Alhamdulillah. 28 October 2012 yang lepas, telah sah menjadi tunangan kepada seseorang hamba Allah. Doakan yang baik kepada kami dan dipermudahkan urusan dan dipanjangkan jodoh.
Kalau diikutkan mahu juga bercerita tentang kami. Tapi rasanya, disepakati bersama, elok juga dirahsiakan dahulu siapa pemberi cincin di jari manis ini. Cewah. Sebenarnya ramai rakan2 yang dah tahu siapa, and ramai dah jumpa siapa encik tunang ni. Cuba untuk tidak menghebahkan seperti saranan Rasulullah, tapi zaman sekarang, susah nak sorok. Tambah pulak aku ni jenis excited tak reti nak tutup mulut.
Jadi.. sehingga entah bila, biarlah dia menjadi seseorang yang misteri buat yang belum mengenali. Yang penting, Allah SWT telah hadirkan seseorang yang pada aku, tak aku terimpikan sebelum ini. Kadang2 terfikir, apa yang aku lakukan hingga dia hadiahkan seseorang seperti dia. Mungkin dugaan yang lepas, inilah hikmahnya. InsyaAllah. sesungguhnya aku bersyukur. Alhamdulillah. :)
Bila walimah?
Tunggu jemputan bila semuanya dah di confirmkan.
Bila nak update jadi Bride-to-be blog (B2B) blog?
Teringin jugak nak update progress persiapan nanti. Tapi ntah la. takut orang meluat pulak. huhu. tengoklah macam mana. Agak2 ada ke yang setuju?
:))
Comments