Skip to main content

Kasih Allah

Bingkisan dari www.genta-rasa.com. Coretan yang buat aku bertahan untuk jadi kuat. Insyaallah, saya share di sini untuk kalian yang bersama saya saat ini.

Jentikan Kasih
Jentikan Kasih Masih teringat ketika masih kanak-kanak di kampung dahulu. Apabila hujan lebat, kita begitu seronok bermain air. Tidak kira di tepi sungai atau berhampiran tali air. Kita ketawa, gembira dan terjerit-jerit dengan kawan-kawan.

Tetapi tidak lama… ibu akan datang dengan ranting kayu menyuruh kita pulang. Kalau tetap berdegil, kita akan menerima habuan. Apalagi, kita pun menangis. Sewaktu itu kita tertanya-tanya, mengapa ibu menghalang kita berseronok-seronok?

Kini kita telah dewasa, kenangan itu masih basah dalam ingatan. Kita tersenyum. Kenangan itu adalah bukti kasih sayang ibu. Sekarang kita faham, ibu melarang kerana kasih. Ibu merotan kerana sayang. Bukan kerana ibu cemburu, jauh sekali benci apatah lagi untuk mendera. Ibu nampak apa yang kita tidak Nampak. Kita hanya memikirkan suka, ibu memikirkan bahaya. Ya, kerana keprihatinan ibu menjaga kita sewaktu kecil itulah menyebabkan kita masih di sini.

Begitulah dengan ujian-ujian Allah. Ia begitu perit, pahit dan menyakitkan. Kita inginkan kejayaan, Allah berikan kegagalan. Kita inginkan pertemuan, Allah takdirkan perpisahan. Manis yang kita impikan, pahit yang menjadi kenyataan. Mengapa? Jawabnya, itu adalah yang terbaik untuk kita. Ujian Allah umpama ‘rotan ibu’ kepada anaknya yang degil. Ibu merotan kesah kasih sayang, Allah lebih-lebih lagi…kerana kasih sayang Allah jauh lebih tinggi, lebih murni daripada kasih seorang ibu terhadap anaknya.

Sayangnya, kita hamba yang ‘buta’. Kita tidak nampak di sebalik segala keperitan dan kesakitan ujian Allah itu adalah kasih sayang jua. Dahulu kita adalah anak kecil yang tidak memahami di sebalik larangan dan kemarahan ibu. Kini kita adalah hamba yang jahil kerana gagal memahami dan merasai kasih-sayang Allah di sebalik segala ujianNya. Dahulu kita menangis, apabila dipukul ibu. Kini kita ‘memberontak’ dan bertanya, mengapa Tuhan takdirkan kesusahan dan kepedihan ini ke atas diriku?

Mengapa kita belum dewasa menghadapi ujian Allah? Kenapa kita belum mampu tersenyum seperti seorang anak yang telah dewasa sewaktu mengenang kembali memori silam sewaktu dia dipukul ibunya? Kita seharusnya mampu ‘tersenyum’ ketika dipukul oleh takdirNya. Atau sekurang-kurangnya tunduk akur, menyerah dan pasrah pada ketentuan-Nya. Katakan pada hati, “Ya Allah, aku layak diuji. Aku hanya hambaMu. Di sebalik ujian ini aku yakin ada kebaikannya. Cuma kerana kelemahan dan kejahilanku… aku belum nampak wahai Tuhan. Namun aku tetap yakin di sebalik semua ini tetap ada kasih sayangMu.”

Marilah kita teladani Nabi Muhammad saw apabila ditimpa ujian, baginda sering berkata, “Aku hamba Allah, Allah tidak akan mengecewakanku.” Ini kerana baginda yakin bahawa pada setiap ujian Allah terselit hikmah yang pasti memberi kebaikan, lambat atau cepat, tersurat atau tersirat. Justeru, orang yang ‘arifbilllah’ (mengenal Allah) seperti Ibnu Ataillah pernah berkata, “Barang siapa yang menyangka sifat kasih sayang Allah terpisah dalam takdir-Nya, maka itu adalah kerana pen deknya penglihatan akal dan mata hati seseorang.” Maksudnya, seberat mana pun ujian yang Allah timpakan, pasti ada kasih sayang yang mendasari dan mengiringi ujian tersebut. Namun, akal yang matang berfikir dan hati yang tenang berzikir sahaja dapat merasai hikmah di sebalik setiap mehnah.

Telitilah firman Allah ini, Al-Baqarah Ayat 216 : “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” Ilmu kita yang terbatas, tidak akan dapat menjangkau ilmu Allah yang Maha luas. Kita hanya nampak yang dekat, Allah nampak yang dekat dan yang jauh. Kita hanya nampak guruh dan hujan, rupanya Allah hendak menghadiahkan pelangi!

