Welcome

Assalamualaikum & Bismillahirahmanirrahim

Saturday, June 4, 2011

Unplanned Holiday.

Rindu. satu kat encik kesanyangan yang dah dua minggu outstation, satu lagi rindu kat blog ni. sebenarnya ada saja benda yang nak tulis, tapi merapu sangat2. lalu tak jadi nak update. Tambah pulak, minggu ni sibuk, kejap ulang alik Kelantan-Terengganu. Ada construction (ehem) yang abah n umi nak kena monitor. so kadang2 kalau rajin aku ikut.

Sekarang pun baru sahaja balik dari holiday. tapi dua hari je.. semata2 nak pergi Lost World of Tambun. Boleh tak? Serius ad hoc. Sepatutnya nak balik kampung hari tu, kemas2 la barang untuk balik kampung, then tiba2 umi cakap, jom kita pergi Tambun, Abah angguk, terus packing baju mandi sekali. Pukul 10 malam baru gerak pergi Perak. Serius memang tak plan langsung. Sampai kat Perak pun dalam pukul 6 pagi. Aku gilir dengan abah bawak naza. Pergh seram gila masa aku drive kat bukit dekat dengan simpang Pulai. Kereta ni kami sebijik je yang kat atas jalan masa tu. gelap je.. orang lain semua tgh tido. huhu.

Lepas rehat, mandi dan tidur, gerak ke Tambun, sempat lunch kat Giant dulu. Tapi sampai Tambun pun dah tengahari, rugi sikit la sbb masing2 dah terlajak tido. huhu.


abah parking kereta atas divider.teduh skit. semua kereta pun camtu jugak. kat sini banyak parking sampai tamak tatau nk pilih parking mana satu. Parking murah saja. RM 1 per entry.

Harga masuk kat Tambun untuk seorang dewasa adalah RM38 dan kanak2 RM32. Kalau nk main gelongsor tak boleh pakai seluar trek. yang kesiannya kat kamil sebab dia bawak dua seluar, tight satu, trek satu, tapi terpaksa bagi tight dekat eby n makanya, kamil xdapat main gelongsor.

yang ni best. ada 4 jenis slide, 
Open, Half-closed, closed, Dark Tunnel. Sempat main dua sahaja.

yang dark tunnel tu serius gelap, pastu ada cahaya bentuk arrow, dah la laju gila, pastu pening ingat nk belok sebelah kanan tapi rupanya belok sebelah kiri. last2 aku pejam mata je.

Umi dah adik2 yang lain dalam apatah nama river ni.

oh pelampung boleh disewa dengan harga RM22. tapi bila dah pulangkan, dapat balik RM10. Kira 12 hengget la sekali sewa.

Abah dan umi kat Petting Zoo

Mahu balik. Kami sekeluarga minus kamil the photog.

harus ada gambar yours truly juga.

Abah tak mandi sebab dia jadi photographer. Overall, aku lagi suka Bukit Merah. Lagi murah n banyak permainan. Tambun dia mahal sikit sebab dalam tu ada hot spring, mini zoo dan Petting Zoo. Kalau nak main air, tak banyak sangat. Dalam banyak2 waterpark, aku paling suka AFamosa Water World. Abah pun setuju. Bila tah nak pergi lagi. next plan.. Gambang Waterpark!

Terima Kasih Umi sebab idea ni, n Abah sebab sangat sporting. We love u. =) 





p/s: Saudara umi yang kat melaka meninggal pagi tadi akibat sesak nafas. Allahyarhamah pun memang ada unidentified illness. Sedekahkan Al-Fatihah untuknya moga dia dan arwah suaminya ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Amin.

2 comments:

Tya R. said...

nik saya da mok mok.
hehehehe ;p

a n o n said...

=P camni la duk rumah. makin menambah lemak.