Welcome

Assalamualaikum & Bismillahirahmanirrahim

Wednesday, December 31, 2008

bersuara tanpa kata-kata

tak semua perlu di khabarkan.
aku. bisu.

Monday, December 29, 2008

mulakan yang baru.

mungkin bukan noktah.
koma kot?

rasa rindu pada blog.
mahu mulakan sesuatu yang baru.

yang lama?
masih ada. di SINI.
cuma link yang berubah.
old crap itu masih boleh dibaca.
tinggalkan email saja di ruang komen.

haih~ =.="
lebih dua tahun berblogging..
mana mungkin tinggalkan begitu saja.

HAI
untuk kamu semua.

Tuesday, November 25, 2008

Noktah

mungkin sampai sini je kot???

Wednesday, October 29, 2008

BELANGSUKAWA : Nor Faezah bt Ismail

Jam 7.00 am
Aku terima panggilan dari abah, bertanyakan no kazen-kazen aku yang tinggal di Sri Kembangan & Putrajaya. Anak mak long aku. Abah tanya aku ada kelas tak hari ini, aku cakap aku ada exam. Dia senyap. Tak sempat aku kata apa-apa, abah cakap,

"Tak apa lah. Do ur best in your exam."

Jan 8.30 am
Rutin biasa aku sebelum exam, aku akan call bunda umi. Aku nak bagi tahu aku exam Islamic jam 9 nanti. Bunda Umi cakap;

"Kakak, Faezah dah tak da. Pukul lebih kurang pukul 5 pagi tadi die meninggal. Sakit jantung, meninggal serta merta"

Aku terdiam. dalam suara terketar-ketar tahan nangis, aku cakap.

"Innalillah. Tak apa lah. Umi doakan kejayaan kakak. Kakak exam Islamic pukul 9 nanti"

Lepas dengar bunda umi cakap, aku letak ganggang.

Aku ke dewan exam dalam kedaan menangis.


Faezah.
Dia memang sakit. Down Syndrome.
Tapi selain tu, dia sihat. Cergas. Nakal, kadang-kadang garang.
Tapi dia manja.
Walaupun umur dia patut digelar remaja,
fizikal dia kecil perangai macam kanak-kanak kecik.
Dia manja dengan aku.

Dia anak mak long aku.
Dia suka peluk aku erat-erat. Lama.
sambil panggil,
"Kakak mari ye".
Senyum dan pandang mata aku.
Aku peluk dia balik. Aku senyum.
"Ejah dah makan ke?"

Tahun lepas, kak long dia kahwin.
Dia nak amik gambar dengan aku.
Dengan duit 'raya' katanya.

Tahun ni aku ada pergi rumah dia,
Macam biasa die peluk aku kuat-kuat,
pastu duduk sebelah aku lama.

Hujung minggu lepas aku pergi open house rumah classmate.
Melihatkan adik dia, aku teringat Faezah. Tiba-tiba saja.
Kemudian aku senyum.

Rupanya, dia dah nak pergi.

Aku cuba tidak menangis.
Kata teman-teman,
"Jangan tangisi kanak-kanak yang pergi. Nanti sakiti rohnya."

Aku cuba tidak menangis.
Aku taknak dia sakit.
Aku senyum.
Dia pergi dalam keadaan tidak berdosa.


Dia.
Istimewa.


Aku tak tahan. Air mata aku tetap mengalir.
Aku taip ini dalam keadaan terketar-ketar.
Aku menangis lagi.
Tapi aku senyum.
Kerana aku tahu, dia akan bahagia di 'sana'.

MAAF..
tak mampu sambung lagi...
aku sebak.



Al Fatihah untuk Ejah.
Pelukan erat & kejap Ejah, kakak tak akan lupa.

Monday, October 13, 2008

Yuna ep. Launch

Yesterday i was at Yuna Ep Launch with Tuts and Fendi at KLPax.

