua title short form. GPM ni group hasil dari Program Baktisiswa kat Temai. Kebanyakkan ahli GPM adalah bekas-bekas MT dan urusetia program tu. Jadinya lepas program tu, kami still keep in touch dan setiap petang jumaat akan menjejakkan kaki ke pasar malam putrajaya untuk melantak kuetiaw mutiara. maka tertubuhla GPM ni. bila dah slalu jumpa, adalah ativiti2 lain yang dirancang. eheh, ayat dah macam report kelab dah. ok teruskan dengan gambar-gambar.

Steamboat and gathering at Tupai-tupai

mantan mantan Baksis : s/u, ketua biro program, bendahari, ketua biro perhubungan.
semangat berbincang sampai cheekbone pun taknak kalah.. hahah


gambar sebelum balik

Shopping Raya 2010


masa ni kat sogo. aku baru sampai sebab bangun lambat.

buka puasa pukul 8 malam.

muka keletihan. ada hati lagi nk g karaoke. last2 tak jadi sebab semua dah flat

and paling latest

Jamuan Raya 2010


gambar keluarga GPM

azrie,zubir, nipa,diba, syuk, pehe, aku dan yana

petang kat College of IT cantik

bersama dengan organizer & co-organizer Jamuan Raya


memandangkan dalam photoshoot mood, maka meminta photographer shootkan gambar bajet artis limanam keping
.muka perasan macam nk mintak penampar.

next aktiviti adalah Broga Hills, karaoke and photoshoot outing. Insyaallah.




Tuesday, September 28, 2010

Tarian "Mat Salleh" Belacan dan Paku



They are hilarious. Should watch their video collections.

Oh oh.. mereka sangat kelakar. Korang patut tengok koleksi video mereka.

LOL

Monday, September 27, 2010

tahniah.


ramainya la orang around me yang dah naik ke new phase. ada yang dah kawin, bertunang dan plan bertunang. apa2 pun tahniah kat

Suraya & Zafran
Kak Ita & Farizwan

for their wedding

Kak Niss & Hadi
Nicky & Saiful
Juares & his fiancee
Syafiq & his fiancee

on their engagement

and two of my closest friends who plan to get engaged with their other half-to-be in the nearest future.


happynya tgk orang dah ready nak masuk new phase. =D


*Aku..? Insyaallah kalau jodoh panjang, ada la tu. =)

Friday, September 10, 2010

semua orang pun nak wish raya


*gambar sekadar untuk mendapatkan feel raya.sekian.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin

Tulus Ikhlas dari saya,
NN. Fatima Azzahra bt M.Rosli.

Tahun ni beraya di kampung (Kelantan) sehari sahaja. Selebihnya di Terengganu. Jadi rakan-rakan, jemputlah ke rumah ye. =)

Tuesday, September 7, 2010

they are bunch of freak people

i'm sick of meleise and their ignorance. like seriously sick. they just see what they wanna see. say what they want to say. the sh*t illuminati and free-mason thingy. they are so busy talking and doing foolish analysis. What is wrong with you all huh? hold on Al-Quran and believe in Allah, then you are fine. F! with all the illuminati and free-mason stuffs.

Go and manipulate every single thing and called it the sh*t.. and let other paranoid numb people post it around. urgh!

yes, i'm trippin like hell.

UPDATE : Bukan aku tak percaya wujudnya Freemason atau illuminati ni, tapi jangan la sampai sekecil-kecil benda pun nak kaitkan pastu kecoh seluruh alam. Kalau andaian kau tu salah, tak namanya fitnah ke? Kalau sekadar tahu skit-sikit, tak payah la. kaji dan baca semua pasal Freemasonry and its stuff dulu bai. sekadar tengok cerita The Arrival pastu google ala kadar, xcukup tu. eh..? dari baca pasal buku tu, baik baca tafsir al-Quran tul tak? JOM!

*Tak guna cakap bom bang.. panggil orang situ sini murtad sbb tak nak amik pot pasal analysis bodoh kau, tapi sembahyang pun tunggang langgang. pfft!

