Skip to main content

Posts

Showing posts from 2009

Baktisiswa Perdana 2009

Before this aku ada mention pasal ToT Baksis. Lama sangat sampai dah lupa pasal BAKSIS hari tu. actually bukan hari tu. Tapi bulan lepas kat Kampung Temai, Pekan, Pahang dari 17 - 22 Nov 2009. Since aku urusetia, aku, cik Elly, Wei Hao ngan Mira gerak awal. Pegi muadzam dulu dan meeting ringkas ngan Program Director. Esoknya ada meeting dengan penghulu dan tok Pat. Balik je dari meeting ngan orang kampung, aku kena bagi briefing pulak kepada peserta pasal tentatif program. For the first time ever, aku hampir meletup sebab pressure dengan peserta tapi nasib baik berjaya dicover oleh Azan ngan Hafiz. Since briefing session dah habis lambat, makanya aku juga terpaksa tidur lambat menyiapkan list peserta dan attendance peserta. Tapi tak boleh merungut sangat sebab ada biro lain yang lagi lambat tido atau tak tido langsung. Memang tabik la. Tu je pre-program yang aku nak cerita. Yang lain gambar je la. Sebab panjang sangat kalau nak cerita. Program 5 hari weh. Lepas habis meeting ngan pendu

evita nuh

omg! i stumbled upon her in TiC (Tongue in Chick) website. then i googled her name and found her blog . She is fashionable Evita Nuh. A 'fashionista' and currently chicktopia want her to be their style council. cool for a 10 years old girl. Yes, she's 10 years old for real! go and check it out and u'll be mesmerized with this little kid fashion sense, pics shoot by her 'amateurlovephotography' sisters and also her drawings. oh did i mention she's Indonesian? some random pic i 'stole' from her blog and deviantart. *note for evita dear, u should share ur expression in lookbook.nu . =) **yeah.. i'm really into fashion but have no gut (and money) to dress like them. sigh!

ceritera dulu

makan hati makan diri masuk kanan keluar kiri sahabat memijak sahabat dipijak apa rasa makan nasi kerak? halus bisik suara benci tapi ketar mulut terkunci kerna sayang, ku turutkan semua mana pergi suara gagah? kena panah mencicit redah ketawa aku, kau turut ketawa menangis aku, kau ambil lewa bila semua jadi beku lagak jadi kaku kau bediri sebelah aku aku buat tak tahu ah ceritera lama lama mana mahu di simpan berlain orang sudah bersama kini yang kini tempat mengadu.

rasa.

aku tempang mencari langkah buta mengagau kisah mencari rasa yang hilang di udara aku cuba bangkit dari ceritera yang lalu menadah tangan menuggu titis-titis rasa yang hilang di udara. rasa, bawa aku pergi bawa aku lari jauh dari pekikan memori kosmos yang kian ngeri. ku hembus rasa. perlahan-lahan hilang di udara.

inspirasi : si ladi

' moga hari2 mendung ini dicerahi dengan buku ini.' Seorang ladi berjalan tanpa arah. Terhuyung hayang. Dadanya lompong. "Dahulu, seorang pemuda mencuri hatiku, ku pinta nya balik. Dipulangkan semangkuk daging yang lumat dikisar. Katanya itu hati aku. Terduduk, perlahan-lahan aku ambil dan tanamnya di tepi jalan." Seorang ladi berjalan tanpa arah. Terhuyung hayang. Dadanya lompong. Kelibatnya di jalari mata sang jejaka. Memerhatikan ladi itu. Di berikan sekuntum bunga. Perlahan-lahan si ladi menciumnya. (ah! bukan semua bunga mestinya rose. Dan bukan semua rose baunya wangi) "Bunga melur, wangi." Tanpa sebarang ucapan terima kasih, si ladi berlalu pergi. Berjalan tanpa arah. Terhuyung hayang. Dadanya lompong. Di ciumnya bunga itu berkali-kali. Hingga tertidur. Esoknya Si ladi, rasa dadanya tidak lompong. Penuh dengan rasa. Kadang-kadang kencang, kadang-kadang tenang. Ya! dadanya tiada lompong. Terus dia ke kelinik, minta dokter x-ray dadanya. "Kamu. Ka

Eby ckp buku dah sampai

Cuti hari tu sempat order buku ni. Pelancaran buku ni 15 Ogos, but tak dapat pergi since aku kat Terengganu masa tu. Semalam tengah chatting dengan si budak kecik, dia bagi tahu buku dah sampai. Acik dah baca dan dia kasi review kat aku. Menarik. Tak sabar nak balik rumah. Jatuh cinta pada karya Sufian Abas masa aku baca first buku dia, Kasut Biru Rubina. Ayatnya agak kompleks tapi masih boleh difahami. Penuh metafora. Buat aku reka pelbagai konklusi untuk setiap cerita dalam Kasut Biru Rubina. Sekarang turn "Matanya Teleskop, Hatinya Kapal dalam Botol Kaca". Seksaited nak baca. Oh ya. Buku ni limited edition.

