Welcome

Assalamualaikum & Bismillahirahmanirrahim

Saturday, February 11, 2012

Makanan Halal

Makanan Halal Prasyarat Doa Makbul

Tadi tengah cari-cari tempat makan best kat Malaysia, terjumpa artikel ni. Menarik sebab ia melibatkan makanan yang kita makan seharian. Alhamdulillah, Malaysia mempunyai banyak pilihan halal, malah, counterpart Muslim dari Thailand pun suka negara kita sebab banyak tempat untuk makan. Kita diajar dari zaman persekolahan lagi untuk tidak menyentuh makanan/minuman haram yang  paling popularnya adalah apa2 makanan daripada khinzir dan arak. Tapi selama ini adakah kita perasan bahawa ayam yang tidak disembelih mengikut syarak adalah haram, sayur yang digoreng munggunakan minyak bab* adalah haram dan juga haiwan daripada dua alam (katak, kurakura) juga adalah haram? Itu tak termasuk perkara syubhah.
Firman Allah bermaksud: “Maka makanlah haiwan (yang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, jika kamu beriman kepada ayat-ayatnya” (Surah al-An’aam, ayat 118).
Takrifan halal yang saya amik dari laman web Jakim adalah seperti dibawah;

  • bukanlah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh   Hukum Syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut Hukum Syarak;
  • tidaklah mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak;
  • tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari benda-benda najis mengikut   Hukum Syarak; dan
  • tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang   tidak memenuhi kehendak-kehendak perenggan (a), (b) atau (c) atau apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum  Syarak.
Secara amnya, makanan yang halal bergantung kepada
  1. Bahan yakni tidak terkandung bahan2 yang haram cthnya daging khinzir atau digoreng menggunakan minyak daging khinzir.
  2. Cara sembelihan daging itu sendiri : disembelih oleh ahli kitab dengan menyebut nama Allah SWT 
  3. Bukan bercampur najis atau bangkai
  4. Barang yang digunakan juga bersih dan bebas dari benda2 najis
  5. Sumber untuk membeli makanan tersebut adalah dari yang halal (cth: bukan duit judi/curi)
Saya tertarik dengan cara sembelihan daging kerana dulu pengalaman saya di Bangkok dan menghadiri majlis kahwin dari kaum bukan beragama Islam. 

Secara pendeknya, ketika disana, saya telah makan KFC di sana yang disangka Halal (mengikut technician Muslim Thai kat sana) tapi sebenarnya dah ditarik logo halal sebab ayam tak halal. Juga di bawa ke kedai makan dan makan ayam yang sebenarnya di ragui ke Halal-an nya (sebab sana ramai Buddhist n macam mana dieorang sembelih dengan menyebut nama Allah).

 Itu adalah kejahilan saya ketika itu. Subhanallah. :(

Tapi untuk majlis kahwin kawan saya yang bukan Muslim tu, memandangkan dia buat kat Malaysia and banyak sumber ayam/daging yang halal, mengikut kata ayah saya, kalau kita yakin halal, boleh dimakan, tapi kalau ragu2 jangan sentuh terus sebab dah jatuh hukum syubhah. Sebab perasaan ragu2 tu Allah titipkan supaya kita jauhi benda yang haram. N seingat aku, aku tak ragu2. Haha.

Dan saya tanya jugak kalau makanan laut yang dibakar atau di masak oleh orang bukan Muslim tapi tidak dimasukkan/dicampur dgn bahan yang haram (minyak bab*) boleh ke? Jawapanya harus. Fuhh. nasib baik..

And kat walaupun kita duduk di negara Malaysia and banyak tempat makan yang halal, apa kata lepas ni kita jadikan practice untuk tengok logo halal yang betul seperti ini;


Hanya logo ni je yang dibenarkan di Malaysia. So kalau jumpa barang yang ada logo halal selain dari ini, lepas ni, elakkan la beli ye. :)


Ingatlah, makanan yang haram menggelapkan hati dan menyebabkan doa kita tidak diterima. Jangan salahkan Allah SWT jika doa kita tak dimakbul, perbaiki diri dan jauhilan makanan/minuman yang haram. Ingat juga, hati yang gelap, jauh dari rahmatNya. Daging yang tumbuh dari makanan haram juga disambar oleh api neraka. Nauzubillah.

Isyaallah, lepas ni kita sama2 belajar untuk lebih berwaspada dengan makanan haram/syubhah. Semoga kita menjadi muslim yang lebih baik. Wallahualam.

3 comments:

Jazica Albek said...

Lagi 1 pernah dengar, better makan makanan dari air tangan seorang Muslim. dan lebih penting, bersolat. hehe. so kalau masuk restoran, tengok tukang masak yg lelaki pun pakai subang, tak payahla makan situ.

halal mmg halal, tapi mungkin effect dari segi lain. rohani kita, misalnya.

a n o n said...

Ha.. betul2x!!
pernah dengar. esp mak nak masak untuk anak2 pun sama.

tq for reminding.

;)

Luke said...

Halal dan haram telah jelas, umat Islam tinggal pilih saja.