Friday, August 27, 2010

true story : fibroadenoma

apakah? macam bunyi pelik saja kan?

i think most of my closest friends already know about this ; early this year i'd been diagnosed with fibroadenoma and i was admitted to the hospital to undergo biopsy to remove the tumor.

tumor huh? sounds like a big deal.
no worries dear.

taken from here : CENTURA

fibroadenoma adalah salah satu 'benign tumor' yang bermaksud non-cancerous tumor yang berada di.. ehem.. di dada perempuan.. i mean breast. biasanya benda alah ni jadi kat young woman. biasanya benda ni akan muncul time menstruasi dan akan surut bila dah habis minggu menstruasi tu.
macam mana nak tahu benda yang berketul tu adalah fibroadenoma?


"Described as feeling like marbles, these firm, round, movable, and rubbery lumps range from 1 cm-5 cm in size and can be up until lemon sized lump"


kiranya bulat macam guli, bergerak2 macam tikus (kalau kita rasa dia gerak pegi kekiri, jap ke kanan) dan tak sakit.


Pengalaman aku :

masa tu dalam tahun 2008, ada terbaca pasal pamplet untuk breast self screening. so balik tu, aku dengan ngada-ngadanya test buat macam dalam pamplet tu, pastu rasa macam ada lump kat tepi left breast. tapi kena tekan dalam-dalam baru ada rasa tu. then i did some research about this kind of lump. pastu macam dikata, boleh hilang dan tak merbahaya, aku pun lupa terus pasal ni.

one year later, i realized that the lump became bigger. masa ni dah start cuak. i went to hopital azzahra dekat bangi and doktor cakap no worries, it just a small cyst, will not getting bigger and painless. so dah kembali tak cuak. until akhir tahun 2009, i noticed a bump on my chest and i can feel the pain inside. besar macam syiling 20sen kalau tengok dari luar. tapi mengenangkan yang doktor cakap benda tu takpayah nk worries, so i let it duk diam-diam kat situ.

suatu hari, aku balik kampung and my aunt whom a sister (nurse) sembang2 dengan aku and mak aku. so i told them about this. my aunt suruh tunjuk, aku tunjuk la and to my shock, my aunt freaked out sebab dia cakap nape tunggu sampai besar macam ni. masa tu mak aku pun baru tahu pasal ni. dia cakap normal fibrodenoma should not bigger than that and it shouldn't hurt.

my aunt suruh cepat consult doktor dan bagi tahu yang this one is hurt. untuk menambah lagi kecuakkan aku, dia cakap risiko untuk dapat breast cancer sangat besar since family aku ada strong history about cancer sbb semua adik beradik arwah atuk, atuk aku sendiri and my mom's sister meninggal sebab cancer. masa tu aku rasa ngeri la pulak.

later, aku pun pergi hospital. doktor cakap, it is a tumor tapi dia tak boleh pastikan yang tumor tu kanser atau biasa je. she referred me to general hospital for biopsy on the following week. nanti baru dia dapat pastikan kanser ke tak. since aku ada final exam masa tu, aku mintak tangguh one month later.

during one month tu, tak tahu la apa perasaan yang aku ada. berkecamuk. yang paling aku risau kalau2 benda tu breast cancer. ye lah, most of my family member died because of cancer, who knows it might be my turn pulak. yes i know it sounds silly tapi masa tu depress, macam-macam aku fikir. i did a lot of research about breast cancer. tension sangat sampai aku fragile gila, kalu teringat je mesti nangis. masa tu tak ramai pun tahu. aku cuma tak nak bagi false alarm je. benda tak sure kan. pastu aku doa harap-harap bukan.. ada satu hari tu, aku ke rumah kazen aku, anak dia tersangat la hyperactive. tengah duk main-main tu, dia terlangar aku dah terhantuk kat dada aku. sakit yang amat sampai aku menangis pelan-pelan. kan nanti kazen aku tanya, aku xnak bagi tahu.

