Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum..
Sebenarnya dah lama draf untuk entri kali ini berada di dalam kepala. Setiap kali nak menyentuh jejari ini pada keyboard mesti ada yang menghalang. Kumpul sedikit demi sedikit isi yang ingin disampaikan dan kali ini, Alhamdulillah, dapat juga nak luahkan pandangan dalam blog kali ini.
Topik kali ini agak berat. Ye la, rezeki tu kan dah ditentukan di Luh Mahfuz. Dah di coretkan terlebih dahulu sebelum kita mula kenal dunia. Namun, kenapa masih ada yang mempertikaikan tentang rezeki masing-masing.
First, mahu bertanya, apakah yang dimaksudkan oleh rezeki?
Ramai yang berpendapat rezeki tu adalah wang, makanan, perkerjaan, dan macam-macam lagi. Betul dan tidak salah sama sekali.
Bagi aku, rezeki pertama adalah keluarga. Rezeki kedua adalah peluang hidup dan rezeki ketiga adalah peluang untuk beramal. Rezeki keluarga adalah kebahagiaan keluarga, ibu bapa, suami dan anak-anak. Peluang untuk hidup tu la yang di kategorikan sebagai rezeki kerjaya, rezeki duit rezeki naik pangkat, rezeki rumah, makan minum dan lain-lain. Akhir sekali, rezeki untuk beramal, untuk mengerjakan haji, berzakat, melakukan kebaikan dan berbakti. Tak juga salah dan tak jugak betul. Atas persepsi masing-masing.
Namun hakikatnya, ramai yang menyandarkan istilah rezeki pada duit. Sampai kadang2 gelap fikiran mengejarkan rezeki yang satu ni sampai lupa rezeki lain yang Allah SWT kurniakan pada kita.
Setelah beberapa lama aku meneliti aku boleh bagi satu situasi untuk di jadikan persoalan bahawa adakah rezeki itu semata2 pada duit;
Gaji besar tapi familiy kucar kacir..
Gaji besar tapi selalu kemalangan, kehilangan atau kemusnahan harta benda..
Gaji besar tapi hidup sentiasa susah hati..
Adakah gaji yang dikatakan 'besar' itu rezeki???
Kemudian kita masukkan pula pada iri hati;
Kenapa perlu iri hati pada rezeki orang lain? kenapa perlu mempertikaikan rezeki yang sebenarnya dah ditetapkan? Nauzubillahiminzalik..
Ketika kita melihat orang lain memperolehi rezeki yang baik, sepatutnya, kita yang melihatnyalah yang patut lebih bersyukur. Bahawa, Allah SWT menepati janjiNya. Sesungguhnya bahagian rezeki kita akan sampai.
Jangan bandingkan rezeki kita dengan orang lain, berbesar hati lah. Kita tidak pernah tahu usaha dan apa yang pemilik rezeki itu pernah lalui. Mungkinkah hidup dia selama ini teruji dengan kesusahan? Mungkin juga kerana usaha keras dia selama ini.. dan mungkin juga dia pernah di uji dengan kehilangan, dan Allah SWT gantikan dengan rezeki yang lebih baik.
Kalau lah ada hasad dengki di dalam hati, cubalah dengar kisah orang itu, kenali dan letak diri anda di dalam diri dia, adakah anda sanggup lalui hidup sepertinya sebelum dia mendapat rezeki yang kita iri-kan itu??
Ya Allah..
Jadi, mari kita muhasabah, kita fikir balik, perlu kah kita berhasad dengki?
Cukuplah kita kagum dan berusaha untuk memperolehi rezeki, jangan diselitkan dengan penyakit hati yang satu ini.
Alhamdulillah, Allah SWT dah turunkan rezeki pada hambaNya itu. InsyaAllah, giliran aku akan sampai pada ketika dan waktu yang Dia rancangkan. Cepat atau lambat hanya Dia yang lebih mengetahui. Percaya pada janji Allah SWT.
:)
Comments