Suatu pagi, aku tersedar. Berjalan lemah. Penat tiba-tiba. Penat mahu menaruh harapan. Penat mahu memberi harapan. Mahu jadi kuat, mahu jadi pandai, mahu jadi indah dan mahu jadi gembira. Kenapa aku perlu menaruh harapan untuk menjadi segalanya? Kata aku; " Kerana manusia tidak akan menjadi lemah ketika dia kuat, manusia tidak akan menjadi bodoh ketika dia pandai, manusia tidak pernah di pandang hodoh ketika dia indah dan manusia tidak akan sedih ketika dia gembira." Tiada alasan. Aku buka mata. Ah, persetankan segala harapan. Biarlah saja aku menjadi lemah, bodoh, hodoh dan sedih. Dunia tidak akan pernah adil. Putus. Pagi itu, kemudiannya aku dangan langkah kejur, ke suatu tempat. Yang paling malas kita akan jejaki, paling terakhir kita ingin pergi. Seorang wanita. Tiba-tiba berkata. "Sebersih-bersih hati adalah hati yang sentiasa yakin. Ketika kamu yakin dengan apa yang kamu pegang dan percaya, nescaya kamu tidak akan pernah merasa beban. Walau ketika kamu sedih dan le...