Welcome

Assalamualaikum & Bismillahirahmanirrahim

Friday, July 8, 2011

Resepi : Creme Brulee versi sememeh

Cep Timah is here again.

kali ni nak bagi resepi creme brulee. resepi ni bukan resepi yang diiktiraf oleh chef.. tapi bolehla kalau kepingin makan creme brulee time2 poket kosong. rasa tu menjadi la jugak.

sebenarnya dah buat dua kali benda ni. cuma ada gambar yang first je. yg second tak sempat amik coz aku buat untuk berbuka puasa, jadi awal2 dah bantai. maafkan hamba atas gambar yang sememeh ini.

first creme brulee sy
hasil akibat terlupa. sampai air dalam dulang bakar kering baru keluarkan dari oven

meh teruskan dengan bahan bahan..

BAHAN-BAHAN
  • 300ml heavy cream (sy suka guna jenama 'Emborg')
  • 2 biji telur kuning
  • 2 sudu besar gula kastor. kalau terlebih manis atau kurang boleh adjust ikut kesesuaian.
  • 1sudu kecik esen vanilla
CARA-CARA

1. Kacau cream menggunakan kaedah 'double boiler' menggunakan api perlahan.
2. Agak2 cream tu dah panas sikit, masukkan esen vanilla. Kacau lagi cream
3. Putar telur kuning dan gula sampai sebati.
4. Masukkan campuran tu dalam cream n kacau sampai la pekat. *agak lama la kena kacau baru jadi pekat.
5. Tuang dalam 'remekin' atau bekas yang tahan panas.
6. Letak remekin dalam dulang bakar yang dah diisi dengan air setinggi 1inci.
7. Bakar dalam oven sampai keperangan.
8. Keluarkan. tabur sedikit gula kastor.
9. Kalau takde chef's torch, just masukkan balik dalam oven tu biar gula atas tu jd perang.
10. Masuk dalam peti beberapa jam dan sudah siap untuk dimakan. 


Simple je stepnye. tapi nak buat.. lama. nak kacau sampai pekat n nak tunggu masa bakar. dalam 40-45 minit gak la tunggu dalam oven tu.

tapi... hasilnya. Memuaskan. tapi jangan la expect macam creme brulee kat hotel tu. dah kata ni versi sememeh. huhuhu

Selamat mencuba resepi cep timah!


p/s : saya dah cuba coklat Dove yang cik haniszalikhainibelogsaya duk gebang2 tu... wahhhhh terus jatuh cinta! lepas ni selamat tinggal coklat2 lain. *oveerrrnnyyo.

Kthaxbai.










1 comment:

Enuni Hanim said...

Hye, tumpang lalu kejap. Nk tumpang promote this blogshop, http://hijab-intrend.blogspot.com/ or you can find us at facebook, hijab-intrend blogspot.

Kat sini ada byk shawls cantikk, the latest is, custom made shawls yg kami reka sdiri. Sangat cantik dan berkualiti. (: Terima kasih.

Btw, suka ur blog! (: