Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.. Sebenarnya dah lama draf untuk entri kali ini berada di dalam kepala. Setiap kali nak menyentuh jejari ini pada keyboard mesti ada yang menghalang. Kumpul sedikit demi sedikit isi yang ingin disampaikan dan kali ini, Alhamdulillah, dapat juga nak luahkan pandangan dalam blog kali ini. Topik kali ini agak berat. Ye la, rezeki tu kan dah ditentukan di Luh Mahfuz. Dah di coretkan terlebih dahulu sebelum kita mula kenal dunia. Namun, kenapa masih ada yang mempertikaikan tentang rezeki masing-masing. First, mahu bertanya, apakah yang dimaksudkan oleh rezeki? Ramai yang berpendapat rezeki tu adalah wang, makanan, perkerjaan, dan macam-macam lagi. Betul dan tidak salah sama sekali. Bagi aku, rezeki pertama adalah keluarga. Rezeki kedua adalah peluang hidup dan rezeki ketiga adalah peluang untuk beramal. Rezeki keluarga adalah kebahagiaan keluarga, ibu bapa, suami dan anak-anak. Peluang untuk hidup tu la yang di kategorikan seb...