Hej Denmark!
3 Oktober 2016
Hari Isnin. Kami dijangka berlepas pada 8.50 pm menaiki Qatar Airways.
Jam 12.00 kami dah bertolak dari rumah memandangkan kami perlu ke rumah kakak ipar di Kelana Jaya. Husband plan nak tinggalkan kereta di rumahnya kemudian kakak ipar akan hantar kami ke KLIA.
Lepas solat zohor dan mandi, kami bergerak ke KLIA. Sebelum sampai ke KLIA, sempat singgah kat Mitsui Outlet sebab nak cari kasut boot. Muahaha. Sebabnye aku tak ada kasut yang proper. Yang ada hanyalah flat Sketchers dan dari pembacaan aku, kasut jenis tu tersangatlah tak sesuai kalau nak pergi time2 sejuk macam ni. Terpaksalah aku cari kasut boot jugak. Maybe kalau tak sebab safety boots aku terkoyak tapak, boleh la aku jalan2 pakai safety boots je.
Sampai Mitusi terus tuju kat Timberland. Mana yang ada size, rembat je. Melayang lagi duitku.. tapi aku rasa perlaburan yang berbaloi sebab boots tu ringan, berat cuma 200g je weih! Tak rasa mcm pakai kasut boot pun sepanjang dua minggu kat sana. Ni gambar kasut aku. tapi gambar ni aku curik kat google. :P
Navy Roll Top Ankle boots. Super Lightweight! |
Sambung lagi..
Selepas wrapping bag, kami terus ke kaunter check in. Lepastu berkumpul dengan colleagues dan wife masing2. Sesi berkenalan sekejap sebelum berlepas.
Jam 8.50 malam, kapal terbang berlepas. Excitednye hoiii.
Sepanjang 6 jam plus perjalanan ke Doha, asyik dapat makanan je. Sampai satu tahap dah tak lalu nak makan. Pastu sempat layan cerita Hindustan, Bajirao Mastani. Best rupanya cerita tu. Layan sedih dalam flight.
Seat Qatar Airways adalah sangat selesa. Aku suka headrest sebab flexible. Jakun Alert. So dah tak payah guna neck pillow. Besides that, dieorang dh siap bagi set berus gigi, sleeping masks dan earplug.
Sampai di Doha Hamad International Airport jam 11.30 malam (jam 4.30 waktu Malaysia). Transit for around 2 hours.
Kemudian sambung lagi for another 6 hours dari Doha ke Copenhagen.
Flight Qatar ke Copenhagen sedikit kecil dari flight kami sebelumnya. Kali ni aku sempat layan cerita Me Before You sebelum landing, tapi tak sempat habis sebab cik peramugari tu tanya aku
"Do you want to go back to Doha?" sarcasm sangat. hahaha. Habis semua tergelak.
Kami sampai around 6.00 am waktu Copenhagen (12.00 t/hari waktu Malaysia). Malam yang saangat panjang buat kami; 15 JAM.
Masa dalam airport tu tak rasa sangat lagi sejuk. Tapi memang dah siap2 bawak jaket kat tangan. Airport Copenhagen or Kobenhavn dalam bahasa Danish, kecik je, lebih kurang airport Kuala Terengganu. Tidak terlalu busy.
Kobenhavn Airport! |
Keluar je dari airport, mak aih, sejuk macam dalam esbok! 10 degree Celcius. Amik kau. dengan angin kuat lagi.. Tangan beku terus.
bandar Copenhagen. Kecik dan tidaklah terlalu sibuk. |
Kat sana kami sewa van untuk ke tempat training di Svendborg. Once dah dapat van, kami mencari kedai halal untuk brunch di bandar Copenhagen.
depan Turkish Restaurant |
Selesai makan, kami terus bergerak ke Svendborg, perjalanan mengambil masa dua jam dari Copenhagen melalui bandar-bandar kecil.
FYI, separuh daripada negara Denmark adalah kepulauan. Copenhagen dan Svendborg berada di kawasan kepulauan berbeza dan disambungkan dengan bridges. Manakala Southern Denmark atau dipanggil 'Jutland Peninsula' berada di mainland dan bersempadan dengan German/Jerman.
Populasi keseluruhan negara Denmark hanyalah 5 juta. Bandar2 nampak lengang je sebab tak ramai orang.
Next Post : Svendborg, Denmark.
Previous Post : Preparation
Comments