Skip to main content

Unplanned Holiday.

Rindu. satu kat encik kesanyangan yang dah dua minggu outstation, satu lagi rindu kat blog ni. sebenarnya ada saja benda yang nak tulis, tapi merapu sangat2. lalu tak jadi nak update. Tambah pulak, minggu ni sibuk, kejap ulang alik Kelantan-Terengganu. Ada construction (ehem) yang abah n umi nak kena monitor. so kadang2 kalau rajin aku ikut.

Sekarang pun baru sahaja balik dari holiday. tapi dua hari je.. semata2 nak pergi Lost World of Tambun. Boleh tak? Serius ad hoc. Sepatutnya nak balik kampung hari tu, kemas2 la barang untuk balik kampung, then tiba2 umi cakap, jom kita pergi Tambun, Abah angguk, terus packing baju mandi sekali. Pukul 10 malam baru gerak pergi Perak. Serius memang tak plan langsung. Sampai kat Perak pun dalam pukul 6 pagi. Aku gilir dengan abah bawak naza. Pergh seram gila masa aku drive kat bukit dekat dengan simpang Pulai. Kereta ni kami sebijik je yang kat atas jalan masa tu. gelap je.. orang lain semua tgh tido. huhu.

Lepas rehat, mandi dan tidur, gerak ke Tambun, sempat lunch kat Giant dulu. Tapi sampai Tambun pun dah tengahari, rugi sikit la sbb masing2 dah terlajak tido. huhu.


abah parking kereta atas divider.teduh skit. semua kereta pun camtu jugak. kat sini banyak parking sampai tamak tatau nk pilih parking mana satu. Parking murah saja. RM 1 per entry.

Harga masuk kat Tambun untuk seorang dewasa adalah RM38 dan kanak2 RM32. Kalau nk main gelongsor tak boleh pakai seluar trek. yang kesiannya kat kamil sebab dia bawak dua seluar, tight satu, trek satu, tapi terpaksa bagi tight dekat eby n makanya, kamil xdapat main gelongsor.

yang ni best. ada 4 jenis slide, 
Open, Half-closed, closed, Dark Tunnel. Sempat main dua sahaja.

yang dark tunnel tu serius gelap, pastu ada cahaya bentuk arrow, dah la laju gila, pastu pening ingat nk belok sebelah kanan tapi rupanya belok sebelah kiri. last2 aku pejam mata je.

Umi dah adik2 yang lain dalam apatah nama river ni.

oh pelampung boleh disewa dengan harga RM22. tapi bila dah pulangkan, dapat balik RM10. Kira 12 hengget la sekali sewa.

Abah dan umi kat Petting Zoo

Mahu balik. Kami sekeluarga minus kamil the photog.

harus ada gambar yours truly juga.

Abah tak mandi sebab dia jadi photographer. Overall, aku lagi suka Bukit Merah. Lagi murah n banyak permainan. Tambun dia mahal sikit sebab dalam tu ada hot spring, mini zoo dan Petting Zoo. Kalau nak main air, tak banyak sangat. Dalam banyak2 waterpark, aku paling suka AFamosa Water World. Abah pun setuju. Bila tah nak pergi lagi. next plan.. Gambang Waterpark!

Terima Kasih Umi sebab idea ni, n Abah sebab sangat sporting. We love u. =) 





p/s: Saudara umi yang kat melaka meninggal pagi tadi akibat sesak nafas. Allahyarhamah pun memang ada unidentified illness. Sedekahkan Al-Fatihah untuknya moga dia dan arwah suaminya ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Amin.

Comments

. T Y D N D Y . said…
nik saya da mok mok.
hehehehe ;p
a n o n said…
=P camni la duk rumah. makin menambah lemak.

Popular posts from this blog

true story : fibroadenoma

apakah? macam bunyi pelik saja kan? i think most of my closest friends already know about this ; early this year i'd been diagnosed with fibroadenoma and i was admitted to the hospital to undergo biopsy to remove the tumor. tumor huh? sounds like a big deal. no worries dear. taken from here : CENTURA fibroadenoma adalah salah satu 'benign tumor' yang bermaksud non-cancerous tumor yang berada di.. ehem.. di dada perempuan.. i mean breast. biasanya benda alah ni jadi kat young woman. biasanya benda ni akan muncul time menstruasi dan akan surut bila dah habis minggu menstruasi tu. macam mana nak tahu benda yang berketul tu adalah fibroadenoma? "Described as feeling like marbles, these firm, round, movable, and rubbery lumps range from 1 cm-5 cm in size and can be up until lemon sized lump" kiranya bulat macam guli, bergerak2 macam tikus (kalau kita rasa dia gerak pegi kekiri, jap ke kanan) dan tak sakit. Pengalaman aku : masa

Adriani Adnan & Fatin Suhana

wow. blogger famous dua-dua ni. i bet lot of people already wrote about both of them. Two beautiful hijabis that caught my attention on my first sight. Sebenarnya ramai lagi fashionista bertudung yang lawa dan sangat cool contohnya fatin liyana, lady fira, shea rasol. Tapi dua orang ni saya suka sebab diaorang bagi inspirasi untuk berfesyen even pakai tudung bawal. Bukan benci fashionista ber-shawl, tapi.. muka saya ni tersangat-sangat la tak sesuai bila pakai shawl. nampak bujur pelik je. so bila sy suka tgk dieorang pakai, terfikir, alamak! kena pakai shawl baru nampak kemas, kalau pakai tudung bawal mesti tak kena. terus sedih. terus takda idea. terus jeles dengan orang yang pakai shawl nampak kemas dan cantik. So the merit goes to this two girl. Adriani Adnan. This cute Adriani ni dah lama saya follow blog dia. masa tu blog lama dia; Confessions of a Shoppaholic. First picture of her yang caught my eye was this  nice yellow toga dress that time i was like, how come she m

Resepi : Luxurious Home Made Hot Chocolate

Good evening! ha ni chep timah nak share satu lagi resepi bagi2 awok2 yang duk kat rumah. kali ni untuk minum petang. bukan kuih jemput2 or goreng pisang, tapi minuman. Dah baca tajuk? haaa... HOT CHOCOLATE! hot chocolate topped with whipped cream nampak sedap tak?  yes indeed. albeit the garnishing part.huhu. sebenarnya hari tu teringin nak minum hot chocolate. tapi yang cadbury sachet tu dah habis pulak kat rumah, so godek2 barang dalam peti dan kabinet, jumpa few bahan yang boleh buat hot chocolate. yey. so main campak2 apa yang ada dan sedikit bantuan google, maka jadilah ini. rasanya, pergh. sedaaaaaap. amik kau masuk bakul again... abaikan. BAHAN BAHAN 1 1/2 teaspoon Cocoa Powder (aku guna VanHouten punya) 1 teaspoon of brown sugar Small piece of  unsweetened cooking chocolate. 1 cup of unsweetened milk.  Campur milk n gula perang atas dapur, kacau but jangan sampai mengelegak, panas yang cukup2 untuk buat gula tu larut dalam susu. At the same time, cairkan coklat mas