The ticket


Sementara tunggu Yuna punya performance, ada beberapa persembahan lain. But Yuna was very amazing. Ada satu lagu tu memang meremang ah. Dan lagu Deeper Conversation was the best sebab ada mini orchestra yang iringi lagu Yuna. I did record some of the performance. Tp tak ambil gambar masa part orchestra tu.


Yuna's performing

Ada free goodies at the enterance. Cupcake and the Ep CD.
Then i bought another one for enche H.

Goodies; Cupcake & CD's

vain =.=!

tak dapat bercamwhore masa Yuna tengah perform sebab gelap.

Friday, July 11, 2008

kabur

kabur
segala menjadi kabur
setitis air mata mengalir
menjadi anak sungai halus mengalir di pipi
laju dan deras
wajah itu bertukar hiba

desing kata-kata pendek
kelam sebuah hidup
terburai seluruh ruang hati
hancur luluh segala bahagia

gelak tawa hari semalam
tak mungkin mampu mencerahkan hari esok
esok yang akan di tempuh seorang diri
bersama kenangan
kepergian seorang chenta hati


salam takziah
Al Fatihah~
semoga roh suami kamu di tempatkan di kalangan orang beriman. Amin.

Monday, July 7, 2008

loser and loner

once in a while...
erm..
pernah tak kamu rasa left out di tengah-tengah lautan rakan yang sedang tarik kamu to be with 'em?

fells so lonely.

soo loser.

seriously not sure ape jenis bendalah ni. tapi for sure memang sangat tak best.
and end of the day, that makes me want to be with my dearie and my family..
the solution for the time being is sleep. aku perlu waktu bersama diriku sendiri.

adakah aku yang patut dipersalahkan..?

or

adakah aku patut dipersalahkan kerana menjadi terlalu fragile and sensitif?

='(

Tuesday, June 24, 2008

dalam si preman menguit bintang kejora, terjelupuk jatuh ke lubang tahi

antara dua:

mahu terus di dalam lubang tahi dan terus berangan bintang kejora jatuh ke riba...


atau


bangun, sedar, dan menikmati bayangan bintang di kolam intan...

.
.
.
.
.
.
dan aku pilih 'atau'

Sunday, June 22, 2008

Monday, June 16, 2008

selamat hari bapak

HAPPY FATHERs DAY
I LOVE U, ABAH...
big HUGs
=)

Tuesday, May 20, 2008

musika hati

la la la laa..

bukan.
itu bukan musik hati aku


musik hati aku
bernada songsang

musik hati aku
not-not kechewa

musik hati aku
berlagu sedih

musik hati aku
berlirik kesal

musik hati aku
tak siapa yang tahu

Monday, May 12, 2008

HAPPY MOTHERS DAY

BIG HUG and KISSES to BUNDA UMI..



LOVE YOU


muah!

*a mother's day cake made by me. huh!

KOMA! KOMA! KOMA!

Macam mana rasanya bila dapat apa yang kita memang berhajat dari dulu kemudian datang sebagai hadiah?

...dan berwarna PUTIH!!


Aku terus koma...!!!







SAT SAT SAT

Tuesday, April 22, 2008

Ini blog sampah tak?

"Pada masa sama, ada ramai blogger yang hanya memuatkan luahan hati kecewa, putus harapan dan meracau tidak tentu hala. Blog begini selayaknya dimasukkan ke dalam bakul sampah." - Berita Hairan.

Korang rasa patut ke di tulis macam ni?

Setahu aku, blog ni macam diari atau tempat meluah perasaan KOt. Bajet rr..

Ikut suka suki blogger ar nk letak ape pun kat dalam tu, nak cakap nak bunuh diri ke, meraban ke, nk mengutuk ke, nk wat lawak bongkak ke... itu ruang blogger-blogger kan.
Patut ke tulis macam ni kat dalam paper?

Writing is part of mind therapy.

Tak penah dengar ek?
Bodoh ke tak berapa ada akal?
Ape hak kau wahai penulis untuk menilai blog seseorang diletakkan di dalam bakul sampah ke atau nak diletakkan kat dalam paper?
Kalau kau tak suka, jangan baca la weii.. biar je si blogger dengan tulisan mereka.
It has its own value for da writer. Kamu ni Bingai ke bengap?

