ingat tak aku dulu pernah post pasal fatin suhana dalam entri ini?
apakah yang berlaku sebenarnya?
hew hew hew gelak gedik
dah balik rumah. dari seri iskandar. walaupun pergi sehari sahaja. tapi it was super duper fun fun fun friday friday. nyanyi ala rebecca black okey.
alkisahnya.. khamis hari tu sibuk bangun awal2 pastu nk siapkan thesis. hari tu dah siap, tapi lecturer suruh edit ada part yang kena bauang and kena tambah. pastu aku terdelete satu drawing pulak. makanya kena buat balik. so seharian suntuk duk buat thesis tu. petang tu pegi minum2 kat secret recipe dengan mengendeng laptop dan draf thesis kesana kemari. kebetulan pulak petang tu jugak syuk ajak lepak mcD. tapinya tak dapat join so mintak buat malam sikit sambil2 hantar nipa balik kelantan. dengan harapanya aku boleh la siapkan thesis itu secepat mungkin. Masa duk lepak dengan syuk dan lain2 pun bawak laptop jugak sambil borak2. tekun sungguh aku ni kan?
Eh.. apa kaitan dengan cerita ini?
Aku ada pinjan thesis budak final year dulu dari hafeez untuk buat reference and hafeez duk bukit jelutung rumah makciknya. makanya, adat orang meminjam ni, kena la hantar balik ye dok? dah la nk kena submit thesis next week, takkan aku nk bagi next week pulak. faiz pulak kebetulan nak hantar barang balik rumahnya kat shah alam. aku ingat boleh la gerak sekali. so ajak mia juga. Disebabkan plannya hanya mahu hantar thesis dan hantar barang kat rumah faiz, aku yang hanya berpakaian tshirt lusuh, cardigan dan juga seluar jeans koyak bergerak dari tempat lepak, den amik faiz terus ke shah alam. masa tu dah pukul 10.45 pm dah.
lepas duk sembang2 ngan hafeez jap and hantar thesis, kiteorang pegi pak li seksyen 7. sepatutnya jumpa syed dan ika kat situ tapi kitaorang smpai lambat dan syed kena gerak balik dah. Aku yang cadangkan konon2 mana tau boleh jumpa fatin suhana. mia ngan faiz dah gelak2 dah cakap aku tak habis2 dengan FS. pastu mia cakap camni,
"fatima, kalau mia telefon kak fatin ajak jumpa boleh tak?"
ahah ahah. lawak. jangan wat lawak camni kan mia. aku cakap
"jangan ah mia, segan ni kalau tak saye jadi keras, pipi kebas, muka senyum takleh nak tutup gigi pastu terus pengsan"
faiz siap cakap aku exaggerate agi. ye ah aku siap wat gaya. mia baru acah, aku punya berdebar tu memang betul2 akan jumpa fatin suhana pulaknye. terus tengok cermin sisi kereta betulkan tudung eceh. -.-!
then mia cakap dia takda no telefon fatin.
sepanjang dari bukit jelutung ke pakli tu dieoang duk sibuk acah nak ajak fatin suhana sekali. tapi masa tu dah pukul 12 lebih dah macam impossible je. takkan la nak gaggu fatin malam2 camni kan, pastu pulak nak jumpa saya yang tah pape ni.
sambil tunggu faiz dan mia makan, aku wat la thesis. see dah cakap saya memang tekun. hehehe. mia tanya kalau fatin datang aku nk wat ape?
aku cakap nak amik gambar guna webcam banyak2. mula2 jumpa tangan keras kat keyboard camtu.
den aku duk kusyuk aku degar ada orang kol mia. so aku wat dek je. duk tunduk je ngadap laptop. tiba tiba...
TIBA TIBA
ada orang cuit belakang tanya nk order apa..
pusing je..
alamak
FATIN SUHANAAAA.. oamaigod omaigod omaigod. stop bernafas sesaat.
terus nk terjatuh dari kerusi dan automatik tutup mulut dari menjerit. malumalumalu. fatin suhana. terus gelabah tak tahu nak buat apa. terus tak tahu nak cakap apa. salam2 dengan fatin, muiz pun datang salam sekali. aku kaku kat situ je. faiz tengok macam tak percaya. muka pelik gila tengok aku. dia cakap,
"ni first time aku tengok ko jadi perempuan"
pastu aku cakap kat fatin
"tapi saya tak tomboi" wth aku cakap camtu? aku kalau gelabah memang suka memalukan diri sendiri ni. favorite you. -.-! -.-!
mulut aku pulak yang kelua duk puji memanjang fatin suhana. sampai fatin cakap jangan buat dia malu. huhu pastu aku duk puji attitude dia la, cakap dia kat dalam and kat luar sama. tapi kat luar lagi cantik. Serious! dia memang sangat cantik kat luar. tak macam aku pakai seluar jeans lusuh dan koyak ni. rasa kerdil sungguh diri ini. tsk! mia pulak cerita pasal aku gelabah masa first time nampak fatin kat ikea dulu. malu ai. hehe. pastu mia suruh aku web cam dengan fatin. tapi gambar bila dah cek balik semua bergegar and blur kes jari aku ketar masa nak tekan snap photo tu.
last2 amik gambar guna phone sahaja.
aku senyum kaku.
lama jugak la baru la aku boleh bergaya sopan dan tenangkan diri. rasa nak cubit tengok betul ke tak. haha tak lama pastu pakli pun dah nak tutup. fatin pun dah nak kena balik. sebelum balik, ambil gambar bertiga
mia fatin dan aku yang senyum sambil krem pipi.
lepas salam2 tu terus gerak hantar barang and balik.
eh.. apa jadi dengan thesis?
sepanjang dari shah alam ke bangi, aku duk pulun buat thesis dalam kereta. mintak faiz tolong drive kete aku. huhu.
terima kasih mia for planning this surprise. dan terima kasih fatin sebab sudi jumpa saya yang tak semenggah ini.
=')
Comments