brace-face

For almost 5 years aku pakai braces. it's never annoy me when people called me 'gigi besi','belalang' or what so ever. Keputusan yang aku amik untuk pakai braces adalah kebetulan. Kebetulan yang datang ketika ada pemeriksaan gigi kat sekolah, 2003. A simple question, changed my life. eceh! masa mula-mula pakai, classmates semua nak ejek.. macam macam cara. I never take them seriously. Alah, bukan mati pun kena ejek. Lepastu mereka diam. Lepas 5 tahun, macam-macam benda yang aku jumpa.. especially budak kecik ada yang takut, lari pastu tarik mak dia sambil tujuk kat gigi aku, gelak dan ada yang cuba masukkan tangan dalam mulut aku semata-mata nak sentuh braces tu. yang budak tak kecik pun ada.. suruh bukak tin susu guna gigi aku la, ada orang tak dikenali datang kat aku masa dalam kedai tanya pasal braces, kena kutuk kena perli, toksah cakap la.. tapi tak pernah nak ambik hati. they don't know.. so kenapa nak marah? Lepas 5 tahun jugak, atuk nenek, uncle auntie,

amarah jantung kepada hati.

heh! kau canangkan seluruh dunia kau kenali aku seperti semua manusia tahu mereka sedang memijak bumi. terhambur, terbuih juih muncung mulut kau cerita ceriti setiap hujung sudut diari hidup aku heh! kau rasa paling terhebat seperti mana si Iskandar percaya dirinya tawani empat penjuru dunia berdabik dada menunggu aku menyembah kata padahal aku sedang menanti meludah muka sambil aku kata, 'Kau BODOH!'

ketum

Bingai kepada kebiasaan yang mula menjauhi Entiti diri kelam dalam satu siri duniawi Nista pada jiwa kosong dalam kota perjudian Cacian demi cacian menyelubungi Inikah yang kamu cari? Ptuih! Lidah kosong si pencacai kamu megahkan, Hingga kering mulut si bijaksana menompang kelemahanmu. Kamu terus hanyut, Hilang dalam kabus legam Dosa silam.

alone

bila rakan-rakan mula menjauhi bila manusia mula mengkhianati bila rasa diri keseorangan masih ada yang tidak pernah penat mendepa tangan menyambut. tanpa sebarang rasa prejudis atau sangsi tanpa dendam OHANA.

yang sempurna

The umi's boy yang paling dengar kata dan rajin. pagi-pagi dah teman abah basuh kereta. yang menangis bila tahu aku nk ke kolej esoknya tapi aku taknak lepak bilik dia. yang suka tolong aku bila aku malas yang selalu hantar mesej 'I love u' kat aku n alang. yang simpan rahsia aku. tapi aku suka pecahkan rahsia dia. contohnya bila dia bagitahu aku dia minat Husnina. yang marah bila aku cium dia depan anak perempuan jiran sebelah, konon macho la tu. tapi bila lama tak jumpa umi, balik menangis nak umi peluk. heh! yang paling manja dan obviously touching terlebih and kuat nangis. pukul 7 pagi dah hantar mesej "Hari ni hari lahir Kamil" kat satu famili. nah, amik kau.. SELAMAT HARI LAHIR ke 12, NIK AHMAD KAMIL Do the best in your UPSR! I always love u. =)

sorry.this is a ghay post.

i found this . masa tengah gedik-gedik google blog sendiri. That was almost a year ago. Touching.. Thanks to you . =) A lot things happened. But at the end of the day, i know, i miss this wonderful relationship. Thou is one of the best thing i found here. Through ups and downs, sensitivity, emotion, joy and love life. I'm sorry if i hurt u. I'm sorry for forgetting how wonderful we were back then, I'm sorry cause i was too busy with myself. I'm sorry, it took almost forever, to know that i actually has a wonderful friend. I'm sorry for everything. Thanks for being a good friend. Thanks for giving me a shoulder to cry on. Thanks for helping me in everything. Thanks to you. I miss our good ol' day. I HEART U . *Can't wait too see u this Sunday. =)

vertigo

today is the 4th day i'm having this. no cure. paracetamol didn't help. i have to stand still and walk slowly. I have to lay on the bed and freeze myself. Cannot hear any loud voice or do any sudden motion. or else.. vertigo! any handsome doctor want to help me? Dr Sukilan is not handsome and he's old already. plus he has been our doctor for over 20 years old. Haih! *Still craving for Secret Recipe Cheese Cake.

