Welcome

Assalamualaikum & Bismillahirahmanirrahim

Wednesday, February 17, 2016

Demam Typhoid - Kepialu

Hi..

Ingat nak sambung entri 'The Journey' tapi macam malas pulak nak taip entri melancholic since now baru sembuh demam typhoid a.k.a demam kepialu. Btw yang kelakarnya ramai orang tak tahu demam kepialu tu apa. Siap ingat adik beradik demam denggi la, demam malaria la. Aduyai.

Meh kali ni nak cerita apa tu demam kepialu.




Basically demam kepialu ni adalah demam yang diakibatkan oleh bakteria Salmonella Thyphi yang biasanya ada dalam makanan and minuman yang tercemar. So simptom dia macam keracunan makanan except that dia datang sekali dengan demam dan lain-lain simptom.

Demam kepialu kalau tak dirawat boleh mengakibatkan kematian. Huhuhu. 

Kisah aku.

Since aku baru je recover dari operation bulan 12 yang lepas, bila aku start masuk kerja akhir bulan Januari, aku rasa pening-pening, letih, cold sweat dan hilang fokus. Mula-mula ingatkan hypoglycemia, so aku pun beli la glucose time lunch. Lepas minum dua gelas rasa okay sikit.

Balik rumah tiba-tiba badan menggigil dan migrain. Aku demam. Konon nak stop makan panadol, aku minum lemon suam tambah madu. Lepastu terus tido.

Esoknya rasa ok sikit tapi aku ambik cuti sebab rasa lemah lagi. Dua tiga hari aku demam, bila malam makin teruk dan meracau-racau. Sampai la satu pagi, aku bangun, mandi turun bawah nk bersiap pergi kerja, aku tetiba muntah-muntah dan cirit birit. Muntah teruk yang tak pernah aku rasa seumur hidup. Semua makanan keluar siap dengan air lagi. Aku merangkak ulang alik pergi tandas  last2 terbaring depan bilik air. 

Nasib hari tu hari cuti wilayah, En Suami dengar aku muntah-muntah terus turun tingkat bawah dan bawak pergi ruang tamu. Dia rasa kaki, tangan aku dah sejuk pucat, bagi ubat cirit dan air delima suam minum pelan-pelan. Dia urut kaki aku sampai la rasa suam balik, masa tu aku dah rasa macam putus nyawa dah. T.T terima kasih En Suami.

Bila aku dh start boleh bangun, En Suami direct bawak pergi klinik. Masa kat klinik pun almost nak pitam, doc ingat aku keracunan makanan sampai la aku mention aku dah demam 3 hari. On the spot doc amik darah sbb dia suspect kencing tikus or typhoid. Huuu.... dengar kencing tikus yang scary tu. Dia suruh nurse bagi antibiotik utk typhoid.

Balik rumah, lepas makan ubat aku rehat the whole day. Tido bangun solat tido je kerja. Esoknya pagi-pagi nurse call cakap result darah dah keluar and aku disahkan positif typhoid. Blur kejap. Terus aku google ape effect typhoid ni. Nurse suruh pergi klinik sbb dia cakap doc akan buat referral letter untuk masuk ward. Noooo.. aku rasa mcam dah ok dah. Takkan la kena warded sekali lagi.

Sampai klinik doc tanya kat mana aku makan last week. Sejak lepas aku operate, aku dh lama tak masak kat rumah sebab aku memang tak larat. Banyak makan kat luar, jadi aku tak leh nk pikir mana satu tempat yang menjadi punca. Demam typhoid ni memang sebab bawaan makanan atau minuman dari najis pembawa bakteria. Lepastu doc cakap kes aku akan count dalam statistik kebangsaan. Doc check temp badan aku, dah turun dari semalam. Dia cakap tak payah masuk ward. Fuhhh legaaaa. Tapi dia suruh monitor temp badan, kalau tetiba naik balik, terus datang klinik n ambil surat referral. Alhamdulillah after 2 days, demam dah ok and aku start kerja balik.

Pengajarannya, aku dah tak pergi makan kat gerai dah lepastu. Takut kena balik since badan tengah lemah lagi. So langkah-langkah pencegahan boleh tengok kat bawah. Basically, makan makanan yang betul-betul bersih. Doc pun nasihatkan suruh minum air dari dalam botol or air yg kita rebus sendiri. Ais yang kat kedai ada sesetengah kedai pakai air mentah. Nasib baik aku dh stop minum ais since sebelum operate lagi. 




Hopefully lepas ni kalau orang tanya typhoid/kepialu tu apa, jangan jawab sebab nyamuk pulak. Huhuhuhu...
 

No comments: