okeh. sementelah hari ini adalah hari wanita sedunia, wee, maka aku telah mengistiharkan diri untuk treat my self with red velvet dari whisk cafe. Betapa berhari2 mengidam, hari tu masa encik JJ datang, tak sempat singgah kat empire shopping gallery, so today dengan bersungguhnya pegi la aku ke sana. Sampai je tengok kek terus taleh tahan mintak one slice of red velvet and orange juice. And.. oh my oh my. sedaaaaaaap mak aih. Ok jom kita tengok bagaimanakah rupa red velvet ini.
ok. ini adalah bukan gambar yang saya amik kerana saya terlalu pelahap terus lupa nak amik gambar.
jadi kredit gambar adalah kepada tuan punya blog ini.
Harga per slice red velvet ini adalah RM11.90, yes a bit mahal compared to secret recipe, but slice dia lagi besar. maka berbaloi-baloi yep. Lepas dah santai2 makan kek yang sedap, aku pun beli macaron for syed sebab dah janji. aku beli 10pcs assorted flavor. untuk rakan2 yang lain juga. harga satu adalah RM2 and kalau beli 10 dapat RM18. jadi, marilah ramai2 serbu Whisk ini. ok ini adalah iklan tak berbayar.
tambahan iklan : selain whisk ni, ada satu cafe jual macaron kat OU. Depan cold storage. Nama cafe, Lava Molten. Boleh tahan juga sedapnya RM3 per pop,hari tu beli sebab nak bagi Mr JJ try. Another one kat Harrods macam dalam entri Kak Ain yang sungguh lawa. jadi kalau sape2 ingin mencari macaron boleh la cari kat kedai2 ini.
Lepas dah makan, aku ke Popular book store mencari buku 'Think Big by Donald Trump and Bill Zanker'. Buku ni Hafeez yang recommend kan. Dia cakap good to level up your confident, so will see how it goes. Aku pun beli jela sebab lama dah aku tak beli buku. Last buku yang aku beli tak silap aku 'The Trouble with Valentine's Day' by Rachel Gibson and it was almost ten months ago. (janji nak review books, tapi sampai sekarang tak review2 lagi).
so kalau sapa2 yang interested boleh la membeli buku ini. Ada dimana2 major book store.
itu sajalah hapdet untuk hari ini. esok lusa mahu balik ke terengganu dan kemudian kelantan. ada majlis kahwen. bak kate orang kelantan. "ada bekwoh."
kalau sempat akan update lagi.
Selamat Hari Wanita Sedunia kawan-kawan sesama wanita. =P
Comments