Aku sebagai salah sorang penulis blog yang 'meracau tak tentu hala' panas weh. Ini diari kami, tempat kami nak luah perasaan. so what? tak ganggu hidup sape2 pun. Lain kali tulis macam ni :

"Pada masa yang sama, ada ramai blogger yang menyebarkan sentimen-sentimen perkauman, anti-agama-itu-ini, menteri/konon/saya/pembela/bangsa /sebenarnya/tengah/bela/perut/buncit/saya dan juga yang menulis blog lucah tahap wak kadi-pon-bole-klimaks-masa tengah-baca. Blog ini selayaknya dimasukkan ke dalam tong sampah." - Beritan Hari Aku

Monday, April 21, 2008

"sape lu mao impres?"- Rubina

Suatu masa aku rasa hidup aku dah cukup. cukup untuk aku meneruskan kehidupan aku, untuk belajar, untuk menjadi manusia yang bahagia. bila tiba satu tahap di dalam persekitaran yang baru, yang mana kita sudah jauh meninggalkan istilah keperluan menjadi satu kehendak dan kemudiannya satu kehendak itu menjadi obsession, kita lupa yang segala apa yang kita perlukan itu sudah mencukupi, malah jauh berlebih-lebihan dan jadi lah kita orang yang sentiasa berlumba-lumba megejar sesuatu yang kita tidak perlukan. Tanpa kita sedari, kita dalam perlumbaan untuk menunjuk-nujuk kepada diri sendiri atau kepada teman/rakan/keluarga atau kepada sesiapa saja yang memandang kita. Kita berlumba-lumba meletakkan diri kita di tempat yang tetinggi supaya kita dipandang, dipuji, dijadikan buah mulut orang. Aku kata "Hidup ini karma." Satu ketika nanti, setelah tamat masa kita di atas, kita dibuang, dilupakan, dan di mana kah kita ketika itu? siapa yang akan selamatkan kita?
dan

aku kata lagi "Sape lu mao impres ketika itu?"

Wednesday, April 9, 2008

badut dan rakyat

Aku suda berjanji dengan NeEm.. kredit untuknya.
Kenapa aku menyusahkan diri mengambil gambar ni?
Sebab bagi aku sangat significant. Cliche..
Aku kata :
Pemimpin badut yang sedang menyampaikan manifestonya kepada rakyat.
Sama seperti beberapa pemimpin di negara ini.
Apa kamu kata?

Tuesday, April 8, 2008

Kelahiran

HAPPY BIRTHDAY TO YOU
MY DEAR TEMAN 15 - housemate.
20 tahun.
Kamu suda tua.

Monday, April 7, 2008

boredom

Satu..Dua..Tiga......

kira lagi..

Empat..Lima.. Baru lima hari??!! Dem!

bila nak cukup 3 bulan ni?


Selain bule jumpa katil aku, my dear Bunda Umi, Abah dan adik-adik belum baligh aku,
cuti ini..

Empty

DUSH!!

Aku da ta bule gado ngan adik Sepuluh-Nama.
Sebab dia sedang sibuk terkinja-kinja di Port Dickson selama 3 bulan.

Aku juga da taleh bermanja dengan Enche H,
Sebab dia sedang sibuk memancing di sungai, tasik, laut.. atau kat mana-mana yang ada lopak air.

Aku juga da taleh makan roti canai dan teh tarik Limabelas
Sebab aku sedang sibuk bina bontot dan tahi mata di Bandar Bawah Tasik.

Yang paling penting,

Aku juga da taleh tengok muvee.
Sebab tak ada kontraktor yang mahu menyibukkan diri membina cinema di sini.
Kerana mereka lagi sibuk membina puluhan masjid di pulau-pulau tak berpenghuni.

Hari-hari bukak web ntah ape-ape.
Hari-hari curi line internet..
Sape suro pasang wireless tanpa password??
[Trimas pakcik Iz]
Hehehe

Ada sapa-sapa nak ajak aku shopping?

