Welcome

Assalamualaikum & Bismillahirahmanirrahim

Sunday, August 30, 2009

[klasik] sekolah

Sebenarnya beberapa kali jugak aku duk tekan butan [X] kat hujung atas tu. Tak tahu nak taip ke tak. Tapi rasa aku kena tulis jugak. Aku rindu zaman-zaman sekolah dulu. Zaman konon gangsta. Zaman konon ayu. Zaman konon paling manggak. Zaman kena buli dan zaman membuli.

Frankly speaking, aku hampir 98% lupa nama kawan-kawan sekolah rendah aku. Yang aku ingat pun yang duduk dekat-dekat dengan rumah aku atau yang selalu buli aku. Kalau tengok muka sekarang pun mungkin tak cam sebab dah berubah. Malah ada yang dah ada anak pun.

Naik sekolah menengah, kena duduk asrama. Mentang-mentang duk kelas elit, pantang warden tegur, melenting aku pegi jumpa pengetua. Pengetua pun melayan jela aku duk mengadu. Cikgu ada gak yang sakit hati cakap budak-budak elit ni anak emas pengetua. Mintak maaf ye cikgu... mase tu tengah perasan matang. Pastu crush kat class mate, tapi die plak crush kat bestfriend aku. Tapi tak sedih sangat la sebab bila dah naik form 3 dia dah tak hensem. Haha. Selalu bergaduh dengan classmate lelaki. Memang ada je benda nak bahan. Port paling terbaik adalah baring atas bumbung walkway dan atas bukit batu sebelah padang hoki.

Masuk tingkatan 4, ramai yang pindah sekolah. Masuk SBP, MRSM, Teknik takpun pindah sekolah lain sebab kelas elit sampai form 3 je. Aku ke SBP aliran teknikal. Mula-mula masuk tu, 3 minggu aku nangis tak nak duduk sekolah tu. Homesick gila. Pastu senior dorm pulak cerita biasa nya freshie form 4 terasing dengan budak-budak sama batch. Memang sadis la duk fikir. Macam-macam dalam kepala mase tu. Dah lepas sebulan duk kat situ, nasib baik budak-budak batch aku masa tu memang terbaiik!! Pastu pulak sekolah aku dalam 100m je dari pantai, cantik walaupun dah tua. Petang-petang turun training basketball sampai 7 malam. Aku paling ingat kawan-kawan aku masa kat sekolah ni.

Sebenarnya rasa jugak terasing sebab dieorang ada memori 5 tahun sama-sama. Bila ada reunion, nampak dieorang lebih rapat. Ye lah aku dua tahun je duk kat sekolah tu. Macam mana pun, still mereka2 cuba taknak bagi jurang antara freshie dengan batch asal jauh. As far yang aku perasaan la. Thanks God, sekolah tu antara memori terbaik dalam hidup aku termasuk kena denda pusing bangunan sekolah sebab sekelas tak siapkan lab report Cekgu Suria. Thanks kawan-kawan. Oh ya, mase kat sekolah ni aku jarang bercakap ngan budak-budak lelaki, aku pun tak tahu kenapa walaupun kelas aku 5 orang je perempuan. Port terbaik masa tu adalah dekat belakang bangunan Teknologi Kejuruteraan dan koridor depan toilet sebab boleh tengok matahari naik pagi-pagi dari laut. Sumpah cantik!

Form 5 setiap blok kena duduk satu dorm. Dan semua dorm-mates aku jenis, hari Sabtu je, mesti ada makanan banyak-banyak kat tengah-tengah dorm. Daripada twisties, kek coklat hingga ke tomyam memang kami ramai-ramai rembat macam piranha. Siap member dari blok lain pun datang join. Sejam kemudian, semua dah licin. Terbaik la.

Zaman sekolah, takda perbezaan antara yang gengster, yang nerd, yang pegi usrah, yang cool atau yang miskin-kaya. Semua sama. Semua pakai baju kurung putih, kain biru. Prefect pun join sekali. Rasa sangat selesa. Takpayah sampai nak berlagak cool atau nak belagak hebat. Kawan..semua kawan. Pillowtalk, satu dorm duk pillow talk. Bila keluar cerita hantu, yang katil atas join katil bawah tidur skali. Rindu semua tu.


