Welcome

Assalamualaikum & Bismillahirahmanirrahim

Thursday, April 28, 2011

This time untuk Azi pulak.. Oreo Ice Cream Cheese Cake

Oreo Ice Cream Cheese Cake


home made jugak.

Rasanya lebih kurang Secret Recipe Oreo Cheese cake. Thanks to the recipe from her : http://sherahxoxo.blogspot.com
boleh la jenguk ke blog beliau untuk tengok resipe cheese cake ni.
Rasanya macam ice blended oreo pun ada, macam ice cream oreo pun ye.

Kek ni tak payan bakar sebab dah masukkan gelatin. so tunggu keras dalam peti jela.



sebelum proses pembekuan.


ini resepinya.

BAHAN BAHAN UNTUK CRUST

  • 2 Paket oreo(besar) yang dah asing isi putih tu (tinggalkan 7-8 keping untuk kek nanti)
  • 50 gram butter (lembutkan pada suhu bilik)
  • sesudu gula perang/merah
Cara-cara

hancurkan biskut oreo tadi yang diasingkan intinya sampai hancur. Bila dah hancur, letak gula perang sesudu dan gaul. Kemudian, campurkan pula butter. Gaul sampai oreo sebati dengan butter. Bila dah sebati, masukkan bahan2 ni dan padatkan kat dalam bekas kek untuk dijadikan tapak kek. Masukkan dalam peti lebih kurang sejam.

BAHAN BAHAN UNTUK KEK

  • Isi oreo yang dah diasingkan tadi.
  • 3 keping biskut oreo yang di hancur halus dan yang selebihnya just pecah kasar2.
  • 250 g cream cheese
  • 80 ml susu segar
  • 100 ml whipped cream
  • sesudu gelatin halal yang dah di campur dengan 40ml air panas
  • 1/2 cawan gula

Cara-cara

Masukkan cream cheese, biskut oreo yang dah di hancur halus, isi oreo, susu segar, whipped cream dan gula  ke dalam bekas adunan ah semualah kiranya. Kacau-kacau lepastu masukkan gelatin yang dah dicairkan tadi. Kacau2 lagi sampai semua nya sebati. Agak2 kalau susah sangat nak kacau sampai sebati, bolehlah guna blender (ni cara orang kurang penyabar macam aku, xelok dipraktikkan). Bila dah semua sebati, masukkan oreo yang pecah kasar dan kacau sekali dua. Pastu tuang atas crust yang dah di sejuk bekukan tadi. masukkan dalam peti. Tunggu 4-5 jam.


Haaaa... senangkan? Kalau tak paham jugak, boleh la tengok blog cik sherah ni ye klik SINI

Total semua bahan ni.. ok aku bagi bajet kasar la dalam RM40. yang mahalnya cream cheese dengan whipped cream. Tapi still berbaloi dari secret recipe. Btol. Rasa lebih kurang sama.

kalau sape2 yang dah cuba resepi ni boleh la komen ye.

Jadi selamat mencubaaaa... jumpa lagi. Byeeeeeeeeeeeee!


Yours Truly,
Chep Timah.



6 comments:

Ardini Humaira said...

nanti dni nak cuba juga lah :)

a n o n said...

cuba lah. sangat senang. kalau buat malam. letak dalam peti, pagi esok dah boleh makan.

thanks for visiting =)

Jazica Albek said...

wahh terharu gilaaa hahahaha. thanks for the recipe! nik igt azi rajin ke masak2 neh? wahaha. tp nik da bg, kene la cube ;) thanks again!

a n o n said...

haha. resepi ni pun amik dari orang. tapi serius senang ja buat. nik pun kurang jugak bab masak. buat kek je rajin skit. tak payah bakar. cukup ada peti dan bahan2 je. ;)

sherah said...

hehehe thanks backlinks ehrah balik taw hehe takpe copy la :)

a n o n said...

ok. thank you.sedap resepi ni. =)