Alangkah indahnya kehidupan ini apabila kita sentiasa berbaik sangka dengan Allah dengan menerima segala ujiannya dengan sabar. Pahit, tidak cepat diluah. Pedih, tidak segera disanggah. Anak yang dewasa akan tersenyum dan berterima kasih dengan ketegasan ibu terhadapnya sewaktu dia masih kecil. Mujur ibuku memarahi ku dahulu, jika tidak… kini aku tidak berjaya. Syukur, ibuku telah merotanku sewaktu aku kecil dahulu, itulah yang menyebabkan aku menjadi ‘manusia.’

Syukur kepada Allah yang mengurniakan ibu untuk kita. Semakin tinggi rasa terima kasih kita kepada ibu, sewajarnya semakin tinggi pula syukur kita kepada Allah. Tanpa ibu, siapalah kita… namun tanpa kasih sayang Allah, tiada ibu, tiada kita. Antara nikmat Allah yang tidak boleh kita dustakan ialah nikmat ibu. Namun, lebih tinggi sepatutnya kesyukuran kita kepada Allah… yang telah mendidik kita dengan ujian-ujianNya. Yang sering menjentik kita dengan kasihNya.

Dengan jentikan (ujian) itulah iman dan Islam kita dewasa. Dengan mehnah itulah kita mendapat hikmah. Dan dengan hikmah itulah kita menagih syurga!


Ujian ini, aku boleh pilih.
Sama ada lari kepada lelaki lain untuk melupakan dia, atau sujud di hadapan Allah dan yakin pada janjiNya. Aku pilih yang kedua. Cinta Dia abadi, redhaNya adalah kebahagiaanku. Tuhan sayangkan aku. Aku cuma perlu yakin. :')

"..perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Begitulah juga sebaliknya.." - intipati maksud Surah An-Nur; Ayat 26

InsyaAllah.

 *ada hamba ditimpakan ujian seberat-beratnya barulah dia mencari Allah SWT. Mungkin ujian aku tidak seberat yang lain, tapi cukup untuk menyedarkan aku yang Allah SWT adalah penentu segalanya. Jangan sombong padaNya. Subhanallah.

Comments

Popular posts from this blog

true story : fibroadenoma

apakah? macam bunyi pelik saja kan? i think most of my closest friends already know about this ; early this year i'd been diagnosed with fibroadenoma and i was admitted to the hospital to undergo biopsy to remove the tumor. tumor huh? sounds like a big deal. no worries dear. taken from here : CENTURA fibroadenoma adalah salah satu 'benign tumor' yang bermaksud non-cancerous tumor yang berada di.. ehem.. di dada perempuan.. i mean breast. biasanya benda alah ni jadi kat young woman. biasanya benda ni akan muncul time menstruasi dan akan surut bila dah habis minggu menstruasi tu. macam mana nak tahu benda yang berketul tu adalah fibroadenoma? "Described as feeling like marbles, these firm, round, movable, and rubbery lumps range from 1 cm-5 cm in size and can be up until lemon sized lump" kiranya bulat macam guli, bergerak2 macam tikus (kalau kita rasa dia gerak pegi kekiri, jap ke kanan) dan tak sakit. Pengalaman aku : masa...

Adriani Adnan & Fatin Suhana

wow. blogger famous dua-dua ni. i bet lot of people already wrote about both of them. Two beautiful hijabis that caught my attention on my first sight. Sebenarnya ramai lagi fashionista bertudung yang lawa dan sangat cool contohnya fatin liyana, lady fira, shea rasol. Tapi dua orang ni saya suka sebab diaorang bagi inspirasi untuk berfesyen even pakai tudung bawal. Bukan benci fashionista ber-shawl, tapi.. muka saya ni tersangat-sangat la tak sesuai bila pakai shawl. nampak bujur pelik je. so bila sy suka tgk dieorang pakai, terfikir, alamak! kena pakai shawl baru nampak kemas, kalau pakai tudung bawal mesti tak kena. terus sedih. terus takda idea. terus jeles dengan orang yang pakai shawl nampak kemas dan cantik. So the merit goes to this two girl. Adriani Adnan. This cute Adriani ni dah lama saya follow blog dia. masa tu blog lama dia; Confessions of a Shoppaholic. First picture of her yang caught my eye was this  nice yellow toga dress that time i was like, how come s...

the black and the white

i woke up this morning, and i realized. I need to stop giving hope. ------- Ironic. ------- Pagi tadi juga, suara seorang wanita, Kuat tak pernah menjadi alasan. Bijak tak pernah menjadi alasan. Indah tak pernah menjadi alasan. Gembira tak pernah menjadi alasan. Kamu. Hanya perlu yakin, untuk meruntuhkan sebuah tembok. Antara dinding. ego. sombong. dengki. Suatu hari, alasan yang tidak pernah menjadi alasan akan menjadi saksi. Mengheret kamu ke satu lubang kosong. pada, HATI kamu sendiri. Pada saat kamu kecewa pada diri kamu sendiri, kuat, bijak, indah, gembira. Memakan jiwa. Sebagaimana "Api yang membakar kayu kering"