Hmm.. sekarang?

Friday, August 28, 2009

O'gawd

kalau ada sesiapa sempat baca post 'sarcasm', they know how much i get annoyed with people yang brag about how shoppaholic they are. But i have to remove it atas nasihat seseorang.. because it might hurt orang yang tak berkaitan, sedangkan aku tengah cakap pasal orang lain.

And again.. kepada yang terasa tu. I'm sorry. That was just my 1 cent.


*Cepat betul aku get annoyed lately. Macam x sedar ni bulan pose. Bukan ke kena banyak sabar?

Wednesday, August 26, 2009

tagged

1.Dimana kamu berada sekarang?
-apartment. bersama internet yang tak berapa nak laju ni.


2.Apakah warna baju anda pakai sekarang ?
-merah

3.Bila kali terakhir anda pergi menonton wayang?
-last 2 days. Tengok G.I Joe kat Midvalley.


4.Kamu belajar/bekerja dalam bidang apa?
-Mechanical Engineering


5.Lagu yang anda sedang dengar?
-takde.

6.Ke mana kali terakhir kamu ke luar negara(jika ada)?
-two years ago as APICTA Nominee.

7.Benda yang anda kali terakhir beli dengan duit anda?
-Tote bag for umi kat Sg Wang.


8.Tempat yang anda teringin sangat nak pergi?
-Home. Rindu kat family sangat-sangat dah ni.


9.Selebriti/Artis yang menyanyi yang kamu mahu sangat berjumpa?
-Tak teringin nak jumpa.


10.Apakah berita yang terbaru yang anda baru dengar?
-Err.. 2 pegawai tabung haji di penjara?

11.Kalau diberi RM1,000 sekarang,nyatakan apakah barang yang anda ingin beli(sekali beli je,bukan banyak2)?
- tambah RM9000 lagi nak beli MacBook Pro


12.Rakan blogger yang terakhir anda jumpa?
-Tya. Bukak puasa sama-sama kat Putrajaya. Nice one.


13.Pukul berapa sekarang ini?
-12.33 am. Patut sekarang kena study Dynamic System & Circuit sbb ada quiz dan test.


14.Tadi anda makan apa?
-Cappuccino + Pecan Butterscotch Cake kat Secret Recipe. Favorite Enche H.


15.Siapakah yang anda ingin 'bengongkan' dengan soalan-soalan merapu anda ini?
-Nobody.

*Tak sedar diri ada quiz dan exam, sempat lagi nak jawab soalan merapu.

Tuesday, August 25, 2009

memo #3

vanity kills the soul.

over confidence makes people blind.

Monday, August 24, 2009

Eby ckp buku dah sampai

Cuti hari tu sempat order buku ni. Pelancaran buku ni 15 Ogos, but tak dapat pergi since aku kat Terengganu masa tu. Semalam tengah chatting dengan si budak kecik, dia bagi tahu buku dah sampai. Acik dah baca dan dia kasi review kat aku. Menarik. Tak sabar nak balik rumah.

Jatuh cinta pada karya Sufian Abas masa aku baca first buku dia,
Kasut Biru Rubina.

Ayatnya agak kompleks tapi masih boleh difahami. Penuh metafora. Buat aku reka pelbagai konklusi untuk setiap cerita dalam Kasut Biru Rubina. Sekarang turn
"Matanya Teleskop, Hatinya Kapal dalam Botol Kaca". Seksaited nak baca.

Oh ya. Buku ni limited edition.

relief

Rest, relax and spent good time withEnche H. tick!
This weekend was really wonderful.


Watched dance performance, movies, jalan-jalan, window shopping, sahur and buka puasa togather.
Rasa macam jatuh cinta kali kedua. Macam dulu-dulu. Time mula-mula jumpa.

I love you.

Sunday, August 23, 2009

aku pun nak wish jugak

Happy Belated Birthday, Tya.
Bergumbira selalu okeh.

