Zaman kecik aku dulu masih lagi tak berapa advance sangat teknologi komputer n internet ni. yang paling happy adalah bila time maghrib tengok cerita kartun. Cerita kartun bila time maghrib ni selalu best2. Masa tu kena bersiap2 pergi kelas malam. Pastu kena marah kat abah sebab semayang tepi tv supaya boleh dengar ape kartun tu cakap. Antara yang sangat popular masa tu mestila Doremon besar sikit ada Sin Chan. Tapi kartun Malaysia apa kurangnya, antara kartun-kartun malaysia yang gua layan zaman belum ahem ahem adalah
#Keluarga Yokies!
Kartun ni berbentuk telur. Pastu cerita pasal kehidupan keluarga telur2 ni. Ada papa yokies, mama yokies dan anak2 yokies. Masa tu kalau tak silap aku darjah 4. Cerita Yokies ni juga pernah di alih bahasa dan ditayangkan di US juga. Boleh tahan jugak kan? Yang penting cerita ni banyak bawak pengajaran.
#Usop Sontorian
Antara yang aku suka tengok. Masa tu aku darjah 4-5. antara yang best cerita meriam buluh. Dan aku jumpa videonya dalam youtube. haha. yey!
Cerita usop santorian ni cerita pasal Usop bersama keluarga dan rakan2 kat kampung Parit Sonto. Yang paling aku ingat Usop ni ada sekor ayam bernama Selebet. Usop ni selalu gaduh manja dengan abangnya Budin. Agak mantap jugak ingatan aku ye. cerita ni masa zaman tu boleh melambangkan 1malaysia la jugak sebab kawan2 si Usop ni ada 3 kaum utama. Ada Usop, Abu, Ah Kim, Vellu, Dol dan Singh.
cerita2 ni semua adalah ikon masa zaman tu. macam upin & ipin skarang la. Walaupun grafik dia takdela hebat macam kartun luar negara, tapi pengajaran2 yang ada dalam cerita2 ni la yang di terapkan dalam minda kanak2 masa zaman tu. sapa ingat semua ni sila angkat tangan depan komputer.
*terkenang memori zaman kanak-kanak main getah zero-point dan tali skipping.
#Keluarga Yokies!
Kartun ni berbentuk telur. Pastu cerita pasal kehidupan keluarga telur2 ni. Ada papa yokies, mama yokies dan anak2 yokies. Masa tu kalau tak silap aku darjah 4. Cerita Yokies ni juga pernah di alih bahasa dan ditayangkan di US juga. Boleh tahan jugak kan? Yang penting cerita ni banyak bawak pengajaran.
#Usop Sontorian
Antara yang aku suka tengok. Masa tu aku darjah 4-5. antara yang best cerita meriam buluh. Dan aku jumpa videonya dalam youtube. haha. yey!
Cerita usop santorian ni cerita pasal Usop bersama keluarga dan rakan2 kat kampung Parit Sonto. Yang paling aku ingat Usop ni ada sekor ayam bernama Selebet. Usop ni selalu gaduh manja dengan abangnya Budin. Agak mantap jugak ingatan aku ye. cerita ni masa zaman tu boleh melambangkan 1malaysia la jugak sebab kawan2 si Usop ni ada 3 kaum utama. Ada Usop, Abu, Ah Kim, Vellu, Dol dan Singh.
#KeluangMan
Cerita KeluangMan ni ramai kot yang ingat. Pasal sorang lelaki kononya gila kat Tampoi dan bila malam2 akan keluar menyelamatkan orang yang dalam kesusahan. Surprisingly lagu tema dia pun aku ingat.
"Dia bagai seorang pahlawan,
Menjadi pembela pada yang tiada upaya.
Dengan ketangkasan langkah pergerakkannya
Menewaskan musuh yang membuat angkara.
Dialah Satria
Biarpun di mana jua dia datang dikala malam tiba
melakukan tugas mulia
Di desa juga di kota
Dia akan memberikan bantunya
demi hidup aman sejahtra
Keluangman 2x"
pulun nyanyi sambil tulis lirik lagu diatas. haha. KeluangMan ni ada partner nama TiongMan kalau tak silap dan Ispektor Shahab yang selalu ada bila kes dah di setelkan oleh KeluangMan ni. Ala2 Batman dengan Robin la.
dan yang last skali....
#Anak-Anak Sidek
Cerita AAS ni cerita pasal adik beradik jaguh badminton negara anak-anak Haji Sidek dan Rukinah. Tak silap ada enam orang semuanya. AAS ni ada komik. Aku lagi suka baca komik AAS ni dari tengok kartun. Tapi layan la jugak. Anak2 Sidek ni ada Bun (Dato' Misbun), Ajis (Razif), Jailani, Aman (Rahman), Rashid dan kakak mereka, Rusitah. Enam beradik enam laa ragam mereka ni.
Cerita ni sampai aku dah besar pun masih ada. Yang aku respeknya macam mana Haji Sidek ni mendisplinkan anak2 hingga berjaya jadi lagenda badminton negara. Kalau korang pergi Banting, Selangor, boleh nampak rumah Dato Haji Sidek ni di tepi jalan.
*terkenang memori zaman kanak-kanak main getah zero-point dan tali skipping.
Comments