Text aku sebelum pukul 2 pm oke..

Wednesday, April 2, 2008

paranoia?

sekarang cuti dah bermula.

since aku dah tak da apa-apa kerja utuk dilakukan
aku cuba pandang balik apa yang berlaku sepanjang empat bulan setengah aku di kolej.

First month. Tragedi dan kesedihan.
Bermula dengan perpisahan aku dengan enche H
hingga kepada kehilangan seorang teman ketika bersama-sama sedang bergembira. (Al-Fatihah)
Dan bulan itu terlalu lama dirasakan.


Selepas tu terlalu bayak perkara yang berlaku.
Dan semester ini berlalu dengan begitu pantas.

Akhir-akhir ini kemudiannya,
Paranoid.
Betul atau tidak, aku kurang pasti.
Tapi yang penting ada sesuatu memori luka
bertubi-tubi datang di kepalaku.

Kemudian, aku seperti orang yang kehilangan dan pengecut.
Tiba-tiba takut menghadapi dunia.
Takut berdepan dengan manusia dan kata-kata.
Lalu aku duduk diam membatu.
Seperti lupa pada set sosial di sekelilingku.

Aku cepat melatah atas perkara kecil.
Cuma latahku di dalam hati.
Dan kemudian membengkak memakan segala rasional diri ku.
Hingga aku lupa, siapa aku sebenarnya di situ.

Hari ini,
aku kembali rasa bebas.
Dan aku jenguk kembali hari semalam.
Aku katakan,

'Syukur.'

Aku tidak mampu lagi menahan diri aku di dalam ruang gelap itu. Aku perlu cahaya.



*Hanya memetik sedikit kata-kata seorang ahli falsafah:
"Put your hand on a hot stove for a second and you will find it is like a month,
and, spend a month with a girl you love and you will find it like a second."

Jumpa lagi.


Monday, March 17, 2008

antara dua jalur hidup

aku memilih jalan itu.
hidup aku jalan itu

dan engkau
jalan lain.
jalan yang ku kira yang lebih baik dariku

kau katakan..
jalur jalan ini tak bisa berpilin atas nama chenta

namun kita masih berjaya..
kerana hipokritasi itu masih kuat
terima kasih

lalu
satu masa itu
di mana aku sedang gembira bersama jaluran jalanan hidup aku
kau datang, membawa gerombolan pemusnah jiwa
sakit, pedih antara dua.

kau katakan lagi

jalur jalan ini tak bisa berpilin atas nama chenta

dalam dua.
aku dipaksa melangkah dan memilih
mana satu jalan yang baik
untuk kita berdua tempuh

syaratnya
kau tak akan keluar dari jalan kau

oh,sungguh tidak adil!

kini aku dalam dilema
mahukah aku lepas kan cara aku?
hidup aku sekian lama..

berubah tanda berhijrah
tapi aku tak rasa aku mahu berkorban dan berubah

berubah itu senang, tapi untuk mengekalkannya itu..perit.

sekarang..

jalur jalan ini tak bisa berpilin atas nama chenta.

haruskah aku?

..











aku masih bengang dan sedih..lalu aku bawa hati aku ke limabelas. kerana dia, aku tiada apa rasa.kosong. dah perkiraan aku tepat. teman 15 berikan aku senyuman itu kembali. yeay!! terima kasih teman 15..

*sekarang aku betul-betul terkilan. kali kedua aku tak dapat enjoy Bittersweet performance. Benda yang aku tunggu almost 3 weeks.Cetttt!!!





Sunday, March 9, 2008

monolog incik tebuan

aku.
juga ingin menjadi lebah.
seronok mereka membuat madu hitam
beramai-ramai menyembah ratu gelap
seronok. mereka gembira.
semua memandang mereka.

lain.

tidak seperti aku
tebuan.
kerjanya di tanah
berseorangan.
sedih.sadis.