hitam.putih

Suatu pagi, aku tersedar. Berjalan lemah. Penat tiba-tiba. Penat mahu menaruh harapan. Penat mahu memberi harapan. Mahu jadi kuat, mahu jadi pandai, mahu jadi indah dan mahu jadi gembira. Kenapa aku perlu menaruh harapan untuk menjadi segalanya? Kata aku; " Kerana manusia tidak akan menjadi lemah ketika dia kuat, manusia tidak akan menjadi bodoh ketika dia pandai, manusia tidak pernah di pandang hodoh ketika dia indah dan manusia tidak akan sedih ketika dia gembira." Tiada alasan. Aku buka mata. Ah, persetankan segala harapan. Biarlah saja aku menjadi lemah, bodoh, hodoh dan sedih. Dunia tidak akan pernah adil. Putus. Pagi itu, kemudiannya aku dangan langkah kejur, ke suatu tempat. Yang paling malas kita akan jejaki, paling terakhir kita ingin pergi. Seorang wanita. Tiba-tiba berkata. "Sebersih-bersih hati adalah hati yang sentiasa yakin. Ketika kamu yakin dengan apa yang kamu pegang dan percaya, nescaya kamu tidak akan pernah merasa beban. Walau ketika kamu sedih dan le

the black and the white

i woke up this morning, and i realized. I need to stop giving hope. ------- Ironic. ------- Pagi tadi juga, suara seorang wanita, Kuat tak pernah menjadi alasan. Bijak tak pernah menjadi alasan. Indah tak pernah menjadi alasan. Gembira tak pernah menjadi alasan. Kamu. Hanya perlu yakin, untuk meruntuhkan sebuah tembok. Antara dinding. ego. sombong. dengki. Suatu hari, alasan yang tidak pernah menjadi alasan akan menjadi saksi. Mengheret kamu ke satu lubang kosong. pada, HATI kamu sendiri. Pada saat kamu kecewa pada diri kamu sendiri, kuat, bijak, indah, gembira. Memakan jiwa. Sebagaimana "Api yang membakar kayu kering"

memo #1

Memang betul kot bila kita sudah sampai tahap sayang sangat kat seseorang, kita boleh tutup mata untuk tidak lagi pandang dan tidak lagi mendengar dunia.

narkisus is vain

"Ketika aku sedih, aku hanya perlu duduk di depan cermin. Melihatkan muka aku ketika sedih membuatkan aku ketawa terbahak-bahak lalu kagum. Aku kemudian tengelam dalam narkisus diri sendiri." - aku terjumpa. AHA! nak muntah boleh? mungkin tak boleh. Kata Hanis; "Jangan hina orang perasan, kami pun nak hidup" __ Dia merenung. menelah ke kanan, ke kiri. celahan birai pintu yang rekah. Musalmah. berhenti. melihat mendalami. "Oh tak. Tak mungkin Dia ku miliki" Dia milik Bahiyah...

queen

. SELAMAT HARI IBU, Umi. To YM Engku Nuruzamani, Thanks for being my good listener Thanks for being my comforter Thanks for being my best friend Thanks for being my advisor Thanks for being my MOM I LOVE YOU, Umi.

sederhana

terbaik diantara yang terbaik. kesempurnaan yang kita rasa milik kita. galangnya, gantinya untuk kemegahan. aduh. rasa. kesempurnaan yang kita rasa milik kita kemegahan mencalar rasa impian yang tidak mungkin menjadi diri lemah membakar jiwa kesempurnaan yang sebenarnya milik Dia bukan untuk diganti dengan kemegahan. kesederhanaan menambah perisa menjadi terbaik diantara yang terbaik.

monolog jam 12

Naluri. Mahukan itu dan juga ini. Mejangkau tahap kemampuan. Membuat kita kecewa. Hidup punyai kepentingan. Keupayaan membezakan Mana keperluan dan kehendak. Hidup untuk menjadi cerdik. Keupayaan menunaikan keperluan dan juga kehendak Hidup untuk menjadi hebat.

kehilangan

aku lupa nama mybrute character aku. hurm.. kenpachi? kenchiha? khinhuahua? kuntum? detail name : start with 'K' skin colour : dark brown hair colour : orange orientation : gei level: 2. tolong please. haih!

they are sexy.

baiklah. mereka tua. baiklah. aku terpengaruh dgn AXN but, confident is sexy. smart is sexy HORATIO CANE DR HOUSE

miss them n our good-ol' -days

deep inside and to be sincere, i still love our friendship missing every moments we shared together

its a father-daughter talk

it was a nice journey down to the east. to my home town, with my daddy beside. talk and talk all the way home. about mechanical thingy since we both in a same field, about education, family and friends. (and err..boyfriend?) and he never forget to motivate me since i was child. thank you, Abah. *after going through a very hectic semester, i'm home for God's sake. Alhamdulillah.. =)

jika aku

jika aku seorang pemuzik akan aku mainkan musika ke seluruh dunia agar sepi itu tiada jika aku seorang pelukis akan aku lukiskan senyuman ke seluruh wajah manusia agar hiba itu tiada jika aku seorang anak wayang akan aku pentaskan teater keraian agar hambar itu tiada namun aku bukan seorang pemusik hidup aku sepi dan sumbang aku bukan juga seorang pelukis hidup aku kelam dan muram dan aku bukan anak wayang hidup aku cuma kesuraman.

