Welcome

Assalamualaikum & Bismillahirahmanirrahim

Monday, April 21, 2008

"sape lu mao impres?"- Rubina

Suatu masa aku rasa hidup aku dah cukup. cukup untuk aku meneruskan kehidupan aku, untuk belajar, untuk menjadi manusia yang bahagia. bila tiba satu tahap di dalam persekitaran yang baru, yang mana kita sudah jauh meninggalkan istilah keperluan menjadi satu kehendak dan kemudiannya satu kehendak itu menjadi obsession, kita lupa yang segala apa yang kita perlukan itu sudah mencukupi, malah jauh berlebih-lebihan dan jadi lah kita orang yang sentiasa berlumba-lumba megejar sesuatu yang kita tidak perlukan. Tanpa kita sedari, kita dalam perlumbaan untuk menunjuk-nujuk kepada diri sendiri atau kepada teman/rakan/keluarga atau kepada sesiapa saja yang memandang kita. Kita berlumba-lumba meletakkan diri kita di tempat yang tetinggi supaya kita dipandang, dipuji, dijadikan buah mulut orang. Aku kata "Hidup ini karma." Satu ketika nanti, setelah tamat masa kita di atas, kita dibuang, dilupakan, dan di mana kah kita ketika itu? siapa yang akan selamatkan kita?
dan

aku kata lagi "Sape lu mao impres ketika itu?"

No comments: