Makanan Halal Prasyarat Doa Makbul Tadi tengah cari-cari tempat makan best kat Malaysia, terjumpa artikel ni. Menarik sebab ia melibatkan makanan yang kita makan seharian. Alhamdulillah, Malaysia mempunyai banyak pilihan halal, malah, counterpart Muslim dari Thailand pun suka negara kita sebab banyak tempat untuk makan. Kita diajar dari zaman persekolahan lagi untuk tidak menyentuh makanan/minuman haram yang paling popularnya adalah apa2 makanan daripada khinzir dan arak. Tapi selama ini adakah kita perasan bahawa ayam yang tidak disembelih mengikut syarak adalah haram, sayur yang digoreng munggunakan minyak bab* adalah haram dan juga haiwan daripada dua alam (katak, kurakura) juga adalah haram? Itu tak termasuk perkara syubhah. Firman Allah bermaksud: “Maka makanlah haiwan (yang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, jika kamu beriman kepada ayat-ayatnya” (Surah al-An’aam, ayat 118). Takrifan halal yang saya amik dari laman web Jakim adalah seperti dibawah; bu...