=D

------------------------


Ramai yang balik rumah, berbuka dengan family. Tak dapat sahur, tak dapat berbuka dengan family jadi isu. Sedih. Semalam sahur kat Serdang, ada family tengah sahur sama-sama.Tiba-tiba, teringat pasal Faezah. Masa bulan Ramadhan, roh tidak diseksa. Sebab tu pagi satu syawal akan jadi pagi yang paling sayu. Tahun ni, tahun first kiteorg beraya tanpa Faezah. Tengah makan air mata bergenang, enche H dah mula tanya. Tak dapat cerita sebab dada rasa sebak. Kalau cerita juga, memang tersedu kat situ jugak. Insyaallah, roh Faezah di tempatkan dikalangan bidadari syurga sambil di temani paklong. Kakak rindu Faezah. ='( Rasa macam baru semalam peluk dia, bagi duit raya kat dia. Tak tahu la kenapa Ramadhan tahun ni rasa sayu sangat-sangat. Emosi betul.

------

sebak

------


Sebelum terlambat,

Selamat Berpuasa dan Selamat menyambut bulan Ramadhan

kepada semua.

dan mintak maaf kat sape yang pernah terasa hati dengan aku tak kira atas sebab apa-apa sekalipun. Kalau boleh biarlah Ramadhan ni buat hati aku dan hati-hati kawan-kawan semua tenang.


*sori kat sape2 yang hantar mesej & comment salam Ramadhan. Tak sempat nak reply.

Saturday, August 22, 2009

Dear Diary : Ramadhan 1430H (The buka puasa chapter.)

1 Ramadhan
Bazaar Sri Kembangan with Enche H & Wakdol.

2 Ramadhan
Apartment alone, then with Enche H.

3 Ramadhan
Nasi Beryani, Putrajaya with Enche H.

4 Ramadhan
Bazaar Putrajaya with Tya. Then Secret Recipe with Enche H.

5 Ramadhan
Masjid. Majlis Bebuka Bersama Sultan Selangor.

6 Ramadhan
Buffet Steamboat, Flaming, Subang Jaya with Enche H and Fareez.

7 Ramadhan
Buffet Nasi Beryani,Bangi. With Enche H

8 Ramadhan
Jalan Masjid India with Alang

9 Ramadhan
Bazaar Bandar Baru Bangi. Alone.

10 Ramadhan
Kenny Rogers The Mall with Enche H

11 Ramadhan
Room. Alone.

12 Ramadhan
Food court with Enche H and Fareez

13 Ramadhan
KFC The Mines with Enche H.

14 Ramadhan
Home without Alang

15 Ramadhan
Home.With Tok Chek without Acik

16 Ramadhan
Home. with Tok Chek without Acik and Abah

17 Ramadhan
Home. with all. Yippie yipie.

18 Ramadhan
The Chili's. with The Buddies.

19 Ramadhan

Friday, August 21, 2009

Sufian Abas cakap " Matanya teleskop, hatinya kapal dalam botol kaca"

Aku tambah,

jasadnya pula di sebalik tingkap kaca. - Ana Raffali

Dekat, tapi tak dapat disentuh.

Rindu lagi. ='(


Pedihnya..

Thursday, August 20, 2009

dia.

Dia tahu dia ada Badang.
Dia yakin dia jatuh cinta pada Badang.

Aaaaaa. Badang. Ye.. Badang. Yang minum muntah si gorgon kemudian menjadi kuat. Ah! Badang yang dia ada takde six-packs, cuma kederat biasa-biasa aja. Nak cakap cabut pokok pulai dengan tangan buat jadi tiang seri pun tak jugak. Ye lah, nak angkat guni beras 5 kilo larat la.Telebih kilo, patah pinggang. Alahai Badang.


Dia cakap, Badang dia kuat, orang tak nampak, tapi rasa.
Kuat Badang kuat hati,
Kuat Badang kuat jiwa.


Badang dia, boleh angkat ego manusia sebesar gunung,
kemudian jadikan ia sehalus pasir.

