Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2009

Eby ckp buku dah sampai

Cuti hari tu sempat order buku ni. Pelancaran buku ni 15 Ogos, but tak dapat pergi since aku kat Terengganu masa tu. Semalam tengah chatting dengan si budak kecik, dia bagi tahu buku dah sampai. Acik dah baca dan dia kasi review kat aku. Menarik. Tak sabar nak balik rumah. Jatuh cinta pada karya Sufian Abas masa aku baca first buku dia, Kasut Biru Rubina. Ayatnya agak kompleks tapi masih boleh difahami. Penuh metafora. Buat aku reka pelbagai konklusi untuk setiap cerita dalam Kasut Biru Rubina. Sekarang turn "Matanya Teleskop, Hatinya Kapal dalam Botol Kaca". Seksaited nak baca. Oh ya. Buku ni limited edition.

brace-face

For almost 5 years aku pakai braces. it's never annoy me when people called me 'gigi besi','belalang' or what so ever. Keputusan yang aku amik untuk pakai braces adalah kebetulan. Kebetulan yang datang ketika ada pemeriksaan gigi kat sekolah, 2003. A simple question, changed my life. eceh! masa mula-mula pakai, classmates semua nak ejek.. macam macam cara. I never take them seriously. Alah, bukan mati pun kena ejek. Lepastu mereka diam. Lepas 5 tahun, macam-macam benda yang aku jumpa.. especially budak kecik ada yang takut, lari pastu tarik mak dia sambil tujuk kat gigi aku, gelak dan ada yang cuba masukkan tangan dalam mulut aku semata-mata nak sentuh braces tu. yang budak tak kecik pun ada.. suruh bukak tin susu guna gigi aku la, ada orang tak dikenali datang kat aku masa dalam kedai tanya pasal braces, kena kutuk kena perli, toksah cakap la.. tapi tak pernah nak ambik hati. they don't know.. so kenapa nak marah? Lepas 5 tahun jugak, atuk nenek, uncle auntie, ...

amarah jantung kepada hati.

heh! kau canangkan seluruh dunia kau kenali aku seperti semua manusia tahu mereka sedang memijak bumi. terhambur, terbuih juih muncung mulut kau cerita ceriti setiap hujung sudut diari hidup aku heh! kau rasa paling terhebat seperti mana si Iskandar percaya dirinya tawani empat penjuru dunia berdabik dada menunggu aku menyembah kata padahal aku sedang menanti meludah muka sambil aku kata, 'Kau BODOH!'

ketum

Bingai kepada kebiasaan yang mula menjauhi Entiti diri kelam dalam satu siri duniawi Nista pada jiwa kosong dalam kota perjudian Cacian demi cacian menyelubungi Inikah yang kamu cari? Ptuih! Lidah kosong si pencacai kamu megahkan, Hingga kering mulut si bijaksana menompang kelemahanmu. Kamu terus hanyut, Hilang dalam kabus legam Dosa silam.