good news

this is a good news. My phone was stolen and my second phone keeps on-and off every 5 minutes. so now.. i have 2 sim cards and no phone. and i cannot sign-in my YM! Great.. just great! sigh~

olumar

ini ada satu kisah.. lelaki nk wat bingai ngan aku konon aku ni bukan sekampung tak layak nk bertemu-temu ini ada satu kisah seorang lelaki nak buat bangang ngan aku konon aku tak tahu pape tak layak nak bersua muka wei jangan sampai otak sempit kau, jangan sampai mulut cam haram aku tak cari pasal ngan kau weh

Dinner at CyberView

Fine Dining, theme-Corporate. Rupanya penat jugak eh blaja dining etiquette neh. Pegang garfu nk kena kemas, nak buang makanan dari mulut pun kena tukar sudu, nak g toilet pun ade cara. Mak aih.. rimas... senyum tipu. xsabar nak makan neh! Appetizer : Caesar Salad with Parameasan Cheese (Sah2 laa aku xmakan) Soup of the day : Cream of Mushroom Soup (lil bit pahit) Main Course : Crispy Chicken with Risotto, asparagus and asjdfwehf(?) (aku lupa namanya) Dessert : Creme Brulee with Ice Cream (oh. sanggggggaaaaaaatttt sedap weh!) ni laa dessert nye.. nyum nyum! Lepas makan, cam biasa ada lucky draw and my lucky number is 3001. Jadi boleh pulang dengan set mandian Body Shop. 100% recycled paper Tapi, harus jeles ngan kak Onny yang dapat hadiah penginapan worth RM900! sedang cuba memindahkan ke-lucky-an dari kak onny Walaupun berpakaian seperti bini Mafia, sesi bergambar bersama rakan-rakan mesti ada. Namun pada hari kejadian, Incik Tuty, Incik Tya and Inche Dot tiada. see, aku ada enam

A Men's Guides to a Women's Bathroom by Jo Barret

Review book lagi.. Baru saje usai membaca novel ni. Kelakar, romantik dan paling mengejutkan, apa yang author tulis pasal 'Perempuan & Bilik Air' memang 98% tepat. Aku paling kagum bila aku dapat tahu yang author buku ni sebenarnye lelaki. Gosh! Cara dia tulis boleh buatkan kita lupa yang dia sebenarnya seorang lelaki sangat detail, sangat urmm tepat. Meet Claire and her story inside this book! *aku bagi 4 bintang. --------------------------- Review2 sebelum ini Singletini by Amanda Tremble (3.5/5) Utopia Trauma by Rahmat Harun (4/5) sbb aku sgt suka malay poems and literatures Antologi Kacak Jelita - (3.5/5) Kasut Biru Rubina by Sufian Abas (4.5/5) - buku yang aku baca banyak kali pun aku boleh gelak sorang2 Sabotaj 3 by Sindiket Soljah (4/5) Chiken Soup for Teenage Soul Series (4.5/5) yeah aku sgt suka baca siri buku ni Buku Untuk Filem KAMI - Selengaraan Ahmad Kamal Abu Bakar *Ni semua latest buku yang aku baca. Yang len dah lupa. urghh! Currently baca buku: Ne

Selamat Hari Lahir ABAH

Ding! Ding! Wishes time again. This one is for you, ABAH . he is my superhero, he is Mohd Rosli b Hj Musa thanks for being a great motivator thanks for being a great supporter thanks for being a great teacher thanks for being a great guidance and lastly thanks for being a great FATHER Happy 49th birthday. Kakak sayang Abah *big hug*

wishes again

to her whom watch a lot of cartoon- HAPPY 13th BIRTHDAY DEAR NIK NURUL FARIHA AIZAT

gelap

Kusut, Kecewa, Tertekan, Kehilangan, Benci segala berlegar di kosmos hidup aku. Air mata, amarah, sedih dan pekikan suara membalut hari semalam Aku tenggelam. Terputus kata-kata.

naive? naah!!

tersepit antara kiri dan kanan. kanan memaksa, kiri memendam perasaan. aku. tersepit. aku tidak tabah. aku sediri perlu cari diri aku. perlu mencari ruang aku. tiada siapa mahu faham. NotaMinda: No more tears Musalmah!