Skip to main content

Posts

betulkah masa itu juga ubat?

dua tiga hari. aku dalam dunia aku sendiri kadang-kadang ketakutan keseorangan. aku lebih banyak mendiamkan diri. berat dan senak kepala otak mungkin effect 24/7 mem-bizi-kan diri minggu lepas dan sedikit tekanan perasaan yang tiba-tiba datang pada penghujung minggu itu. dari mana tekanan itu menjenguk.. aku kurang pasti. aku seperti mahu hidup hanya bersama Enche H dan famili ku melupakan seketika teman-teman ku tapi, aku tidak boleh seperti ini kerana teman-teman juga sinar hidupku melupakan mereka seperti memaksa aku ke dunia gelap aku cuba tarik diri aku keluar tapi tidak berjaya. aku rasa aku perlukan masa untuk keluar dari atmosfera bingai ini.

aku mahu privasi

maaf url ke blog ini sudah di ubah. aku rasa aku belum bersedia untuk munculkan diri aku ke dunia gila ini dan membiarkan ceritaku ditatap secara umum. aku tersilap kerana membawa monolog hatiku menjenguk dunia luar sebentar.seperti memakan diri rasanya. katalah aku pengecut. aku cuma tidak mahu di sakiti. aku lebih selesa begini. menjadi rakyat halimunan dalam negara blogosfera ini. biarkan aku keseorangan. *aku cuma tidak mahu di ketahui secara langsung. kalau kamu-kamu terjumpa blog ini, aku masih mengalu-alukan kedatangan kamu..

lemah

aku rasa sangat lemah. sangat sesak. me, at zero point of my life. trying to get out from sarcastic situation. haunt me since ages. now i'm in it. boo! *hari ini,monolog aku semakin membingitkan kepala aku..aku perlu keluarkan. supaya aku tenang.

sedikit melankolik

kata orang.. bila bahagia itu datang berterusan kecewa itu kemudian akan tetap datang sekali tapi sangat pedih pedih. bila pedih kicau burung seperti ribut wangi bunga seperti bangkai kacau. kusut. bukankan aku tak ada perasaan? aku baru saja minta perasaan aku kembali semula tapi datangnya perasaan aku kembali sangat menyiksa jiwa aku aku tak tahu kenapa kenapa? adakah aku terlalu beremosi atau memang takdir sedang mendera aku. aku tak tahu apa perlu aku lakukan sama ada aku terus pasrah ikut kehendak takdir dan jadi pengecut atau aku lawan ia bagai aku gadis gagah tapi tanpa pasti aku mungkin jatuh tanpa pasti aku mungkin berdiri gah lagi. sungguh. kali ini sungguh lain. aku kusut. ya, ALLAH.

keparat

a soft reminder Kamu beruntung di bumi Malaysia. kerana Semua. i mean SEMUA rakyat malaysia adalah warga Korporat dengan wanita-wanita cantik bermekap tebal . tak percaya??? lihat TV3 dan yang sewaktu dengannya pptttuuiiihhh!!! korupsi.