Skip to main content

hitam.putih

Suatu pagi, aku tersedar. Berjalan lemah. Penat tiba-tiba. Penat mahu menaruh harapan. Penat mahu memberi harapan. Mahu jadi kuat, mahu jadi pandai, mahu jadi indah dan mahu jadi gembira.
Kenapa aku perlu menaruh harapan untuk menjadi segalanya?

Kata aku;
" Kerana manusia tidak akan menjadi lemah ketika dia kuat, manusia tidak akan menjadi bodoh ketika dia pandai, manusia tidak pernah di pandang hodoh ketika dia indah dan manusia tidak akan sedih ketika dia gembira."

Tiada alasan.

Aku buka mata. Ah, persetankan segala harapan. Biarlah saja aku menjadi lemah, bodoh, hodoh dan sedih. Dunia tidak akan pernah adil.

Putus.

Pagi itu, kemudiannya aku dangan langkah kejur, ke suatu tempat. Yang paling malas kita akan jejaki, paling terakhir kita ingin pergi.

Seorang wanita. Tiba-tiba berkata.
"Sebersih-bersih hati adalah hati yang sentiasa yakin. Ketika kamu yakin dengan apa yang kamu pegang dan percaya, nescaya kamu tidak akan pernah merasa beban. Walau ketika kamu sedih dan lemah. Walau ketika kamu sudah tidak mahu menaruh harapan."

Tersentak. Petunjuk? Mungkin.

"Ketika kamu yakin juga, manusia penuh ego, manusia yang sombong dan manusia yang dengki, akhirnya akan tunduk. Malu."

Kemudian aku pulang.

Kuat? Pandai? Indah? Gembira?
Semuanya akan menyoal diri kamu sendiri.

Kamu lupa pada betapa lemahnya jiwa kamu.
Kamu lupa pada betapa bodohnya akal kamu.
Kamu lupa pada betapa hodohnya emosi kamu.
Kamu lupa pada betapa sedihnya ruang hati kamu.

Kamu rasa kamu miliki segalanya. Sedangkan hati kamu, KOSONG.

Jiwa kamu takbur.
Hati kamu kering.

Perlahan lahan membakar, seluruh perikemanusiaan yang tinggal.

Kamu perlu yakin, adil bukan di tangan manusia.


Dan kisah ini..
Benar.


*untuk tidak sanggup menjadi pekak kerana tomahan, kamu sanggup korbankan kehendak hati kecil kamu yang meronta-ronta ingin kembali ke jalan-Nya.

Comments

Popular posts from this blog

true story : fibroadenoma

apakah? macam bunyi pelik saja kan? i think most of my closest friends already know about this ; early this year i'd been diagnosed with fibroadenoma and i was admitted to the hospital to undergo biopsy to remove the tumor. tumor huh? sounds like a big deal. no worries dear. taken from here : CENTURA fibroadenoma adalah salah satu 'benign tumor' yang bermaksud non-cancerous tumor yang berada di.. ehem.. di dada perempuan.. i mean breast. biasanya benda alah ni jadi kat young woman. biasanya benda ni akan muncul time menstruasi dan akan surut bila dah habis minggu menstruasi tu. macam mana nak tahu benda yang berketul tu adalah fibroadenoma? "Described as feeling like marbles, these firm, round, movable, and rubbery lumps range from 1 cm-5 cm in size and can be up until lemon sized lump" kiranya bulat macam guli, bergerak2 macam tikus (kalau kita rasa dia gerak pegi kekiri, jap ke kanan) dan tak sakit. Pengalaman aku : masa...

Adriani Adnan & Fatin Suhana

wow. blogger famous dua-dua ni. i bet lot of people already wrote about both of them. Two beautiful hijabis that caught my attention on my first sight. Sebenarnya ramai lagi fashionista bertudung yang lawa dan sangat cool contohnya fatin liyana, lady fira, shea rasol. Tapi dua orang ni saya suka sebab diaorang bagi inspirasi untuk berfesyen even pakai tudung bawal. Bukan benci fashionista ber-shawl, tapi.. muka saya ni tersangat-sangat la tak sesuai bila pakai shawl. nampak bujur pelik je. so bila sy suka tgk dieorang pakai, terfikir, alamak! kena pakai shawl baru nampak kemas, kalau pakai tudung bawal mesti tak kena. terus sedih. terus takda idea. terus jeles dengan orang yang pakai shawl nampak kemas dan cantik. So the merit goes to this two girl. Adriani Adnan. This cute Adriani ni dah lama saya follow blog dia. masa tu blog lama dia; Confessions of a Shoppaholic. First picture of her yang caught my eye was this  nice yellow toga dress that time i was like, how come s...

Second Update : My Wedding Attire

Assalamualaikum.. Bersambung lagi dari entri lepas. After the engagement, benda pertama kami start adalah dress and wedding attire. Torn off between nak sewa, sewa but custommade, or cari designer to make our own baju. Kata sepakat, we made our own baju sebab since ini adalah our once in a lifetime big day, we want to keep the baju as the memoir of our wedding. Nanti boleh bagi anak pakai masa wedding dieorang. Hahah berangan. The listing of the designer started. Aku list down satu-satu designer and end of the day lepas crossed few names, we ended up with Man Kajang and Dwen Raha. Masa tu dah memang nekad gila dah nak Dwen Raha after tgk collection2 dia kat FB. Satu malam, aku beranikan diri PM kat fb.. skali dia cakap dah penuh until August 2013. My god, masa tu baru bulan November kot.. So memang frust jugak la.. sbb kalau Man Kajang of course la tip top baju dia but since kami boleh cari designer yang better priced why not kurangkan spending on the attire kan? Then ...