Skip to main content

Posts

ceritera dulu

makan hati makan diri masuk kanan keluar kiri sahabat memijak sahabat dipijak apa rasa makan nasi kerak? halus bisik suara benci tapi ketar mulut terkunci kerna sayang, ku turutkan semua mana pergi suara gagah? kena panah mencicit redah ketawa aku, kau turut ketawa menangis aku, kau ambil lewa bila semua jadi beku lagak jadi kaku kau bediri sebelah aku aku buat tak tahu ah ceritera lama lama mana mahu di simpan berlain orang sudah bersama kini yang kini tempat mengadu.

rasa.

aku tempang mencari langkah buta mengagau kisah mencari rasa yang hilang di udara aku cuba bangkit dari ceritera yang lalu menadah tangan menuggu titis-titis rasa yang hilang di udara. rasa, bawa aku pergi bawa aku lari jauh dari pekikan memori kosmos yang kian ngeri. ku hembus rasa. perlahan-lahan hilang di udara.

inspirasi : si ladi

' moga hari2 mendung ini dicerahi dengan buku ini.' Seorang ladi berjalan tanpa arah. Terhuyung hayang. Dadanya lompong. "Dahulu, seorang pemuda mencuri hatiku, ku pinta nya balik. Dipulangkan semangkuk daging yang lumat dikisar. Katanya itu hati aku. Terduduk, perlahan-lahan aku ambil dan tanamnya di tepi jalan." Seorang ladi berjalan tanpa arah. Terhuyung hayang. Dadanya lompong. Kelibatnya di jalari mata sang jejaka. Memerhatikan ladi itu. Di berikan sekuntum bunga. Perlahan-lahan si ladi menciumnya. (ah! bukan semua bunga mestinya rose. Dan bukan semua rose baunya wangi) "Bunga melur, wangi." Tanpa sebarang ucapan terima kasih, si ladi berlalu pergi. Berjalan tanpa arah. Terhuyung hayang. Dadanya lompong. Di ciumnya bunga itu berkali-kali. Hingga tertidur. Esoknya Si ladi, rasa dadanya tidak lompong. Penuh dengan rasa. Kadang-kadang kencang, kadang-kadang tenang. Ya! dadanya tiada lompong. Terus dia ke kelinik, minta dokter x-ray dadanya. "Kamu. Ka...