Thursday, March 6, 2008

nonalis liberal

nonalis
duduk dibangku
sepiring kuih,
secangkir kopi

termenung jauh
kata si kuning,
menunggu pacar?
nafi.

nonalis mengadun jiwa gundah,
barangkali?
tidak,nafi.

si nonalis tersenyum.
kajang biru, pena hitam
nonalis menoleh
"dunia ini terlalu indah untuk ditatap sahaja"

Tuesday, March 4, 2008

i admire him

aku kagum pada dia.

dia.

bisa buat hatiku cair,

bila melihat wajahnya,

jantung aku berdegup kencang

buat hatiku berbunga sentiasa.


dia
tanpanya kosong

buatku menitiskan air mata

kala aku tidak kalis rindu padanya


dia.
walau menggunung amarahku padanya

dia bisa telannya dengan sabar.

hingga aku tersungkur jatuh

mengagumi kesabarannya.


dia
sayangku padanya tidak berbelah bagi

cuba ku palingkan diriku darinya seketika

aku tidak mampu

mulutku nafikan

hati ku menjerit

aku perlukan dia


kerana,

aku bukan saja mengaguminya.

tapi aku mencintainya.

kapada dia

aku katakan,
"aku cinta kamu, Enche H".

Monday, March 3, 2008

nonalis

chantek.

manis bertudung.
berbaju kurung.

beradat Melayu.
lembut wajahmu.

tutur kata tersusun rapi
berkasar bahasa jauh sekali

mengata orang bukan caramu
sopan santun itu diri mu.

oh nonalis.
aku terpegun
sedikit cemburu.
cantik mu asli.

aku?
tidak mungkin seperti itu.

Tuesday, February 26, 2008

betulkah masa itu juga ubat?

dua tiga hari.

aku dalam dunia aku sendiri

kadang-kadang ketakutan keseorangan.

aku lebih banyak mendiamkan diri.

berat dan senak kepala otak

mungkin effect 24/7 mem-bizi-kan diri minggu lepas

dan
sedikit tekanan perasaan yang tiba-tiba datang pada penghujung minggu itu.

dari mana tekanan itu menjenguk..
aku kurang pasti.

aku seperti mahu hidup hanya bersama Enche H dan famili ku

melupakan seketika teman-teman ku

tapi,
aku tidak boleh seperti ini

kerana teman-teman juga sinar hidupku

melupakan mereka seperti memaksa aku ke dunia gelap

aku cuba tarik diri aku keluar tapi tidak berjaya.

aku rasa aku perlukan masa untuk keluar dari atmosfera bingai ini.

Saturday, February 23, 2008

aku mahu privasi

maaf url ke blog ini sudah di ubah.

aku rasa aku belum bersedia untuk munculkan diri aku ke dunia gila ini
dan membiarkan ceritaku ditatap secara umum.

aku tersilap kerana membawa monolog hatiku menjenguk dunia luar sebentar.seperti memakan diri rasanya.

katalah aku pengecut.

aku cuma tidak mahu di sakiti.

aku lebih selesa begini. menjadi rakyat halimunan dalam negara blogosfera ini.

biarkan aku keseorangan.




*aku cuma tidak mahu di ketahui secara langsung. kalau kamu-kamu terjumpa blog ini,
aku masih mengalu-alukan kedatangan kamu..

lemah

aku rasa sangat lemah. sangat sesak.

me, at zero point of my life.

trying to get out from sarcastic situation.
haunt me since ages.

now i'm in it. boo!






*hari ini,monolog aku semakin membingitkan kepala aku..aku perlu keluarkan. supaya aku tenang.

Thursday, February 21, 2008

sedikit melankolik

kata orang..
bila bahagia itu datang berterusan
kecewa itu kemudian akan tetap datang
sekali
tapi sangat pedih

pedih.

bila pedih
kicau burung seperti ribut
wangi bunga seperti bangkai

kacau. kusut.

bukankan aku tak ada perasaan?
aku baru saja minta perasaan aku kembali semula

tapi datangnya perasaan aku kembali
sangat menyiksa jiwa aku

aku tak tahu kenapa
kenapa?

adakah aku terlalu beremosi
atau memang takdir sedang mendera aku.

aku tak tahu apa perlu aku lakukan
sama ada aku terus pasrah ikut kehendak takdir
dan jadi pengecut

atau

aku lawan ia bagai aku gadis gagah
tapi tanpa pasti aku mungkin jatuh
tanpa pasti aku mungkin berdiri gah lagi.

sungguh.
kali ini sungguh lain.
aku kusut.

ya, ALLAH.