Wednesday, August 19, 2009

test

19 Aug - Advance Thermodynamic

20 Aug - Mechanics of Fluids 2

21 Aug - Machine Design & Circuit Analysis clashed. make up test next week.


bang bang bang. Tembak diri sendiri. -.-!

Tuesday, August 18, 2009

lambat





I

MISS

YOU

a

lot.











*cepatlah ujung minggu

Sunday, August 16, 2009

brace-face

For almost 5 years aku pakai braces. it's never annoy me when people called me 'gigi besi','belalang' or what so ever. Keputusan yang aku amik untuk pakai braces adalah kebetulan. Kebetulan yang datang ketika ada pemeriksaan gigi kat sekolah, 2003. A simple question, changed my life. eceh!
masa mula-mula pakai, classmates semua nak ejek.. macam macam cara. I never take them seriously. Alah, bukan mati pun kena ejek. Lepastu mereka diam.

Lepas 5 tahun, macam-macam benda yang aku jumpa.. especially budak kecik
ada yang takut, lari pastu tarik mak dia sambil tujuk kat gigi aku, gelak
dan ada yang cuba masukkan tangan dalam mulut aku semata-mata nak sentuh braces tu.

yang budak tak kecik pun ada.. suruh bukak tin susu guna gigi aku la, ada orang tak dikenali datang kat aku masa dalam kedai tanya pasal braces, kena kutuk kena perli, toksah cakap la.. tapi tak pernah nak ambik hati. they don't know.. so kenapa nak marah?

Lepas 5 tahun jugak, atuk nenek, uncle auntie, cousin and ex-schoolmate start tanya aku bila aku nak bukak 'gigi besi'..
dan aku jawab
"aku tak nak bukak, dah terbiasa dah."
padahalnya aku pun tak tahu bila boleh bukak. hmm..

kenapa 5 tahun tak bukak-bukak lagi?
common question

sebab..
First doctor, kat hospital KT, aku berenti kerja dengan government, nak bukak klinik sendiri.

Second doctor aku, kat hospital Pasir Putih. Masa tu aku sekolah kat Dungun dan imagine nak pergi hospial dari Dungun ke Pasir Putih amik masa 3-4 jam. Pastu kena patah balik pergi sekolah. Ada 2-3 appointment yang aku missed, dan ada juga yang aku 3-4 jam ke Pasir Putih, tp doktor sibuk ngan seminar, meeting and etc. Then delay 1 and a half year sbb doktor tu sakit.

Bila aku dah start datang ke sini, aku nak mintak kes aku di transferkan ke hospital Kajang, tapi doktor tu tak nak. Banyak kali jugak la mintak nak tukar, banyak jugak la alasan dieorang; doktor takde lah, doktor pasir putih penat-penat buat takkan nak doktor kajang dapat nama bila kes aku selesai, tak jumpa sample gigi aku la. Sampai suatu hari umi dengan tegas cakap kat doktor, nk jugak aku ditukarkan.

Sekarang, doktor yang ketiga. Dan sampai bila aku akan pakai braces ni, dia yang akan tentukan. So, please jangan tanya aku lagi. Kalau aku tahu, aku bagi tahu.


Saja bercerita. Boring takda benda nak dipost, so aku tulis ini.
Tak nak tahu takpe. Blog aku. Pfft!
Hehehe

Saturday, August 15, 2009

risau

Serius tak sangka jumpa ayah Enche H akan jadi senervous dan semenggeletar ni.
even jumpa for 5 minute saje.
bunyi macam exegerate je. but it's true.
Semua soalan duk pusing-pusing dalam pala otak masa ondaway pergi.
Bila balik lagi risau.

Hmm.. apalah agaknya ayah dia bagitahu kat Enche H?
Risau lagi.

Thursday, August 13, 2009

apology

if you think the previous posts are belong to you,
i said they were not.

if you think you get distracted by these posts,
then i am sorry.







the previous posts are random and for nobody.


*no heart feeling okeh. i did send email for you. please check your inbox.