tapi aku syukur, people around me yang tahu pasal ni memang supportive gila sampai aku boleh bertahan dari jatuh tersungkur. and some of them did pray for me hingga hari aku operate.

masa hari aku operate, aku tengah intern. lepas operate tu doktor bagi aku tengok tumor tu, besar gak, dan tumor tu sebenarnya dalam, dekat dengan rib aku, so banyangkan macam mana besarnye benda tu sampai boleh nampak dari luar. lepas operate tu aku boleh balik terus. memang teruk gak la lepas tu. tiga hari bleeding teruk. masa tu aku memang dah tak malu dah menangis. sebab sakit yang amat. yang paling sedih, it left me a mark on my chest. lebih kurang 1 inch. berat badan pun susut dari 48kg to 44kg in less than 3 weeks.

alhamdulillah, lepas beberapa kali pergi follow up session, doktor cakap sample yang dia amik tu positif fibrodenoma, bukan kanser. aku memang lega sangat. terima kasih untuk doa. juga untuk umi & abah yang selalu teman aku ke hospital dari first day dan tolong lap badan aku everytime aku bleeding teruk. cuma terkilan yang doktor cakap, memang parut tu takkan hilang. =(


sekarang nasihat aku, kalau ada benda unsual yang anda sedar, tolong check awal2. jangan sampai kena operate. sbb sebenarnya ada rawatan lain selain dari tu. and if anda rasa down gile-gile, please jangan simpan sorang-sorang, share with somebody. jangan amik serius sangat but jangan amik sambil lewa..

and for all woman, kalau rajin, cubalah jenguk laman web http://www.breastcancer.org/. it is good to know, good for us as a woman.

rejoice. =)


*tapi, after 4 months, parut operate tu still sakit. anyone can answer me?

Saturday, May 15, 2010

Ickle and Lardee by Inhae


Sneaked out for midnight snack and busted.

credit to Inhae Lee

Hay, i found Icklee and Lardee. Two funny little milk toofs.

They are created by Inhae Lee and have their own adventures book; 'Ickle and Lardee's Great Adventure'

Meet Ickle and Larde with their cute and adorable journey at http://mymilktoof.blogspot.com


See, they're celebrating Halloween as Frankenstein and Mr Pumpkin =D

Friday, March 26, 2010

Hey Orange.


Tuhan, kembalikan aku pada tulang rusuk dia.
I miss you, my annoying orange.

Saturday, February 27, 2010

BELANGSUKAWA : Hajjah Haminah bt Awang

"Satu hakikat yang kita tak boleh nak lari; Kita semua akan merasa kehilangan orang yang paling kita sayang. Sekali kamu dah rasa, kamu akan tau langit tu rupa-rupanya terlalu tinggi untuk digapai. Sekali kamu dah rasa, kamu akan senyap-senyap mengaku yang sebenarnya kamu ni hanya manusia yang maha lemah." - Ladynoe

Al-Fatihah kat arwah nenek,

Hajjah Haminah bt Awang.
1941 - 25 February 2010

Tak ada sesiapa yang dapat mengganti pengorbanan besar tokmek kat kami.
Sehingga hujung waktu, tok mek masih ingat kami semua.
Kehilangan yang tiba-tiba.

*terkilan tak sempat cium tok mek buat kali terakhir. ='(

Thursday, February 18, 2010

eat and tell

In a week, tiba-tiba aku, Syed & Faiz bernafsu makan 'besar'.

Mula-mula

Lunch at
Kenny Rogers
Coffee break kat Coffee Beans

Caramel café au lait and cake

Sushi King
Mine : Sake, Kanikama, Smoked Salmon & Sake Mayo
Next day
Carls Junior
Western Bacon Cheese Burger. Must try.

Subway, Old Town & Kopitian Bangi tak payah cakap.

