makan hati makan diri
masuk kanan keluar kiri
sahabat memijak sahabat dipijak
apa rasa makan nasi kerak?
halus bisik suara benci
tapi ketar mulut terkunci
kerna sayang, ku turutkan semua
mana pergi suara gagah?
kena panah mencicit redah
ketawa aku, kau turut ketawa
menangis aku, kau ambil lewa
bila semua jadi beku
lagak jadi kaku
kau bediri sebelah aku
aku buat tak tahu
ah ceritera lama
lama mana mahu di simpan
berlain orang sudah bersama
kini yang kini tempat mengadu.
masuk kanan keluar kiri
sahabat memijak sahabat dipijak
apa rasa makan nasi kerak?
halus bisik suara benci
tapi ketar mulut terkunci
kerna sayang, ku turutkan semua
mana pergi suara gagah?
kena panah mencicit redah
ketawa aku, kau turut ketawa
menangis aku, kau ambil lewa
bila semua jadi beku
lagak jadi kaku
kau bediri sebelah aku
aku buat tak tahu
ah ceritera lama
lama mana mahu di simpan
berlain orang sudah bersama
kini yang kini tempat mengadu.
Comments