Monday, February 18, 2008

keparat

a soft reminder

Kamu beruntung di bumi Malaysia.

kerana

Semua.
i mean SEMUA

rakyat malaysia adalah warga Korporat dengan wanita-wanita cantik bermekap tebal.

tak percaya???

lihat TV3 dan yang sewaktu dengannya

pptttuuiiihhh!!!

korupsi.

Thursday, February 7, 2008

sadis

perempuan pongget 18PL kata :

"I do like to read. I like to gain knowledge as much as i can. I read many english books.
Except Malay books 'coz they sucks and outdated"

tiba-tiba darah aku menyirap.

woi perempuan!
muka kamu sawo matang.anak mata mu hitam. kamu berbintikan melayu. rambutmu blonde dan aku tahu asalnya hitam legam. tapi kamu..

shame on you!

sabarlah Za'aba. sabarlah..

Buku Melayu tetap knowledge. Cebisan daun bertulisan sanskrit tetap knowledge. Aku berani kata knowledge kau masih cetek. Berani kamu kata bahasa ibunda mu sucks.
Siapa kamu? anak kambing??

shame on you!




*stupid blonde. pernah dengar?

cerita Incik Tebuan (1)

"hye incik. mahu kemana?"

"hai budak. siapa kamu?"

"kita sama serangga. aku lebah dan kamu?"

"aku Incik Tebuan dan aku tidak tahu kemana aku ingin terbang."

"Mahukan kamu bersama kami? Sang koloni lebah?
Membuat madu hitam, menyembah ratu gelap.."

"Kenapa aku?"

"Kerana kita ada persamaan."

Wednesday, February 6, 2008

otak tiga suku

aku sedang melihat manusia
otaknya sebesar lubang telinga
suku sudah dimakan berengga
tinggal lagi sisa

dan
aku lihat manusia itu lagi
sedang mentertawakan manusia-manusia lain
dan penuh sindiran berkata
"hey dunia, aku lah pengkritik hidupmu"

poodah!!
otakmu memang hanya layak di makan berengga.
fikiranmu sesempit lubang jarum
mulut mu pedas. hati mu keras.
akal mu??
.tiada.

Tuesday, February 5, 2008

aku ingin peluk abah dan katakan "aku sayang abah"

puisi buat ayahanda - Miss Fynn

kembali ke sebulan lepas
ketika aku di Indie Day Out, MCPA.
(sempat tengok Hujan dan KL's Blues punya peformance je)

terasa.

emosi ku terjejas.

mendengar kembali puisi itu sentiasa membuatku teringatkan ayahanda.


abah aku ingin pulang & aku mahu pulang.
anakmu ini milik kamu, abah
aku ingin pulang...
abah, aku sayang abah

abah,
abah lah yang sentiasa menghulurkan tangan
ketika aku hampir mencecah bumi
dan bawa semangatku kembali mengapai awan
tanpamu, sudah tentu impianku telah lama reput.

Terima kasih masih tak mampu meyelesaikan hutang kasih sayang mu kepada ku
apa yang aku dapat katakan..

aku sayang abah, selamanya.
Terima kasih abah.

*setiap kali ku ulang puisi ini, air mata ku akan mengalir. oh aku memang emosi. tak salah kan??

Sunday, January 20, 2008

Enemi dalam Selimut

HOI!!!
Enemi dalam selimut,
Aku tahu itu KAU.

Enemi dalam selimut,
Aku tunggu KAU.

Enemi dalam selimut,
KAU pura-pura di depanku.

Enemi dalam selimut,
KAU JAHANAM!!