Asal kena study, tak pun takde orang nak teman makan, memang McD lah duk melantak hari-hari. Yang ni tak perlu tunggu minggu ni, rasanya memang typical budak tempat aku semua akan jadi camni bila dah muak makan nasi. Every sem. Tak sihat seh.

Jadi penutup before cuti CNY ni

The Manhattan Fish Market.
Special. sebab to be truth, yang ni first time ever aku makan kat sini since i'm not into fish-based recipe that much.

So dengan Syed & Faiz, gerak ke Alamanda untuk dinner.

Syed & Faiz with his 'xoxo' iPod

Muka terlebih excited. Sorry.

Appetizer : Fried Country Mushrooms

Main Course 1: Pacific Cod Manhattan Fish n Chips


Main course 2 : Manhattan Seafood Platter for two

Overall, OK. Untuk yang memang suka masakan dari ikan, memang berbaloi. Portion pun banyak sampai full perut. Tapi tulah, aku tak into sgt dgn fish based masakan. Worth untuk try pergi makan. Harga dalam range Chili's. Tapi aku prefer Chili's lagi for obvious reason la kan.

After that, we'r heading to GSC for 'Adnan Sempit', sempat karaoke 3-4 lagu and main game kat arked. Then, balik. Adnan Sempit pun not that bad.


=)



*I bet with enche H, if one of us dapat naikkan berat badan idaman, someone akan belanja aku Nando's OR aku kena belanja dia Kenny Rogers.

Wednesday, February 10, 2010

Azri Idzuandi



i dont know what to say. but the first word i promptly said was "MARVELOUS"

Yes he is.
Azri Idzuandi.
A Photographer. In his own way. I'm a big fan of landscapes pictures although i'm not into photography that much.

Amateur or professional. I'm not sure.
I think i should share with you his 'masterpieces'. Exaggerate a bit. wth.

kalau tak silap, ini di pahang.

Stealing time.


And of course, credit to the owner.

The rest, go check his website.
Oh and his blog is thoughtful too, especially his post about friendship.

"....The kind of lessons that you tend to forget just because you wanna believe that people will react in manners accordingly to your expectations. The fact is that, they don’t. And you can’t force it out of (or into) them. We shouldn’t be dictating our friends on manners they should be behaving, conforming to the kind that we want or hope for. Everybody is entitled to their own thoughts, opinions and even feelings. You can’t simply tell them, it’s wrong for you to feel a certain emotion or think a certain thought just because it doesn’t match your expectations or conform to your beliefs. As friends, they are still entitled to feel whatever emotions they wanna feel, think whatever thoughts they wanna think of and say whatever words they wanna utter. If they are entitled to it as humans, what gives friendship the right to take that away from them?.."

"Most times, I see people over-indulge themselves into ‘winning’ that they forget that winning a ‘battle’ doesn’t necessarily brings glory and triumphant. Sometimes losing a ‘battle’ might just win you the whole war. I’ve noticed (myself even) that most of the times, we are too obsessed into trying to make a point right there, right then, to the extent we do not realize that we are jeopardizing something much, much bigger that just an opinion or action..."

-warnapiksel.com

Couldn't agree more. And personally...Touchè.


*to the owner, Azri Idzuandi: If u stumbled upon this post, and if you think i disregard u, do inform me. But i think your artworks worth to be shared. Thank you. =)

Thursday, January 14, 2010

buat yang tiadanama

kalau hati itu bukan sekeping
seluruh jiwa ku kasi kan
ku bagi hingga tinggal cebis
lalu hilang kosong punah ranap
segala rasa

biar pedih itu tidak menjenguk
jadi kaku kebal
kental pejal
sebab orang semua boleh bilang
jadi mulut tempayan usang
bunyi bohong
bising mengomong

cuma
risau
kalau kalau kau masih ada
berbayang dibelakang
bila hilang kosong punah ranap
segala rasa
apa yang aku perlu letakkan?
saat itu aku miskin

menompang kasih
kalau masih ada
mata hati jiwa
yang mahu
menjenguk lohong
kosong ruang dada