Tuesday, August 11, 2009

amarah jantung kepada hati.

heh!

kau
canangkan seluruh dunia kau kenali aku
seperti semua manusia tahu mereka sedang memijak bumi.
terhambur, terbuih juih muncung mulut kau
cerita ceriti setiap hujung sudut diari hidup aku

heh!

kau
rasa paling terhebat seperti mana
si Iskandar percaya dirinya tawani empat penjuru dunia
berdabik dada menunggu aku menyembah kata
padahal aku sedang menanti meludah muka

sambil aku kata,
'Kau BODOH!'

Monday, August 10, 2009

ngeri

Kali terakhir aku gila babeng study kat rumah adalah masa aku darjah 6 untuk UPSR. tu pun tak cukup gila lagi sebab masa tu pun tak akil baligh lagi lompat sana sini, main polis sentri lagi. Lepas dah habis UPSR, yang lain-lain masa hidup aku adalah kat asrama. So secara automatiknya kalau tengok orang pergi studi, kena pergi studi gak. Atau kena tunggu dalam locker, dalam toilet, takut warden cari sape yang tak pegi prep room.

Sekarang aku kat rumah. Bercuti. Tapi assignment bertimbun-timbun dan minggu pertama lepas cuti ni aku ada empat test yang telah di padatkan dalam 3 hari. Yang paling menyedihkan adalah semua subjek tersebut adalah core subject. Nak taknak, hanya holiday ni je yang aku ada untuk study.

Jadi tolong bagi tahu aku macam mana nak study kat rumah yang mempunyai tv yang menggiurkan & internet yang menggoda?

Thermodynamics 2, Mechanic of Fluids 2, Machine Desingn dan Circuit 1. Semua ni melambai-lambai sepanjang aku kat rumah even dalam mimpi pun. Haih!

Sunday, August 9, 2009

ketum

Bingai kepada kebiasaan yang mula menjauhi
Entiti diri kelam dalam satu siri duniawi
Nista pada jiwa kosong dalam kota perjudian
Cacian demi cacian menyelubungi
Inikah yang kamu cari?

Ptuih!

Lidah kosong si pencacai kamu megahkan,
Hingga kering mulut si bijaksana menompang kelemahanmu.
Kamu terus hanyut,
Hilang dalam kabus legam
Dosa silam.

Wednesday, August 5, 2009

tribute

Sincerely, your great works inspire me.
And now,
you're gone.

To
Yasmin Ahmad
(1958 - 2009)
Rest in Peace

------------------------------------
You may not know me, but i did know you.
The first time we met was during the facilitator induction 2007/2008.
Your sudden lost impacted almost everyone.



Rest In Peace.
Gary Leon Robert
18 August 1987 - 3 August 2009

U will always be remembered by us.

Deepest condolences to Mr Noel family.

Monday, August 3, 2009

care and care less

kalau kebebasan tu sama dengan penafian kami sebagai keluarga kamu?
sanggupkah kamu jualkan kebebasan itu?

kalau suatu hari nanti kamu jatuh kerana kebebasan itu,
siapa yang akan kamu cari?


jangan persiakan kami sementara kami masih peduli pada kamu.

aku tak perlukan sejuta kata maaf
aku hanya perlukan sedikit kesedaran dari kamu
untuk kami.

Saturday, August 1, 2009

deep depression

two words for me
'PADAN MUKA'

chet!
in pain, assignments, quizzes, programs and meeting.
mental and emotional depression.

not even had a chance to sleep,
not even had a chance to eat properly.
eating in the car was like a routine.
no movies, no FSU, no jalan-jalan, no shopping.

enough is enough.
yeah!
that two words fit me well.

maybe i actually should live alone?
after all
i just want to go home.

='( ='( ='(



*do i need to show muka berkerut-kerut banyak kerja, muka stress nak mampus just to show that aku banyak kerja nak buat baru orang nak faham?
*to this Jane Doe : i believe in you. sepanjang aku kenal kamu, not even single word i dare to talk bad about you. You just perfect in your own world. respek dan bangga aku ada pada your personal attitude kamu. To be your friend is a bless.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...